Kisah Kuda Biru Terputus Uratnya

Kisah Kuda Biru Terputus Uratnya…Tentu ramai yang tertanya-tanya.Sebab tajuk yang saya sengnaja buat ini memang pelik bin ajaib.Dalam dunia realiti mana ada kuda yang berwarna biru.Kalau hitam,putih,cokelat atau kelabu memang ada.

kuda biru terbaik

Untuk tidak menghampakan perasaan anda semua,saya nak berterus terang sahaja.Kuda biru yang saya maksudkan itu ialah kereta Avanza berwarna biru.Lagipun kereta ini fungsinya lebih kurang macam kuda.Boleh membawa orang atau barang dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kereta Avanza biru tersebut telah putus tali kabel bahagian brek tangan.Kabel ini sebenarnya memang dah uzur.Setiap kali ditarik brek tangan maka cengkaman kereta tersebut kurang terasa.Kereta boleh mengelunsur atau bergerak.Cukup bahaya sehinggalah ia putus baru-baru ini.Kalaulah kereta Avanza ini seperti kuda biru,ia menyindir tuannya ‘’Ambik kau’’

WAJIB BACA :   Pengalaman Mendebarkan Menanti Hari Pembubaran Perkahwinan

kereta avanza biru

Hakikatnya sudah lama juga saya nak buat servis ke atas kuda biru ini.Saya selalu terdengar bunyi kesakitan pada bahagian belakang.Memang sakit mendengarnya.Apatah lagi pada badan si kuda biru ini.Sehinggalah berlaku putus urat pada salah satu bahagian kanan.Pada bahagian kiri urat pula sudah kritikal dan menanti masa untuk putus juga.

IMG_20151110_090458

Saya  bersetuju setelah diberi penerangan oleh tauke bengkel.Alang-alang dah masuk bengkel buat dua-dua sekali gus.Jadi wang dalam poket kiri dan kanan pun turut bergetar untuk penyelengaraan kuda biru ini.

Ada tak yang nak tanya berapa kos yang saya keluarkan.Saya ambil pendirian biarlah rahsia sebagaimana lagu Datuk Siti Nurhaliza.Jika betul-betul serius nak tahu boleh tanya sendiri dengan tauke bengkel Kazoku Auto Service & Parts.

WAJIB BACA :   Pengalaman ambil dos penggalak Pfizer

kisah kuda biru

Memandangkan tauke Ramli Hassan peramah orangnya,jadi saya tidak teragak-agak untuk mempromosi bisnes beliau.Dengar khabar dari mulutnya sendiri, beliau pernah bekerja selama beberapa tahun di negara Jepun sebagai mekanik.

Kesannya budaya dan cara bekerja beliau mirip orang Jepun juga.Cerewet tentang kebersihan bengkel dan bekerja penuh serius.Selain itu mengutamakan keselamatan pekerja.Semua pekerja beliau menggunakan kasut keselamatan.

Rupanya pun ala-ala orang Jepun sehingga dalam hati saya “Engkau ada”.Jadi jangan hairan nama kedai pun guna istilah Jepun iaitu Kazoku yang bermaksud bisnes keluarga.Saya juga dapat meneka bahawa beliau boleh berbahasa Jepun.Kalau saya cuma tahu Toyota,Honda,Suzuki,Mitsubishi dan Toshiba (jenama laptop yang saya guna).

Berbalik semula tentang kisah kuda biru tadi.Setelah menunggu beberapa jam kemudian.Tidak lebih dan tidak kurang.Alhamdulillah kuda biru telah pulih.Bunyi kesakitan sudah hilang.Cengkaman brek tangan lebih ketat dan power.Kalau bab orang kahwin boleh diumpamakan seperti isteri yang kembali perawan.Opss.Jangan lebih-lebih.

WAJIB BACA :   Kesihatan Diri Sendiri

{sekilas pandang}

Kuda biru sudah pulih.Hati kembali tenang.Sekarang kuda biru boleh menjalankan tugas rutin setiap hari.

Jika ada pembaca yang ada menghadapi masalah dengan kereta maka lebih elok dapatkan info sebanyak mungkin sebelum menghantar ke bengkel.Ada info yang sangat berguna telah ditulis dalam ebook.

In Shaa Allah ebook tentang  penyelengaraan kereta boleh diperolehi melalui banner seperti di bawah:

Comments 18

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge