Kisah nasi briani yang sukar dilupakan

Jujur, sudah beberapa hari saya mengidam atau craving nasi briani.

Mampu beli.Cuma saya tangguhkan sahaja keinginan tersebut.

Ada sebab saya berbuat demikian. Soalnya nak uji kesabaran.

Mampu atau tidak saya menahan sabar ketika mana orang lain makan nasi briani bersama orang tersayang sedangkan saya menikmati roti canai berseorangan.

Jika dapat, bermakna saya orang yang sabar dan ada memiliki emosi yang mantap.

Adakah saya boleh bersabar untuk menikmati kehidupan ini seadanya.

Alhamdulillah.Saya berjaya mencipta kejayaan kerana mampu beli dan makan nasi briani berharga RM11 setapak.

Mahal ke berbaloi ?

Mahal jika rasa sayang nak keluarkan duit untuk membantu restoran tersebut.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 3)

Berbaloi kerana saya suka nasi dari beras Bashmati.Nasi yang rendah kalori atau kurang kanji.Harga beras ini boleh tahan dan rasanya memang nyaman giler.

Ketika suapan pertama dan kedua sudah terasa nikmat.Namun suapan seterusnya sudah hilang seri kerana teringatkan janji tidak kesampaian.

Betullah kata kebanyakan orang, manusia hanya merancang dan Tuhan sahaja yang menentukan.

Ketika nasi beriani ini terhidang di depan saya, sepatutnya dinikmati bersama isteri dan anak-anak.

Namun realiti saya perlu hadap seorang diri kerana masih bersendirian la sangat hahahaha.

Comments 4

Leave a Reply to ahmadyani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge