Kisah Saya Sebagai Pelayan Restoran

Kisah Saya Sebagai Pelayan Restoran …Salam dan selamat sejahtera.Tidak dinafikan kita semua pernah makan  atau minum di restoran.Tak kira restoran segera atau restoran mamak.Jadi alangkah elok kalau pembaca dapat menyelami isi hati seorang pelayan restoran.Sekurang-kurangnya pendedahan ini memberi gambaran kepada mereka yang belum pernah merasai pengalaman sebagai pelayan restoran.

Tiga tahun dahulu saya tiada pekerjaan tetap.Sebelum itu memang ada.Cuma kerja sementara sebagai penghantar barang dan pembantu gerai di tepi jalan selama setahun.Majikan saya berpindah tempat kerja.Jadi saya berhenti kerja.

Semenjak hari itu saya menjadi pencari kerja tegar.Semua tempat saya minta kerja.Janji ada iklan kerja dan berusaha bertanya secara peribadi kepada tuan punya kedai.Soal malu letak dalam poket ketika itu.

Selama tiga bulan saya mencari kerja sana dan sini.Akhirnya saya menemui syarikat yang baru hendak memulakan operasi di sebuah pusat membeli belah.Entah bagaimana dengan sekali permohonan melalui temuduga terbuka saya diterima bekerja di syarikat tersebut.Saya ditawarkan pekerjaan sebagai krew dalam operasi restoran.Meskipun pada mulanya saya cuma memohon jawatan sebagai pekerja am.

pelayan restoran

Skop pekerjaan saya sebagai krew dapur tidaklah sesukar pekerjaan saya sewaktu menjadi juruteknik makmal disebuah syarikat multinasional sebelum itu.Tugas utama saya memastikan makanan dan minuman boleh dijual kepada pelanggan dengan kebersihan tahap tinggi dan kualiti makanan sentiasa terbaik.Dalam memenuhi objektif ini kami diwajibkan untuk mengikuti prosedur tanpa kompromi.

Setelah dua tahun membina kemahiran sebagai krew dapur,saya telah diarahkan untuk bertugas di bahagian depan sebagai pelayan lelaki.Sudah tentu cabaran dan tugasan pada kali ini jauh lebih mencabar.Saya dilatih membina soft skill yang cemerlang.Saya ditugaskan menghantar barang pesanan pelanggan tepat pada masa yang ditetapkan.

Selain itu saya dipertanggung jawabkan untuk memastikan ruangan makan sentiasa kemas dan bersih sehingga tahap hampir sempurna.Peralatan seperti penyapu,penyeduk sampah dan mop kain adalah mainan seharian.Pantang sahaja kekotoran terpalit dilantai maka itulah tanggunjawab saya untuk membersihkan sesegera yang mungkin.

Pelayan restoran nampak macam tiada kelas dan tidak setara dengan jawatan sebagai pensyarah,pengurus atau pegawai tinggi di sesebuah organisasi.Namun jauh dalam hati para pelayan restoran seperti saya ini mahukan pekerjaan yang ada pejabat sendiri ataupun mengetuai puluhan staff yang lain.

Cuma ada yang tidak sedar bahawa pelayan restoran adalah insan paling kerap dihadiahkan ucapan terima kasih dari para pelanggan.Ucapan terima kasih ini sangat membahagiakan dan mengucapkan terima kasih kepada orang lain juga memberi makna yang sama.

Saya tidak pasti beberapa lama lagi saya akan menjadi pelayan restoran.Walaupun lama-kelamaan  agak bosan juga dengan skop tugas yang hampir sama setiap hari.Menyampu,mengemop dan mencuci sudu bagaikan tugas yang tak pernah berhenti sejak   restoran dibuka jam 10 pagi dan berakhir 10 malam.

{sekilas pandang}

Kini terpulang kepada anda sama ada percaya atau tidak kisah saya sebagai pelayan restoran adalah diri saya sendiri.

Dulu saya rasa rendah diri tetapi sekarang saya berfikir bahawa biar orang lain pandang rendah terhadap kita.Namun jangan sekali-kali pandang rendah pada kemampuan diri sendiri.Biarpun belum ada lagi anugerah prestij  sebagai penghormatan pelayan restoran yang terbaik dunia.

Kita tidak tahu rezeki saya lepas ini boleh melimpah ruah terutamanya melalui  kerja  Pendapatan Pasif.

Ada sesiapa yang nak pendapatan pasif seumur hidup tanpa modal boleh cuba DAFTAR PERCUMA

p/s : Kalau nak kerja restoran di Singapura pun boleh tau!

(Visited 654 times, 4 visits today)

34 thoughts on “Kisah Saya Sebagai Pelayan Restoran”

  1. Bukan senang kerja pelayan restoran ni, sangat penat. Sentiasa ke hulu hilir. Mana lah boleh duduk kan time kerja.
    Apa -apa pun bro, bertahan la sikit. Tunjukkan dedikasi dan ada inisiatif untuk berubah, insyaAllah bro akan lebih maju dari hari ini

  2. perkongsian yang menarik ... dulu teringin nak kerja fast food macam ni, tapi tiap kali apply (time cuti sem) tak ada yang kosong 🙁

    kenapa nak rendah diri kalau kerja halal kan ... kawan-kawan saya kata best kerja ni 🙂

  3. Tak ada salahnya. Boleh belajar perlahan-lahan cara nak handle restoran sendiri selepas itu untuk upgrade diri kita ke tahap lebih tinggi.

  4. Huhu..tak kesah la bro kan.. asalkan kita gembira dengan apa yang kita lakukan..sola diorang nak pandang, tak nak pandang usah pertikaikan.. itu hak masing-masing.. depa bukan bagi kita kegembiraan kan..hehe
    Hafizul recently posted…Aku Bela HARIMAU BetinaMy Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge