Disebalik Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger

[Edisi kemaskini 7/11/2019]

Konsep storyteller blogger agak baru dari segi istilah.Hakikatnya tidak.Sebab kewujudan blog dan juga media sosial untuk bersosial memang dengan cara bercerita.Mereka bercerita tentang pelbagai informasi,ilmu dan aktiviti bisnes yang dirangkumi sekali dalam satu medium.

Sebab itu saya berusaha untuk merombak gaya penulisan dan isi kandungan blog ini menjadi storyteling.

Ini kisah saya.Kisah saya seorang Storyteller Blogger.Tiada nama dan tiada rupa.

Pembetulan.

Rupa ada walaupun tak sehensem Blogger Adzril.hehehe

Sebelum itu,apakah maksud Storyteller Blogger.Lain macam sahaja.Tak pernah dengarpun atau tak perasan pun.

Apa-apalah.

Nak abaikan ke?

Kita teruskan sahaja.

Storyteller blogger

Storyteller Blogger merupakan istilah yang sangat baru.Kalau Lifestyle Blogger,Parenting blogger,Traveller Blogger atau Foodie Blogger.

Itu semua dah biasa la pulak kita dengar.

Tanpa ribut.Tanpa taufan.

Saya pula nak mencanangkan diri sebagai Storyteller Blogger.Sejujurnya saya pun belum jelas dan faham sangat.

Namun kerana naluri ingin mencuba saya ‘declare‘ sahaja.

Ada orang marah tak?

Kalau nak marahkan tak perlu rasanya kerana apa yang saya tulis anda tak bayar pun kecuali anda membayar apa yang saya jual.

Itu lain cerita.

WAJIB BACA :   Kes Studi 2 : Mencari Niche Blog

Definisi Storyteller mengikut pandangan peribadi adalah seperti berikut.

Storyteller ialah orang yang bercerita.Penceritaan pula adalah storytelling.

Storytelling adalah teknik penulisan gaya bercerita.Kita bercerita dan pembaca pula mendengar (membaca).Boleh menggunakan watak sendiri atau watak rekaan.Begitu juga jalan ceritanya sama ada betul-betul berlaku atau rekaan sahaja.Apa yang cuba untuk disampaikan adalah mesej.

Mesej itu yang sangat penting.

Jiran saya kata ‘Moral of Story‘.

Mesej yang baik boleh mempengaruhi,menjadi inspirasi dan mengubah tabiat sesorang dari kurang baik menjadi lebih baik.

Dalam masa yang sama bidang storytelling boleh dijadikan medan dakwah yang halus,tersusun dan penuh strategi.Dakwah yang diibaratkan menarik rambut dalan tepung.Rambut tak putus dan tepung tak berselerak.

Macam mana tu?

Sambungkan bacaan…

Sasaran utama adalah emosi sebab emosi merupakan elemen yang sangat mudah dipengaruhi berbanding fikiran yang cenderung kepada logik dan fakta.

Bayangkan sahaja fakta dan logik bersaluti unsur emosi dengan garapan teknik storytelling mestilah memberi impak yang luarbiasa.

Mukadimah dah habis.

Ini dia kisahnya.

Namun telah saya ringkaskan berdasarkan artikel

Pembabitan awal saya sebagai blogger dari tahun 2009 sebelum betul betul serius pada penghujung tahun 2012.

WAJIB BACA :   Ada apa dengan blog mrhanafi.com

Saya juga masih belajar menulis kerana bakat dan kekuatan saya bukan terletak pada penulisan tetapi muka yang hensem.Hahaha.Itupun gurau semata-mata.

Saya terus belajar menulis blog dari teknik biasa sehingga saya sekali sekala menggunakan penulisan storytelling.Kedua dua cara ini ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Kelebihan kerana menulis dengan garapan emosi tanpa meninggalkan elemen SEO dan fakta yang sewajarnya.

Kelemahan mungkin masa yang diperlukan.Jumlah patah perkataan pula panjang dan tajuk artikel akan tersasar dari landasan.Mungkin juga ada pembaca yang tak nak baca.

Dulu saya ada terdengar blogger yang berjaya menjana pendapatan RM30K sebulan.Beliau ialah orang Sarawak dan menetap di Australia untuk belerja sebagai blogger.

Beliau dikatakan menulis artikel selama 9 jam sehari.Bayangkan sahaja betapa cantik,kemas dan bermanfaatnya artikel beliau.

Saya tak ingat nama dia.Orang berbangsa cina dan penulisan dalam medium Bahasa Inggeris.

Kata hati bahawa saya boleh berjaya dalam penulisan blog storytelling yang menerapkan elemen SEO.Rasa-rasanya begitu.

Saya yakin dan saya percaya.

Keyakinan itu sumber kekuatan untuk saya terus berblogging sehingga ke hari ini.

Apa cabaran sebagai blogger?

Cabaran yang telah dilalui terlalu banyak.Malah cabaran yang bakal ditempuhi juga tak terkata hebatnya.

WAJIB BACA :   Dapat hadiah misteri dari Blogger Anies

Itulah cabaran sebenarnya.Cabaran demi cabaran memang lumrah.Pergilah ke mana-mana muka bumi ini pasti kita akan bersua juga dengan cabaran.

Terpulang kepada kita bagaimana untuk mengatasi cabaran tersebut.

Cabaran saya untuk menulis artikel yang memberi ketagihan dan mengkhayalkan pembaca.Penulisan begini memang unik dan lain dari yang lain.Baca seronok dan tak baca maka tak dapat rasai keseronokan tersebut.

Selain itu cabaran untuk menulis blog yang boleh memberi banyak manfaat kepada pembaca.Antaranya manfaat khusus untuk menyelesaikan masalah pembaca.

Kepuasan penulis akan terasa dan pembaca berpuas hati dengan sumber informasi yang mereka cari.

Cabaran seterusnya mencipta USP seorang blogger.

Apa itu USP ?

USP merujuk kepada unique selling point atau bahasa pasarnya titik jualan unik.Lagi la pembaca tak faham hehehe.

Menjadi blogger profesional memerlukan USP yakni jenama peribadi yang boleh dikomersialkan.

Bagaimana pula nak mencipta USP sebagai blogger.Yang itu kita bincang kemudiaan.

In shaa Allah kalau saya ada idea dan masa.Tak janji sebab kalau berjanji kita akan dituntut.Bahaya juga tu.

Saya nak bangunkan USP mrhanafi dot com sebagai Storyteller Blogger.

 

Comments 21

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge