Kisah Datuk Blogger Yang Menyedihkan

Kisah datuk blogger yang menyedihkan adalah kisah benar.Sejujurnya mrhanafi berat hati hendak menceritakan kisah sedih.Lagipun kisah ini sudah lama berlalu.Orangnya pun dah tiada lagi di dunia yang nyata.Namun kisahnya itu tetap memberi tauladan agar cucunya iaitu mrhanafi tidak mengulangi apa yang telah datuk buat suatu ketika dahulu.

Bukan niat mrhanafi untuk membuka pekung di dada.Apatah lagi mengaibkan asal keturunan sendiri,Jauh dalam sudut hati mrhanafi untuk menjadikan ia sebagai catatan pengajaran kepada yang generasi akan datang.

Kita ambil yang jernih dan buang yang keruh.Mudah-mudahan juga suatu hari nanti kita boleh belajar dari kisah silam untuk mengapai sejarah masa depan yang gemilang.

Kisah ini telah diceritakan sendiri oleh emak mrhanafi.Malah mrhanafi pernah merasai kebenaran kisah ini ketika mrhanafi masih kanak-kanak lagi.

Jodoh nenek dan datuk mrhanafi  tak panjang.Mereka berpisah kerana sebab yang universal iaitu faktor kewangan.Rumahtangga mereka bergolak dan tidak harmoni.Nenek amat kecewa dengan datuk kerana hidup susah.

WAJIB BACA :   Hilang rentak menulis akibat kesibukan
kisah rumah tangga

Nenek jatuh sakit selepas melahirkan anak kedua yakni adik kepada emak mrhanafi.Sayangnya umur anak tersebut tak panjang.Nenek mendakwa datuk tidak menjaganya dengan baik dan tidak memberi ubat yang sempurna.Nenek kesal dan terus minta berpisah sebagai suami isteri.

Datuk pada ketika itu betul-betul tidak berduit.Sebab itu dia tidak mampu memberi ubat dan menjaga nenek dengan baik.Dikatakan datuk hanya bekerja sebagai penoreh getah.Kebetulan pula harga getah sangat murah dan ini memberi tamparan hebat kepada datuk.Bayangkan kerana duit nenek kecewa dengan datuk.Malah didakwa datuk mempunyai tabiat yang kurang elok untuk diceritakan dalam artikel ini.

Pada waktu itu emak mrhanafi masih kecil.Baru berusia antara 6 tahun ke 7 tahun.Emak mrhanafi menjadi mangsa keadaan.Dia tak salah.Bahkan emak mrhanafi tidak menyalahkan sesiapa pun dalam kisah tersebut.Oh.Betapa mulianya hati emak mrhanafi.Dia tidak suka menyalahkan orang lain demi kepentingan diri.

Datuk akhirnya berpisah dengan nenek.Mereka membawa haluan sendiri selepas itu.Datuk kahwin baru dan mempunyai 6 orang anak.Nenek juga kahwin lain tetapi tidak dikurniakan anak.Namun nenek ambil anak angkat iaitu anak saudara sendiri.

WAJIB BACA :   Cabaran Di Booth Pameran Yang Biasa Dirasai

Seingat mrhanafi pada ketika itu baru berumur 6 tahun dan dapat merasai kasih sayang datuk.Dengan nenek juga ada.Itupun secara bergilir-gilir pada masa tersebut.Mrhanafi pada ketika itu belum sekolah lagi.Namun kenangan dan gambaran wajah datuk dan keluarga barunya masih jelas.Begitu dengan wajah nenek dengan keluarga barunya pun tetap segar dalam ingatan biarpun mrhanafi sekarang dah jadi seorang bapa.

Mrhanafi ambil iktibar dari kisah datuk dan nenek.Punca keretakan rumahtangga mereka bukanlah 100 peratus kerana duit.Mrhanafi boleh membuat kesimpulan kasih sayang nenek terhadap datuk kurang ikhlas.Cinta yang ikhlas rela hidup atau senang bersama.

Selepas datuk berpisah dengan nenek, datuk pula hidup senang walaupun tak sekaya  mana.Bagaikan dirancang bahawa kesusahan hidup datuk juga berakhir sama dengan berakhirnya perkahwinan mereka.

WAJIB BACA :   Maka benarlah kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti

Nenek tidak sepatutnya ambil keputusan berpisah dek kerana hidup susah.Datuk pula sepatutnya terus bertahan dan bersabar dengan karenah orang yang baru bersalin.Emosi mereka tak stabil.Meroyan kata orang tua.

Apa-apapun jodoh datuk dan nenek sampai ke situ sahaja.Mrhanafi cuma terkesan pada kehidupan emak mrhanafi yang menderita akibat konflik rumahtangga.In shaa Allah kita akan kongsikan kisah sedih emak mrhanafi waktu kecil sehingga meningkat remaja dalam entri yang akan datang.Itupun kalau mrhanafi rasa sanggup bongkar lagi kisah seumpama ini.

Mrhanafi faham bahawa cinta tak cukup untuk hidup kerana cinta tidak boleh dimakan seperti nasi atau diminum seperti air teh susu.Sebaliknya tanpa cinta yang ikhlas maka faktor luaran seperti miskin,tidak setia,tidak matang dan tidak bertanggungjawab akan dijadikan sebab untuk tidak berbahagia.

Itu sahaja dan jangan nangis pulak.Kisah emak mrhanafi lagi sedih dan belum lagi kisah sedih mrhanafi sendiri.Sedihnya berganda-ganda. 

[Edisi kemaskini – 19/11/2019]

Comments 22

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge