Kisah Duit Bukan Segala-galanya

Kisah Duit Bukan Segala-galanya…Ada duit abang kena sayang.Tak ada duit abang kena tendang.Begitulah besarnya pengaruh duit dalam hubungan kemanusiaan dan kasih sayang.Baru-baru mrhanafi terdengar satu ceramah dan motivasi pagi yang disampaikan oleh seorang ustaz melalui Youtube.Jadi izinkan mrhanafi kongsikan kembali dalam penulisan manakala jalan cerita pula diubahsuai agar penceritaan lebih menarik.

kisah duit

Ada seorang lelaki dalam usia pertengahan umur mengalami krisis kewangan yang amat gentir.Dulunya seorang usahawan yang kaya.Namun ujian dan musibah sedang melanda dirinya.Bisnes jatuh merudum dan kekayaan hilang dalam genggaman.Kebetulan isterinya tidak bekerja.Anaknya baru seorang.Nasib baik la tu.

Dikisahkan pada satu hari lelaki ini berniat untuk mencari pekerjaan.Dia sudah tidak tahan dengan leteran isterinya kerana keperluan hidup serba tidak mencukupi.Akibat kemiskinan dan kesusahan hidup si suami menjadi mangsa kemarahan isterinya setiap hari.Tak marah maka tak sah la hari tersebut.

Hebatnya ujian kepada si suami kerana dijodohkan dengan isteri yang pemarah.Kejian dan makian adalah halwa telinga kepada si suami.Jika sehari dua bolehlah dimaafkan.Kalau sepanjang hidup maka kesabaran adalah ubat yang paling pahit untuk ditelan untuk si suami.

Dijadikan cerita,dalam perjalanan ke satu tempat, si suami tadi terpijak satu syiling buruk.Dia kaget dan seterusnya bersyukur kerana terjumpa syiling buruk.Lantas dia membawa ke sebuah bank untuk dijual.Sayangnya pihak bank tidak menerima wang syiling tersebut.Kerani kaunter bank menyarankan kepada lelaki tersebut untuk membawa ke kedai antik.

Semasa di kedai antik, tauke berminat dengan syiling buruk lalu menawarkan dengan harga RM30.Lelaki tadik bersetuju kerana duit syiling yang buruk kini sudah ada nilai.Duit bertukar tangan dan lelaki tadi sangat beryukur kerana tidak menyangka keajaiban boleh berlaku dalam masa yang singkat.

Si suami sangat gembira.Lantas terfikir mahu membeli kayu dengan duit RM30 di sebuah kilang papan yang berdekatan.Proses jual beli mudah kerana apa yang dibelinya adalah serpihan dan bahan buangan kayu.Tujuannya untuk membina satu rak kasut untuk dihadiahkan kepada isteri yang suka marah-marah terhadap dirinya.Macam biasa,Orang bagi kita kebencian tetapi kita balas dengan kasih sayang.

Sewaktu  perjalanan pulang ke rumah,si suami ini melintasi satu satu kedai perabot.Kebetulan pula pada hari tersebut mereka kehabisan stok kayu.Lalu terpandanglah salah seorang pekerja di situ kelibat seorang lelaki yang menjinjing kayu yakni si suami tadi.Tanpa berlengah masa tauke perabot memanggil si suami tadi untuk proses pembelian kayu tersebut.

Pada mulanya si suami keberatan untuk menjual kayu itu kerana niatnya untuk membina rak kayu buat isteri dirumah.Tauke tadi memujuk rayu kerana mereka sesuntukan waktu.Lalu tauke menawarkan dengan harga RM100.Harga tersebut pun belum membuka hati si suami untuk menjualnya sehingga tauke perabot terus naikkan harga belian berjumlah RM250.

Melihat kesungguhan tauke perabot,maka si suami mengalah juga akhirnya.Tauke sangat bersyukur dan terus menghadiahkan satu rak kasut buat si suami tadik.Dia sangat terkejut dan bersyukur kerana tidak menyangka rezeki bertambah begitu cepat.

Dengan adanya duit berjumlah RM250 dan satu rak kasut maka semangat si suami untuk pulang ke rumah tidak tergambar lagi.Gembira dan gembira berganda-ganda.

Sesama melintas satu perumahan yang baharu,si suami terkejut kerana dilambai oleh seorang wanita kaya.Wanita tersebut sangat berkenan  dengan rak kasut dibawanya.Sebab ketika itu wanita kaya sudah kehabisan idea untuk menghias laman rumahnya.Tiba-tiba terpandang satu rak kasut maka dia pun sangat berkenan.

Wanita tadi menawarkan harga untuk membeli dengan harga RM150.Namun si suami tadi masih keberatan lalu ditawarkan dengan harga RM250.Pada ketika itu antara mahu dengan tidak mahu si suami mengalah juga.Namun sangat bersyukur kerana sudah mempunyai wang tunai RM500.

Bak kata orang orang malang tidak berbau.Sebab itu wajar mencarum dalam takaful agar malang yang bakal berlaku boleh dikawal dengan duit dari para peserta yang sama-sama menyumbang dalam dana risiko.Jika ada keinginan untuk pelan takaful jom jumpa mrhanafi.Boleh PM tepi.Alamak iklan la pulak.

Si suami telah didatangi oleh seorang perompak yang bersenjatakan pisau.Tak perlu kata apa-apa si suami terus menyerahkan wang tunai RM500 ketika perompak mengacukan pisau ke lehernya.Ketika itu banyak manapun duit dah tiada maknanya lagi.Nyawa lebih utama.

Akhir cerita si suami dilepaskan oleh perompak tanpa diapa-apakan.Ketika sampai di rumah si suami cuma mampu menghembus nafas kesyukuran dari maut datang menjemput.Si suami hanya memberitahu isteri bahawa dia telah dirompak dan kehilangan duit yang sama nilainya dengan syiling buruk ketika ditemuinya awal pagi.

[nota mrhanafi]

KIsah tersebut hanyalah rekaan semata-mata.Namun menyingkap hikmah yang banyak untuk difikirkan bahawa duit bukan segala-galanya walaupun segala-galanya perlukan duit.

Jika ada pembaca yang berminat memiliki aplikasi duit jangan segan dan jangan malu untuk mendapatkannya hari ini juga.Kehebatan dan keberkesanan aplikasi duit dalam dunia pemasaran online sukar untuk didustakan.

Nak atau tak nak itu terpulang.Yang penting duit adalah alat untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.Tanpa duit manusia sengsara dan adanya duit manusia bisa bahagia sepanjang masa.

Sekian.Salam sayang buat semua.

arrow

Artikel berkaitan

26 thoughts on “Kisah Duit Bukan Segala-galanya

  1. Hoho2…dengan aplikasi duit tue tuan, duit bakal menjadi senjata utama…tuan pemiliknya hanya goyang kaki semata sambil cuci mata lihat awek2 berduyun2 tiba tanpa dipaksa… 😀

  2. Kalau kata nilai rompakan tu sama seperti nilai duit syiling buruk tu, masih ok lagi. Tapi kalau kata nilai kena rompak tu RM500, mesti meloncat si isteri tu

  3. Suami kalo takde duit memang tak cakap heh bro…kalo byk duit takut plak nak cakap heh… 🙂

    Tue belum lagi nak cakap nak tambah cawangan demi kelangsungan hidup bahagia… 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge