20 Kisah Mualaf Yang Gegar Dunia Islam [ Edisi kemas kini ]

Kisah mualaf sangat menarik.Mereka istimewa kerana dipilih Allah SWT melalui kurniaan hidayah. Nikmat hidayah dan petunjuk yang benar tidak ternilai harganya.

Alangkah beruntungnya mereka kerana sudah menempah tempat di Syurga.Hanya syurga sahaja tempat kekal abadi untuk orang beriman.

Mudah-mudahan kisah mualaf ini jadi inspirasi buat kita semua.

Kisah Mualaf

kisah mualaf

Mualaf merujuk kepada pertukaran agama asal seeorang ke agama Islam. Mereka juga dikenali sebagai saudara kita,saudara baru atau converted person.

[ Baca juga : Mengapa Saya Peluk Agama Islam ]

Saya teruja berkongsi kisah mualaf dari seluruh dunia. Saya cukup terkesan dan terharu.Maha Suci Allah dan Allah Maha Besar.

Mengikut logik akal memang sukar untuk mereka menjadi mualaf. Pendirian mereka untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidup amat hebat.

Sebagai orang Islam sendiri, saya rasa malu. Sebab kita tidak meletakkan kepentingan Islam pada tempat sepatutnya.

mualaf islam

Izinkan saya memberi pandangan berdasarkan 20 kisah mualaf ini. Kebanyakkan mereka yang memeluk Islam ini ada stori yang menyentuh hati.

Saya ringkaskan menjadi 5 perkara berikut.:

1.Orang kuat beragama
2.Latarbelakang keluarga yang teguh pegangan agama
3.Penentang Islam yang tegar
4.Suka membuat perbandingan agama
5.Cendikiawan yang hebat

[ Baca juga : Panduan Buat Duit Online Guna Blog ]

Baiklah.

Saya teruskan perkongsian ini.Semoga usaha kerdil ini mendorong kita mencintai agama yang benar.Hanya Islam sahaja agama yang sah di langit dan di bumi bersandarkan Surah Ali Imran ayat 19 :

“Sesungguhnya agama [yang benar dan diredhai] di sisi Allah ialah ISLAM.Dan orang-orang [Yahudi dan Nasrani] yang diberikan  Kitab itu tidak berselisih [mengenai agama Islam dan enggan menerimanya ] melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya [perselisihan itu pula] semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan [ingatlah],sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNYa” 

1.Hamzah Yusuf

Sebelum Islam namanya Mark Janson. Berasal dari Washington,Amerika Syarikat. Memeluk Islam ketika berumur 17 tahun selepas terbabit dengan kemalangan ngeri. Belajar ilmu agama di dunia Arab selama 10 tahun.

Sumbangan Hamzah Yusuf sangat banyak. Antaranya menubuhkan Institut Zaytuna pada tahun 1996. Institut ini ala-ala sekolah sekolah pondok kalau di Malaysia.

2.Isa Carlos Alberto

Beliau lahir pada tahun 1980 di Mexico city. Ketika berumur 18 tahun telah memeluk Islam. Pendiriannya goyah terhadap agama asal dan mula tertarik dengan Islam kerana membaca terjemahan Al Quran.

Dari situ Isa mengkagumi kandungan Al Quran sehingga komited untuk belajar di Universiti Islam Madinah selama 4 tahun. Kini beliau pendakwah yang terkenal di Amerika Latin.

3.Dr Murad Wilfried Hofmann

Dr Murad lahir di Aschaffenburg, Jerman pada tahun 1931.  Beliau tertarik dengan Islam sewaktu bertugas di Algeria sebagai duta Jerman. Malah menghabiskan masa hidupnya sebagai duta dipelbagai negara Islam selama 30 tahun.

WAJIB BACA :   Cara menjimatkan elektrik di rumah

Akhirnya dia menjadi mualaf yang hebat. Sumbangan beliau adalah penulisan buku ilmiah. Ideanya pernah menjadi kontroversi.Menurutnya Islam adalah agama penyelesaian masalah di negara Barat.

4.Maryam Jameelah

Lahir pada 3 Mei 1934 di New York. Beliau berketurunan Yahudi yang menetap di Amerika Syarikat. Minat Maryam Jameelah dalam bidang muzik terutama muzik Arab. Hatinya terpaut mendengar alunan ayat Al Quran yang terselit dalam muzik tersebut.

Ketika berumur 19 tahun beliau memeluk Islam. Pada mulanya keluarga menentang tetapi tidak berupaya kerana itu adalah pilihan hatinya sendiri. Maryam memberi sumbangan dalam bentuk penulisan karya yang hebat.

5.Syeikh Yusuf Estes

Nama asalnya ialah Josep Edward Estes.Lahir pada tahun 1944 di Texas Amerika Syarikat.Seorang pemegang PhD dalam ilmu ketuhanan ajaran Kristian. Pernah menjadi paderi dan keluarganya adalah penganut Prostestan.

Pendedahan terhadap Islam ketika beliau berurusan dengan seorang lelaki Muslim dari Mesir. Mereka berdiskusi tentang agama dan Allah SWT tunjukkan kepada Syeikh Yusuf bahawa Islam adalah benar. Selepas itu Syeikh Yusuf memeluk agama Islam bersama keluarganya.

6.Muhammad Assad

Lahir pada tahun 1900 dan meninggal dunia pada tahun 1992. Seorang warga Austria yang dulunya dikenali sebagai Leopold Weiss. Berketurunan Yahudi yang bekerja sebagai wartawan dan duta.

Pendedahan tentang Islam berlaku tatkala beliau berada di Palestin dan Kaherah. Pertemuannya dengan Syeikh Mustafa al Maghribi menjadi titik penting pengislamannya. Beliau berdebat tentang perbandingan agama.

Akhirnya Islam menang kerana kebenaran. Selepas itu Muhammad belajar Bahasa Arab dan belajar dengan ulama yang ada di Universiti Al Azhar. Sumbangannya dalam Islam banyak dalam penulisan buku.

7.Dr Maurice Bucaille

Seorang doktor perubatan yang lahir di Pont-L’Eveque,Perancis pada tahun 1920. Keluarganya berpegang teguh kepada agama Kristian Katolik.Dr Maurice gemar mengkaji agama iaitu agama Yahudi, Kristian Kuno,agama Kuno Firaun dan agama Islam itu sendiri.

Akhirnya hatinya terpaut kepada Islam kerana ayat al Quran berkaitan fakta sains.Beliau memeluk Islam dan terpaksa dibuang negara dari Perancis sehingga berkelana di bumi
Mesir.Beliau berjaya menulis buku sebagai sumbangan terbesar dalam Islam dengan pengupasan ilmu sains dan agama.

8.Dr Bilal Philips

Beliau berasal dari Jamaica dan lahir pada tahun 1947.Dr Bilal Philips membesar di Kanada.Dia mempelajari aliran Karl Marx sehingga peringkat tertinggi.Namun beralih arah untuk mengenali Islam.

Dr Bilal mendalami ilmu Islam di Universiti Madinah dalam bidang Usuluddin.Pernah menjadi pensyarah di Filipina.Akhirnya Dr Bilal berhijrah ke Amerika untuk menyertai Kumpulan Malcom X.Tugasnya membimbing belia kulit hitam mempelajari Islam.

9.Yvonne Ridley

Storinya cukup menarik.Yvonne lahir pada tahun 1959 di Stanley,Country Durham England.Beliau seorang wartawa di syarikat akhbar yang ternama di negara tersebut.

Pendedahan agama Islam sewaktu Yvonne bertugas di sempatan Pakistan dengan Afghanistan.Beliau tertangkap oleh pihak Taliban.Sewaktunya dalam tahanan Yvonne dilayan dengan baik. Maruahnya sebagai wanita terjaga.Akhir Yvonne dibebas selepas 30 bulan kemudian.

Sekembali ke negaranya, Yvonne terus memeluk Islam kerana mengetahui akhlak orang Muslim sangat bagus.Beliau dipecat dari jawatan wartawan. Selepas itu beliau aktif berdakwah supaya wanita muslim terus kekal berhijab.

10.Malcolm X

Siapa Malcolm X ? Saya juga pernah tertanya-tanya siapa .Malcolm X ialah ketua pergerakan nasionalisme kulit hitam di Amerika Syarikat. Lahir pada tahun 1925 namun
meninggal dunia akibat dibunuh pada tahun 1965.

WAJIB BACA :   Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai

Malcolm X menjadi mualaf ketika dalam penjara.Keluarganya masuk Islam pada tahun 1948.Ketika itu Elijah Muhammad sering berurusanya dalam pertanyaan tentang Islam.

Selepas pembebasan dari penjara, Malcolm X aktif dalam aktiviti dakwah bersama Nation Of Islam pimpinan Elijah Muhammad.Namun beberapa ketika kemudian, Malcolm X keluar dari Nation Of Islam.Beliau menubuhkan Muslim Mosque, Inc.

Namun berlaku krisis antara Malcolm X dengan pengikut Nation Of Islam.Malcolm X terkorban kerana ditembak sewaktu membuat ucapan dalam satu himpunan di Manhattan.

11.Tatiana Fatima

Beliau ialah gadis berbangsa Slovakia yang dilahirkan di Bratislava. Minatnya yang suka mengembara sehingga membawa beliau tertarik dengan Islam kerana laungan azan. Hatinya kagum mendengar azan yang dilaungkan serentak di Mesir.

Beliau berminat untuk mengetahui maksud lafaz azan selepas kembali ke negara asal.Selain itu belajar bahasa Arab,kelas fardu Ain dan kelas al Quran yang dianjur oleh komuniti setempat.

12.Amelia Rehman

Beliau adalah seorang Yahudi kerana ibunya Yahudi Amerika manakala bapanya Yahudi Israel.Amelia cenderung untuk mengamal ajaran agama sejak berumur 13 tahun lagi.

Dia pun bersungguh-sungguh untuk belajar Judaime,bahasa Ibrani dan kursus Talmud.Sayangnya tidak menjumpai apa yang dicarinya selama ini.

Ketika berhijrah ke California,Amelia mengenali Islam melalui orang-orang Arab. Mereka adalah pelanggan yang selalu berbelanja di kedai keluarganya.

Pada suatu hari Amelia terdengar pelanggannya bercerita tentang hari Kiamat. Sedangkan dalam agamanya tidak diceritakan berkaitan alam akhirat.Dia terus berminat
dengan Islam dan berkahwin dengan seorang Arab muslim.

Keputusannya menjadi mualaf menyebabkan ibubapa Amelia menentang habis-habisan.Ibu Amelia sehingga akhir hayat tidak bertegur dengan Amelia. Itulah dugaan yang dihadapi Amelia dalam mencari agama Illahi.

13.Jamilah Kolocotronis

Stori yang menarik buat saya bagaimana Jamilah menjadi seorang mualaf.Ia berlaku pada tahun 1976. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pendeta.

Ketika majlis perjumpaan mahasiswa baru,Jamilah berjumpa dengan pemuda Muslim.Pemuda itu dari Thailand mempunyai akhlak yang terpuji.Mulutnya sentiasa berzikir.

Atas sebab itu Jamilah rasa tertarik untuk memurtadkan pemuda tersebut. Namun tidak berjaya sebaliknya Jamilah terus berminat untuk mendalami Islam.

Jamilah memeluk Islam dalam bulan Ramadan.Dia abdikan diri dalam dunia Islam dengan menjadi pengetua Salam School di Milwaukee,Amerika Syarikat.

14.Dr Roger Garaudy

Beliau dilahirkan pada tahun 1913 dan merupakan ahli Falsafah Marxis. Namun berpegang kepada agama Kristian Katolik.

Pernah menulis buku yang mengkritik peristiwa Holocaust.Beliau berpendapat Holocaust cuma konpsirasi pemimpin tertentu ketika itu.

Pada tahun 1982 Dr Roger memeluk Islam.Selepas itu memang lantang mengkritik pemimpin barat .Buku-bukunya sangat kontroversi dan itulah sumbangannya dalam Islam.Banyak mengubah persepsi dan pembongkaran konspirasi.

15.Aminah as-Silmi

Lahir di Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1945. Beliau seorang penulis dan pemberita yang berjaya.Keluarganya berpegang teguh kepada ajaran Kristian Baptis.

Pada tahun 1975,beliau menjadi mualaf.Sebelum itu ada satu stori yang begitu menuntun jiwa kita.

Aminah seorang yang bijak.Beliau telah mendapat biasiswa. Nak dijadikan cerita, permohonannya untuk mengikuti pengajian media gagal.

Sebaliknya ditawarkan bidang teater.Memang jauh tersasar dari impian dan hasratnya.Nak ditolak tidak dapat kerana sudah menerima biasiswa pengajian.

Dalam kelas teater Aminah bercampur dengan mahasiswa Arab beragama Islam.Misi Aminah sekarang berdakwah tentang ajaran Kristian terhadap mereka.

Namun tidak berjaya kerana mereka sangat berpegang teguh kepada Islam.Senario ini memaksa Aminah membaca terjemahan Al Quran dan buku-buku berkaitan Islam. Niatnya
untuk mencari kelemahan agama tersebut.Namun gagal kerana Al Quran tiada cacat celanya.

WAJIB BACA :   Intel lawan AMD: Mana lebih mahal?

Akhirnya Amirah kalah dengan kebenaran.Beliau sudah mencintai Islam sebagai agama yang sempurna.Aminah mengabdikan diri selama 33 tahun dalam Islam.

Kejayaan manis Aminah ialah tersenarai sebagai 500 Muslim yang berpengaruh di dunia.

16.Susan Carland

Beliau ialah tokoh muslimah Australia tahun 2006.Seorang pensyarah di Universiti Monash. Suaminya berbangsa Arab Mesir dan mengajar politik di universiti yang sama.

Ketika Susan berumur 17 tahun minatnya dalam bidang agama sudah berputik.Ketika itu Islam tiada dalam senarai kerana digambarkan sebagai ganas dan asing.

Pada suatu ketika, Susan menonton tv.Ada siaran yang memaparkan Islam dalam sudut negatif.Islam diburuk-buruk sehingga tidak masuk akal. Dari situ Susan mula berfikir mengapa Islam diberi gambaran negatif.Beliau mencari rasionalnya.

Kehidupan mualaf bukan mudah baginya.Beliau sering dipandang serong kerana berhijab.Bukan itu sahaja pernah disisih teman teman selama bertahun-tahun.

Sumbangan Susan dalam Islam ialah mengadakan ceramah,kerja dakwah dan kemasyarakatan Muslim.Misinya untuk menjelaskan kekaburan tentang Islam dan menangani masalah murtad.

17.Luna Cohen

Luna Cohen adalah orang Yahudi yang berasal dari Kota Tetouan Maghribi.Ketika berumur 16 tahun pergi ke sekolah khas Bet Yakov.Umur 18 tahun dia sudah berkahwin dan telah berpindah dari Amerika Syarikat ke Semenanjung Gaza.

Suami Luna memeluk Islam setelah berdialog dengan orang Muslim yang berasal Emiriah Arab Bersatu. Tidak lama selepas itu Luna pun mengikuti jejak suaminya.

Mereka berdua sekali lagi berhijrah ke Maghribi dari mukim Gush Qatif,Semenanjung Gaza.Keadaan di sana tidak sesuai untuk mereka menjalani kehidupan orang muslim.

18.Jacques Yves Costeau

Beliau ialah seorang juruselam laut dalam dari Perancis.Hidayah Islam telah memasuki hati setelah melihat keajaiban alam.Ada air sungai dalam laut tetapi airnya tawar.Rasa sedap tidak bercampur dengan air masin walaupun berada dalam laut.

Jacques berjumpa dengan seorang profesor Muslim dan menceritakan keajaiban tesebut.Untuk menjelaskan keadaan itu,profesor tadi mengguna ayat Quran. Dari situ beliau kagum lalu memeluk Islam sebagai pegangan hidup.

19.Tali Fahima

Lahir pada tahun 1976 di Qiryat Gat .Ibunya adalah ibu tunggal dan penyokong Parti Likud.Pada mulanya Tali menyokong pemerintahan Israel namun goyah kerana kekejaman mereka.

Tali sanggup membantu Zubeidi dengan memberi maklumat.Ketika itu Zubeidi adalah aktivitis Briged al-Aqsa.Tali rela menjadi perisai manusia untuk melindungi anak-anak Palestin.

Tali telah ditangkap kerana menjadi pembelot dan mengaku bersalah pada tahun 2003. Pada tahun 2007 dia telah dibebaskan.Kira-kira 3 tahun kemudian Tali menjadi mualaf.Pengislamanya di masjid Umm al Fahm.

20.Laurent Booth

Laurent juga dikenali sebagai Sarah Booth.Lahir pada 22 Julai 1967 di Islington, London.Kerjayanya adalah penyiar radio dan wartawan serta aktivitis masyarakat.

Pada tahun 2010 dia memeluk Islam secara sukarela.Islam telah berputik dalam hatinya ketika memasuki masjid.Dia merasai suasana indah dan menenangkan.Beliau pernah bertugas di Palestin sebagai program hak asasi manusia.

Kekecewaannya terhadap rejim Zionis semakin menebal.Media mereka suka memutar belit isu.Sekali lagi kebenaran Islam tersirna sebagai agama akhlak.

Kesimpulannya:

Kisah mualaf yang mencintai Islam menjadi iktibar kepada kita semua. Kita bersaudara dengan mereka kerana menyembah Allah SWT yang sama.

Nabi junjungan besar pun sama yakni Rasulullah saw. Semoga kita tetap dengan iman dan berupaya solat dengan khusyuk.

Sekian.Jumpa lagi.Salam hormat.Terima kasih.

*Sumber rujukan: buku Allah is Calling tulisan Zainuddin Hashim

[Edisi kemas kini 8/12/2019]

{Edisi kemas kini 10/5/22 ]

[Edisi kemas kini 31/8/22]

{ Edisi kemas kini 30/12/22 ]

Comments 52

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge