Izinkan saya bercerita tentang dua dalam satu berkaitan kisah Affin Kenyalang dan cerita cermin mata
Alhamdulillah, pada hari kedua bulan Mei saya berjaya memohon akaun dan kad Affin Kenyalang. Permohonan cukup istimewa kerana tidak dikenakan syarat yang ketat sebagaimana bank komersial yang lain.
Sesiapa sahaja boleh memohon dengan syarat rakyat Sarawak atau sesiapa yang bekerja ataupun belajar di bumi Kenyalang yang berumur 18 tahun ke atas.
Akaun ini tidak memerlukan sebarang deposit permulaan dan tidak menetapkan baki minimum untuk dikekalkan.
Proses memohon juga sangat mudah. Mereka cuma perlukan kad pengenalan dan butiran peribadi yang ringkas.
Tidak perlu duit untuk deposit tetapi saya sarankan masukkanlah duit minimum RM20 sebagai bukti komitmen. Apalah guna ada akaun dan kad tetapi dalam kosong hehehe.
Buat makluman semua, tiada buku akaun disediakan tetapi kita akan diberi nombor akaun untuk kita bank in duit.
Affin Kenyalang

Cuma ketika saya memohon, kad Affin Kenyalang sudah kehabisan stok. Salah saya juga kerana tidak buat permohonan sebaik sahaja tawaran dibuka. Terpaksalah saya menunggu sekitar dua minggu dari sekarang.
Selepas sejam, saya menerima pemberitahuan melalui email menyatakan akaun saya sudah aktif. Tanpa membuang masa saya bank in ‘sekupang dua hinggit’ sebagai permulaan.
Habis kisah Affin bank….
Pada sebelah petangnya, saya terima tawaran anak untuk buat cermin mata. Dia belanja ayahnya untuk buat cermin mata.
Saya kata okey saja kerana ini merupakan peluang kepadanya untuk dapat keberkatan hidup kerana berbakti kepada orang tua.
Kami pergi ke pusat beli belah yang tidak jauh daripada rumah. Sebelum buat cermin mata, saya belanja anak makan nasi briani dulu. Saya pekena tosai saja.
Habis cerita makan..
Ketika buat pemeriksaan mata, saya didapati mengalami rabun dekat. Memang patut pun kerana faktor umur dan saya terdedah kepada skrin komputer serta telefon puluhan tahun lamanya.
Kami pilih bingkai dan kanta yang berharga sekitar tiga angka juga. Kanta yang saya guna ada penghadang cahaya biru untuk keselamatan mata jangka panjang.
Setelah siap sejam kemudian dan saya cuba pengalaman memakainya buat pertama kali.
Barulah saya perasaan banyak imej yang dahulunya kabur kini sudah jelas dan terang.
Imej yang halus seperti lubang bulu roma pun saya sudah nampak. Dulu saya tidak perasan.
Perkara yang agak mengejutkan juga ialah rupanya kulit saya sudah ketara berkedut. Sesuai juga dengan umur separuh abad.
Apa yang pelik juga setelah menggunakan cermin mata ini, saya jadi rabun jauh jika melihat sesuatu yang jauh hehehe.
Mahu atau tidak, saya terpaksa guna cermin mata hanya semasa melihat skrin telefon, laptop dan membaca buku atau kegunaan jarak dekat.
Pemakaian untuk gaya dan penampilan memang tidak sesuai kepada kanta yang khas untuk rabun dekat.
Ternyata nikmat mata yang terang dan jelas sudah kembali tetapi tidak sama sekali seperti keadaan mata waktu zaman muda. Jauh sungguh bezanya.
Bersyukur kerana Allah masih izinkan kita untuk melihat kebesaran ciptaNya sama ada siang atau malam.
Itu sahaja kisah yang boleh saya ceritakan setakat ini.
Semoga ada manfaatnya.




nikmat yang Allah pinjamkan hehehe
betul..
nikmat melihat kalau tiada memang sengsara
Kira sekarang dah ada penglihatan makro lah? Hehehee
ya betul tu uncle
Selalunya golongan berusia cenderung alami rabun dekat. Selalu tengok parents pakai spek mata bila nak baca surat khabar atau buku.
Bola Katok recently posted…Kisah sedih ringkas #3: Buang sampah merata.
betul..
saya hanya rabun dekat dan perlu kanta untuk melihat perkara yang dekat
Dulu² pernah guna Affin Bank pasal duit PTPTN masuk kat situ. Hihi.
Harap Affin bank tuan masih aktif lagi
Yah… sine apply kad affin kenyalang tek tuan? mok pegi affin bank juak ka?
Kakmim recently posted…Lama Tenggelam
aok…pergi bank terus
sebab proses pendaftaran guna IC yang perlu scan ya
Saya pun nak kongsi cerita kat sini boleh tuan 😅
Affin Ba*k dan Cermin Mata.
Hahaha, bulan 2 tahun ni saya cuba membuka akaun di Affin Bank Cawangan LD, Sabah tapi ditolak mungkin kerana kesalahan saya sendiri pergi ke sana berpakaian sangat tidak padan seperti baru balik dari kebun. Sedih 😂
Kedua, sebelum bulan puasa tahun ni alhamdulillah orang rumah belanja cermin mata baru. Mungkin kerana nak raikan pendapatan pertamanya dari perniagaan kecil-kecilan. Alhamdulillah.
Ceritanya hampir sama, cuma keadaan dan tempat yang sedikit berbeza walaupun masih tanah yang sama.
AhmadiKatu recently posted…Narsisistik: Bila Rasa Hebat & Semua Orang Kena Ikut Cakap
wah…cerita menarik dan saya suka mendengarnya.
mungkin mereka terlalu skeptikal dengan penampilan tuan.
berkaitan cermin mata …samalah kita, orang belanja
suka kad warna hitam mcm ni… seolah2 macam tgh guna centurion card gitu hahahahha
hitam itu premium
nampak klasik tapi kad pra bayar visa saya juga warna hitam
Bestnya, anak belanja buat spek. 🙂
alhamdulillah…rezeki buat bapanya
Alhamdullilah merasa duit belanja anak..such a sweet girl..
yang penting ada rasa nak berbakti kepada orang tua kepada mereka
ikutkan tak juga perlu sangat kerana boleh beli sendiri hehehe
ohh affin ini nama bank yaa bang 😅. sempat roaming pula saya mikirnya 🤭
naaah Kita terbalik nih, mata saya rabun jauh, tp dekat msh jelas. JD kemarin ganti kacamata utk rabun jauh, tp pas pakai utk baca buku, langsung blur semuanya 🤣🤣🤣. JD kalo membaca atau lihat Deket wajib lepas hahahah
Ya…bank itu namanya Affin Bank
rabun jauh dan rabun dekat memang terbalik dan berbeza
kalau tiada masalah rabun itu…yang terbaik
Faham benar rasanya tentang memilih cermin mata yang berkualiti kerana KSarie pakai cermin mata sejak berumur 13 tahun. Semakin usia meningkat semakin terpleot kekuatan mata untuk melihat. Kata ustaz Allah bagitau secara halus untuk beransur-ansur melepaskan genggaman pada dunia dan berusaha lebih ke arah sana. Bertabahlah kita yang semakin usia ini ye
Lumrah kepada semua.
semakin berusia maka semakin dekat untuk ke sana