Kisah sebelum kejadian telefon hilang

Saya nak ceritakan semula kejadian sebelum berlakunya telefon hilang dikebas orang.

Kisah telefon hilang sudah saya tulis sebelum ini. Boleh baca semula di sini >>telefon hilang

Pada hari Ahad yang lalu, saya keluar ke bandar kerana ada urusan tertentu. Sebelah petangnya sebelum balik, saya ronda-ronda di tingkat bawah pusat membeli-belah.

Saya duduk di satu tempat untuk berehat sebentar. Lagipun saya kehausan sambil meneguk air minuman botol.

Ketika duduk di situ saya disapa seorang lelaki. Dia seorang yang mesra dan mudah bersembang.

Gambar hiasan

Dia ceritakan asal usul dia. Selepas itu dia akui lepas keluar dari penjara dan kini menjadi gelandangan. Tiada kerja, tiada rumah dan tiada keluarga.

Keduanya ibubapa sudah meninggal. Bagaimanapun ceritanya itu tidak mempengaruhi saya untuk rasa kasihan.

WAJIB BACA :   Bina Kerjaya Sebagai Telco Networker

Maklum sahaja orang kerja media macam saya ini, dilatih untuk tidak mudah beremosi dalam apa keadaan sekali pun. Malah dilatih juga untuk jangan percaya kalau tiada bukti atau fakta.

Beberapa minit kemudian, dia menyatakan hasratnya untuk minta duit.

Katanya perut dia masih lapar walaupun semasa kami bersembang dia baharu sahaja menghabiskan wafer. Perisa apa saya tidak perasan la pulak.

Semasa dia minta duit, saya kata tidak tahu. Dalam hati saya rasa kurang senang pula, kalau-kalau dia tahu saya banyak duit. Akhirnya saya pulak kena rompak. Inilah sangkaan negatif saya terhadap dia.

Hakikatnya saya tidaklah berduit sangat cuma rasa curiga itu mengatasi rasa kesian saya terhadap dia.

Apabila saya enggan menuruti kehendak dia untuk hulur duit, dia pun bingkas bangun dan mula marah-marah.

WAJIB BACA :   Sedekah pintu rezeki yang tidak disangka [ Edisi kemas kini 2023]

Saya disumpah seranah dan dijeling seolah-olah saya buat kesalahan besar.

Dia terus beredar dan segala sumpah seranahnya terhadap saya tidak dapat saya dengar dengan jelas.

lelaki hensem
Gambar sekadar hiasan

Saya jeling dari jauh dan kelihatan mukanya sudah masam mencuka.

Cerita habis di situ.

Namun setelah kehilangan telefon saya keesokannya, baharulah saya sedar.

Rupa-rupanya saya diuji oleh Allah SWT.

Saya menghampakan orang yang dalam kesusahan. Memang benar dia meminta duit dan tidak harus untuk saya menolak permintaan orang yang dalam kesusahan.

Apalah susahnya saya bagi sahaja RM5 atau RM10 sebagai sedekah untuk dia. Taklah dia hampa dan kecewa terhadap saya.

Saya akui prinsip saya tidak suka kalau ada orang minta duit. Saya lebih suka memberi tanpa dipinta.

WAJIB BACA :   i-sinar tanpa syarat boleh dipohon mulai 8 Mac 2021

Mungkin inilah pengajaran berguna buat saya dan juga pembaca semua bahawa, jangan hampakan orang yang berharap kepada kita. Walaupun kita tidak tahu niat mereka sama ada baik atau sebaliknya.

Niat kita memberi tanpa berharap dan mudahan Allah menjaga kita dari sebarang kesulitan dan musibah al-sebab sedekah.

Apapun saya belajar sesuatu dari kisah ini.

Saya salah dan dia betul.Dia minta dan bukan mencuri.

Sehingga ke hari ini saya terus menerus minta ampun kepada Allah kerana saya tahu saya silap dan saya salah.

Saya sedia untuk belajar dan akui kesilapan tersebut.

Semoga Allah mengampuni dosa saya dan dosa pembaca semua.Lebih-lebih lagi dosa semasa manusia.

Aamiin.

  • Kemas kini 2/1/23

Comments 6

Leave a Reply to sunah sakura Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge