Kesepian seorang lelaki…hanya yang pernah mengalami sahaja tahu !

Baru-baru ini saya pergi ke Betong ,Sarawak.Guna bas.Tidak seperti kebiasaan menggunakan kereta. Tambang RM30 untuk satu hala.

Saya beli tiket di Kuching Sentral

Jadual perjalanan cuma dua kali dalam sehari.Jam 2 petang dari Kuching ke Betong. Jam 8.30 pagi dari Betong ke Kuching. Perjalanan mengambil masa 5 jam lebih. Biasalah bas.  Bukannya kereta atau van yang boleh dipandu laju sesuka hati.

Itu sahaja pilihan yang sesuai kerana bas ini masuk ke pasar.Bas yang lain-lain cuma berhenti di simpang atau tepi jalan yang berdekatan.

Dalam perjalanan  saya sempat bersembang dengan beberapa penumpang lain. Mereka peramah dan suka bersembang.Pelbagai topik diceritakan.

WAJIB BACA :   Indahnya Hidup Berkeluarga

Dari isu remeh hingga ke isu berat. Saya tidak kisah. Saya tidak peduli.

Yang saya tahu “malu apa bossku”

Saya suka bersembang dengan mereka kerana saya takut melayan perasaan kesepian seorang lelaki.

Saya tengok kiri dan kanan. Masing-masing ada pasangan. Mungkin suami isteri atau sepasang kekasih ataupun teman tapi mesra.

Saya tengok diri sendiri.Alahai seorang diri.Keadaan seorang diri begini akan menerbitkan rasa dan jiwa yang sepi.Perasaan ini sukar diatasi sekiranya berseorangan.Kalau boleh jangan orang lain merasai apa yang saya rasai.

Sekarang saya sudah sedar.

Dulu pun saya sedar.

Saya sedar bahawa teman hidup adalah anugerah terindah untuk mengubat kesepian yang kadangkala tidak berhujung dan tidak berdasar.

WAJIB BACA :   Akhirnya barang idaman sudah mendarat di Bumi Kenyalang

Sungguh beruntunglah kepada mereka yang masih ada pasangan hidup. Mereka sudi dan rela untuk bersama kita dalam keadaan susah maupun senang.

Hargailah pasangan kita kerana tanpa mereka kita akan diulit kesepian yang berpanjangan.

Benarlah kesepian seorang lelaki akan terubat denga kehadiran wanita dalam hidup ini.

Comments 13

Leave a Reply to adzril Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge