Kisah seharian awek Jepun penghantar barang

Saya belum pernah menjejak kaki ke Jepun.Memang teringin sungguh ke negara matahari terbit tersebut.

Bukan seorang tetapi dengan pasangan yang sah.

Aamiin.

Memandangkan sekarang ini pandemik Covid-19 masih mengganas di seluruh dunia, elok sangatlah tangguhkan dulu impian tersebut.

Orang kata tak akan lari gunung dikejar.Mungkin Gunung Fuji kot.

Jadi sebagai usaha pengaktifan minda bawah sedar, saya pun mengembara ke Jepun hanya menggunakan Youtube.

Biar nampak jelas bagaimana keadaan di sana walaupun sekadar dalam minda.

Cara ini macam tak logik tetapi bisa berlaku dengan keajaiban minda. ( ingat dengan izin Allah SWT).

Bukti terdekat ini benar-benar berlaku.

WAJIB BACA :   Pengalaman Perit Menahan Perut Lapar

Pada tahun lepas saya berjaya pergi ke Kelantan.Sebelum pergi ke sana,saya selalu membayangkan bagaimana rupa bandar Kota Bahru dan kampung-kampung sekitar.

Tanpa rasa yakin dan tanpa berharap sangat pun.Cuma saya bayangkan rasa rasa seronok dan bahagia jika berjaya ke sana.

Alhamdulillah boleh jejak kaki di Kelantan.

Blogger Sunah dan Blogger Sis Lin boleh jadi saksi tau !

Sunah diapit blogger Abang Fadli dan saya sendiri ..kurus pulak saya masa nie
Rasa pindik dan kiut suda kalau berdiri dengan orang yang tinggi seperti Sis Lin aka Mak Lin sweet 17 teen hahaha

Tahun ini saya cuba bayangkan untuk ke Johor pula.Teringin nak rasa menu Laksa Johor homemade walaupun ada orang sana kata laksa Sarawak memang sedap giler.

Itupun belum rasa lagi bagaimana nikmatnya laksa Sarawak di negeri Sarawak sendiri.

Ada udang kepit biru dilonggok atas laksa bersama hirisan limau dan sambal yang nyata sukar ditemui di mana-mana.

WAJIB BACA :   Agenbersatu.com dalam dakapan

Saya tinggalkan selembar kisah peribadi setakat itu dulu.

Misi pengembaraan bermula..

Saya terjumpa satu chanel Youtube kisah awek Jepun sebagai penghantar barang.

Baca betul-betul.

Bukan Bisnes Makan Delivery.

Dalam Youtube ini dikisahkan bagaimana seorang awek Jepun memulakan harinya seawal pagi dari rumah untuk ke tempat kerja.

Apa rutin yang dilakukannya setiap hari sehingga habis bekerja jam 6.00 petang.

Kisah selebihnya boleh tonton sendiri la ye…

Salam 25 Ramadan 1441H

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge