Kitaran Hidup Manusia Bagaikan Misteri Sukar Diduga

Kitaran hidup manusia bermula dari hari kelahiran sehingga hari kematian.Dalam tempoh tersebut pelbagai ragam, kejadian dan keajaiban telah dan akan berlaku.

Namun saya tidak ingin berbicara terlalu serius. Cukuplah penulisan ini secara santai hasil pandangan peribadi semata-mata. Saya tidak membuat kajian kepada orang lain.

Subjek kajian adalah diri sendiri. Tidak adil untuk saya membuat perbandingan kehidupan saya dengan orang lain.

Rezeki lain-lain. Corak kehidupan lain lain. Tiada persamaan kerana kejadian makhluk itu sendiri unik, istimewa dan menakjubkan.

Sungguh hebat ciptaan  Pemilik Alam Semesta. Segala kejadian langit dan bumi tunduk dengan kekuasaan Allah SWT.

Itu sekadar mukadimah.Jom saya ceritakan kitaran hidup manusia iaitu saya sendiri.

Kitaran hidup manusia

Kitaran hidup manusia

Ketika 20 tahun dahulu saya masih bujang. Tiada memiliki apa-apa harta dan aset yang boleh menjadi jaminan kehidupan.

WAJIB BACA :   Terkejut sakan beli jajan kayangan....!

Saya bekerja seperti orang lain. Bekerja sebagai al sebab punca rezeki.

Dari situ saya mula membina kehidupan. Mampu membeli kenderaan, menyimpan wang dan berbakti kepada orang tua.

Jodoh pula datang bertandang. Saya berumahtangga dan dianugerahkan keluarga bahagia. Alhamdulillah saya dikurniakan cahaya mata.

Dalam masa tersebut juga saya berjaya memiliki rumah sendiri sebagai tempat perteduhan dari panasnya terik mentari dan sejuknya embun malam.

Sepuluh tahun selepas itu dugaan kehidupan mula terasa. Gara-gara nekad berhenti kerja makan gaji saya hilang sumber pendapatan.

Saya menceburi alam perniagaan sepenuh masa. Percubaan demi percubaan tetapi semuanya tidak menjadi. Lantas himpitan kewangan sangat mendesak.Kesian anak isteri menjadi mangsa keadaan.

Kehidupan yang selesa menjadi sukar. Rumah tangga yang bahagia menjadi derita.

Mulai saat itu segala apa yang dimiliki hilang satu persatu sehingga tiada apa-apa yang tinggal kecuali rumah dan rumahtangga.

WAJIB BACA :   Kisah lelaki yang demam rindu

Saya kembali bekerja seperti biasa namun pendapatan jatuh secara luarbiasa. Bukan sebulan dua sebaliknya bertahun-tahun lamanya.

Saya berjuang siang dan malam.Berjuang untuk mengembalikan keadaan seperti sebelum ini. Namun masa tidak mencukupi.

Masa terus berlalu….

Kini kitaran hidup saya sudah berada seperti 20 tahun yang lepas.Yang peliknya kembali menjadi solo semula. Ketika insan lain yang sama usia seperti saya sudah stabil kewangan, ada kerjaya hebat dan keluarga semakin membesar, saya pula seperti ‘reverse life’.

Saya bermula dari bawah semula.Bermula dengan angka kosong sebagaimana 20 tahun yang dahulu.

Saya tiada memiliki apa-apa.Tiada rumah, kenderaan dan yang sedihnya terbuang dari keluarga yang dibina suatu ketika dahulu.

Sungguhpun begitu saya bersyukur kerana masih mampu bekerja agar boleh memberi nafkah untuk orang tua dan anak-anak.

WAJIB BACA :   Mimpi Indah Yang Mendebarkan Jiwa

Kini bertekad untuk membina semula kehidupan.Belum terlambat selagi nyawa dikandung badan.

Walaupun saya tahu kesukaran dalam mengapai impian. Saya tidak peduli kerana saya tahu kekuatan saya ada pada semangat juang yang membara.

Saya akur dan faham kitaran hidup manusia seperti roda.

Boleh berada di atas buat seketika dan boleh juga di berada bawah buat sementara.

Tiada yang kekal. Yang kekal adalah kehidupan selepas kematian.

Saya berharap agar pembaca mengambil iktibar bahawa kehidupan adalah pentas ujian.Hikmah ujian untuk menilai kualiti iman dan takwa seseorang.

Tidak semua berpeluang menjalani kehidupan begini kerana kitaran hidup manusia memang berbeza sebagaimana yang tersurat dalam Qadak dan Qadar.

Mungkin satu misteri kehidupan yang sukar diduga untuk kita semua.

Wallahualam.

*kemas kini 8/4/22

Comments 20

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge