Kisah Saya Sebagai Pelayan Restoran …Salam dan selamat sejahtera.Tidak dinafikan kita semua pernah makan atau minum di restoran.Tak kira restoran segera atau restoran mamak.Jadi alangkah elok kalau pembaca dapat menyelami isi hati seorang pelayan restoran.Sekurang-kurangnya pendedahan ini memberi gambaran kepada mereka yang belum pernah merasai pengalaman sebagai pelayan restoran.
Tiga tahun dahulu saya tiada pekerjaan tetap.Sebelum itu memang ada.Cuma kerja sementara sebagai penghantar barang dan pembantu gerai di tepi jalan selama setahun.Majikan saya berpindah tempat kerja.Jadi saya berhenti kerja.
Semenjak hari itu saya menjadi pencari kerja tegar.Semua tempat saya minta kerja.Janji ada iklan kerja dan berusaha bertanya secara peribadi kepada tuan punya kedai.Soal malu letak dalam poket ketika itu.
Selama tiga bulan saya mencari kerja sana dan sini.Akhirnya saya menemui syarikat yang baru hendak memulakan operasi di sebuah pusat membeli belah.Entah bagaimana dengan sekali permohonan melalui temuduga terbuka saya diterima bekerja di syarikat tersebut.Saya ditawarkan pekerjaan sebagai krew dalam operasi restoran.Meskipun pada mulanya saya cuma memohon jawatan sebagai pekerja am.
Skop pekerjaan saya sebagai krew dapur tidaklah sesukar pekerjaan saya sewaktu menjadi juruteknik makmal disebuah syarikat multinasional sebelum itu.Tugas utama saya memastikan makanan dan minuman boleh dijual kepada pelanggan dengan kebersihan tahap tinggi dan kualiti makanan sentiasa terbaik.Dalam memenuhi objektif ini kami diwajibkan untuk mengikuti prosedur tanpa kompromi.
Setelah dua tahun membina kemahiran sebagai krew dapur,saya telah diarahkan untuk bertugas di bahagian depan sebagai pelayan lelaki.Sudah tentu cabaran dan tugasan pada kali ini jauh lebih mencabar.Saya dilatih membina soft skill yang cemerlang.Saya ditugaskan menghantar barang pesanan pelanggan tepat pada masa yang ditetapkan.
Selain itu saya dipertanggung jawabkan untuk memastikan ruangan makan sentiasa kemas dan bersih sehingga tahap hampir sempurna.Peralatan seperti penyapu,penyeduk sampah dan mop kain adalah mainan seharian.Pantang sahaja kekotoran terpalit dilantai maka itulah tanggunjawab saya untuk membersihkan sesegera yang mungkin.
Pelayan restoran nampak macam tiada kelas dan tidak setara dengan jawatan sebagai pensyarah,pengurus atau pegawai tinggi di sesebuah organisasi.Namun jauh dalam hati para pelayan restoran seperti saya ini mahukan pekerjaan yang ada pejabat sendiri ataupun mengetuai puluhan staff yang lain.
Cuma ada yang tidak sedar bahawa pelayan restoran adalah insan paling kerap dihadiahkan ucapan terima kasih dari para pelanggan.Ucapan terima kasih ini sangat membahagiakan dan mengucapkan terima kasih kepada orang lain juga memberi makna yang sama.
Saya tidak pasti beberapa lama lagi saya akan menjadi pelayan restoran.Walaupun lama-kelamaan agak bosan juga dengan skop tugas yang hampir sama setiap hari.Menyampu,mengemop dan mencuci sudu bagaikan tugas yang tak pernah berhenti sejak restoran dibuka jam 10 pagi dan berakhir 10 malam.
{sekilas pandang}
Kini terpulang kepada anda sama ada percaya atau tidak kisah saya sebagai pelayan restoran adalah diri saya sendiri.
Dulu saya rasa rendah diri tetapi sekarang saya berfikir bahawa biar orang lain pandang rendah terhadap kita.Namun jangan sekali-kali pandang rendah pada kemampuan diri sendiri.Biarpun belum ada lagi anugerah prestij sebagai penghormatan pelayan restoran yang terbaik dunia.
Kita tidak tahu rezeki saya lepas ini boleh melimpah ruah terutamanya melalui kerja Pendapatan Pasif.
Ada sesiapa yang nak pendapatan pasif seumur hidup tanpa modal boleh cuba DAFTAR PERCUMA
p/s : Kalau nak kerja restoran di Singapura pun boleh tau!
Kisah yang memberi inspirasi. Teringat kisah Encik Penjual Karipap yang balik dari luar negara bekerja di kilang. Orang kampung kata : setakat kerja kilang anak dia pun boleh. Tetapi mereka sebenarnya tidak tahu setiap pekerjaan mampu memberikan peluang yang lebih baik di masa hadapan.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Bahayanya Jerebu Kepada Anak-Anak & Pesakit Kronik, Andai Kita Tahu!
ye..ke..kisah ini memberi inspirasi
perlu percaya dan yakin kemampuan diri sendiri, kita boleh berjaya insha allah
ya..itulah pegangan hidup yang terbaik
Huhu..tak kesah la bro kan.. asalkan kita gembira dengan apa yang kita lakukan..sola diorang nak pandang, tak nak pandang usah pertikaikan.. itu hak masing-masing.. depa bukan bagi kita kegembiraan kan..hehe
Hafizul recently posted…Aku Bela HARIMAU Betina
terima kasih bro bagi sokongan yang hebat ini..
memang kena sabar kalau dapat pelanggan yang cerewet.
Ikhwan recently posted…Jual Produk Informasi 300 Unit 3 Hari
memang tidak dinafikan ..memang ramai gak pelanggan yang cerewet..
Tak ada salahnya. Boleh belajar perlahan-lahan cara nak handle restoran sendiri selepas itu untuk upgrade diri kita ke tahap lebih tinggi.
ho..ho…ilmu itu tengah saya pelajari sekarang ini..
sikit lagi boleh jadi owner restoran pula tu
Raihanah Ahmad recently posted…Mengecutkan Dan Mencegah Fibroid Dengan Shaklee
rasa-rasanya tak nak jadi tauke restoran..bukan bidang diminati.
apa yang penting bro, rezeki yang kita dapat halal dan barulah hidup akan berkat.
benar..dan itu yang terbaiknya
perkongsian yang menarik ... dulu teringin nak kerja fast food macam ni, tapi tiap kali apply (time cuti sem) tak ada yang kosong 🙁
kenapa nak rendah diri kalau kerja halal kan ... kawan-kawan saya kata best kerja ni 🙂
bagi yang suka dengan manusia memamg la best kerja nie..
Bukan senang kerja pelayan restoran ni, sangat penat. Sentiasa ke hulu hilir. Mana lah boleh duduk kan time kerja.
Apa -apa pun bro, bertahan la sikit. Tunjukkan dedikasi dan ada inisiatif untuk berubah, insyaAllah bro akan lebih maju dari hari ini
ho..ho..terima kasih atas sokongan moral..
Kadang-kadang terfikir kudrat pelayang kedai mamak berkerja seharian di restoran.
akubiomed recently posted…Rasa tenang bila bersatu dengan alam
mereka lagi power…kerja lebih 12 jam sehari
sekurang-kurangnya artikel ini memnbangkitkan nostalgia lama he..he..
Saya pernah jadi pelayan sebuah cafe. Agak penat kerja macam gini terutamanya bila customer ramai. Tu belum termasuk customer yang cerewet. Haha Sabar je la.
Hajar Shikin recently posted…Kenali Blogger MohdZarin.com
ada pengalaman macam tu..bagus untuk dikenang.
Setiap pekerjaan ada kelebihan dan cabarannya yg tersendiri…
Jadi pelayan juga seperti blogger, kena bijak melayan kerenah dan memberikan yg terbaik kpd pengunjung.
BM recently posted…7 Tools Semak Prestasi & Masalah Blog
bijak itu yang saya cuba implimentasi sekarang ini..
Kerja apa pun janji semuanya mendatangkan keberkatan dalam hidup kita…sikit tapi berkat
Noriza Rahman recently posted…Krim Mata yang Mengurangkan Kedutan dan Memperlahankan Proses Penuaan
betul ..sikit tapi berkat
cuma kalau banyak dan berkat lagi bagus..
Saya pelayan restoran tak pernah,pelayan kantin sekolah menegah pernah itupun waktu rehat , Tolong makcik yang menjadi pengusaha hehehe
onlajer recently posted…Panduan Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan
dekat-dekat sahaja tu..basicly layan pelanggan
biasalah kan, setiap pekerjaan mesti ada manfaatnya tak kisah lah kerja apa pun.
Ira recently posted…Penekanan Agama Walau Bersekolah Cina
semoga dengan artikel ini ada pihak yang berfikir bahawa selagi kerja itu halal pasti ada manfaatnya
Kisah yang penuh dengan inspirasi. Terbaik Tuan HB.
Calrase Patrick recently posted…Belajar Buat Blog Milik Anda Sendiri
terima kasih Cal…semoga kita berolah kejayaan nanti