Kisah pelanggan dilayan seperti tunggul kayu

Hujung minggu datang lagi. Biasanya saya kurang suka hujung minggu sebab pada hari begini ada ‘not feeling good’.

Ada ketikanya saya akan pergi ‘shopping’ seorang diri. Sekadar untuk mengisi kekosongan hati dan perasaan. Ya, perasaan sunyi dan sepi. Siapa yang hidup ‘single’ tu faham sangat la maksud saya.

Bak kata hikmah orang sekarang,

“Ramai orang boleh bersabar dengan sakit sendi, tetapi sedikit sahaja yang mampu menahan sakit ‘sendirian’.”

Sakit sendi boleh jumpa doktor dan ambil ubat di farmasi.

Sakit ‘sendirian’ hanya boleh diubati dengan berjumpa pasangan hidup.

Saya tinggalkan cerita merapu tersebut.

Untuk dijadikan cerita hari ini, saya berkeinginan untuk jalan-jalan cari makan.

Sudah lama nak ke kedai tersebut. ( nama kedai ini saya blacklist dalam memori).

Saya mengidam satu menu ‘signature’ yang ada diperkatakan salah seorang blogger.

Seusai solat Asar saya memulakan langkah pertama. Tidak ingat langkah kanan atau langkah kiri.

WAJIB BACA :   Pengalaman jadi halimunan di sebuah restoran

Langit agak redup. Mendung sahaja. Angin bertiup perlahan. Sepoi-sepoi bahasa. Suasana cukup aman dan damai sekali.

Dengan mengenakan seluar jeans koyak bawah lutut, lusuh tetapi baru basuh dan berbau harum. Baju T-shirt hitam yang tebal. Segan pulak nak ‘show off’ lekuk tubuh yang semakin sasa dan kekar. Hehehe

Saya sampai ke kedai tersebut ketika belum ramai orang. Sudah ada dua atau tiga meja diduduki para pelanggan.

Macam biasa ketika zaman Covid-19 ini, masuk kedai perlu patuhi SOP.

Saya memilih duduk di meja luar kedai. Nak hirup udara petang minggu katakan. Itupun lokasinya berdepan dengan kaunter pembayaran.

Duduk punya duduk, langsung tiada kelibat pekerja kedai ini datang ambil order untuk saya.

Lama juga tunggu. Sekitar 15 minit atau lebih. Tak perasan pulak nak semak masa duduk tadi.

Saya terus meluru ke kaunter. Tak sanggup lagi untuk menunggu macam tunggul kayu. Tak sangka, orang ‘cool’ macam saya pun naik darah juga masa tu.

WAJIB BACA :   Aktiviti Blog Bulanan Wajib Kena Buat

Pekerja : Ya encik nak bayar ke?
Saya: Apa pulak nak bayar, order pun belum. Dah lama saya tunggu kat luar. (nada marah)
Pekerja: Ya kah, tidak perasan pulak saya.
Saya: Aih…sini tiada CCTV ke? Nak order sini atau dekat meja.
Pekerja: Order dekat meja, nanti saya datang.
Saya: Saya duduk kat luar( suara sudah nyaring).

Ketika duduk kembali ke meja, perasaan marah saya belum reda. Niat pada mulanya untuk mempromosikan kedai ini di medsos dan blog saya batalkan terus.

Malah saya berjanji untuk tidak akan kedai ini lagi. Namun saya tidaklah menghalang orang lain ke kedai tersebut.

Ketika menu yang diorder sampai, mood saya sudah terganggu. Hati tisu betul.

Sungguhpun demikian saya makan habis kerana saya sudah bayar RM9.50. Rasa jangan tanya masa orang marah. Memang hampeh kata orang sana.

Jangan membazir rezeki.

Saya juga batalkan hasrat untuk kongsikan gambar menu saya makan tadi di dalam blog ini. Biarlah rahsia kerana nak jaga nama baik kedai ini.

WAJIB BACA :   Jom Mencari Jodoh Yang Sudi Bersama Ke Jannah

Tidak mengapa dengan saya layanan begitu tetapi jangan pula dengan orang lain.

Saya maafkan mereka kerana mungkin pekerja tidak cukup, kurang terlatih dan kurang pengalaman. Walaupun saya tahu ketika saya pergi tadi bukan waktu sibuk.

Kesalahan saya juga kerana terus duduk di meja walaupun prosedur memang begitu. Sepatutnya saya terus ke kaunter untuk maklumkan kehadiran saya.

Dua pihak ada kesalahan. Cuma kesalahan begini menyebabkan ‘not feeling good’ saya tidak terubat dengan cara jalan-jalan cari makan.

Lain kali saya tukar ‘modus operandi’ pula dengan jalan-jalan cari amoi sahajalah.

Maafkan saya kerana beremosi juga.

Wahai hati, saya maafkan mereka dan saya lupakan kisah begini dalam lubuk hati saya yang paling dalam.

Moga pembaca sentiasa berfikiran positif dan berlapang dada apabila menjadi pelanggan dilayan seperti tunggul kayu.

Comments 6

Leave a Reply to mamapp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge