Krisis tiga serangkai melanda negara

Keadaan Covid-19 sangat meruncing sekarang ini dan kegawatan ekonomi pula kian parah. Kini timbul pula kekalutan politik negara.

Senario begini betul-betul beri cabaran dan dugaan untuk rakyat Malaysia.

Lihatlah golongan B40 terus dihimpit kesusahan. Golongan M40 pula ada yang jatuh anak tangga ke B40.

Cuma golongan T20 masih bernasib baik dan boleh menarik nafas lega jika harta dan pendapatan mereka masih boleh menampung kos hidup untuk puluhan tahun yang mendatang.

Apakah persediaan kita untuk menghadapi krisis tiga serangkai ini ?

Kesihatan.

Ekonomi.

Politik.

Sebagai orang kebanyakan yang mungkin berada di B40 dan M40, kita wajar tersentak.

Keluar dari zon selesa dan menjenguk kepala ke luar jendela kehidupan.

WAJIB BACA :   Sabar pesanan Ustaz Ebit Lew dalam video terbaharunya

Cari cara untuk menghadapinya dengan bekalan iman dan optimasi kepelbagaian pendapatan.

Sebagai orang beriman, tenangkan diri dengan mengingati Allah. Turuti sahaja perintah dan jauhi larangan yang ada dalam ajaran agama.

Itu persediaan mantap untuk menghadapi kesukaran demi kesukaran dengan saluran spiritual.

Selain itu, terus berusaha menambah pendapatan yang sedia ada. Gunakan masa sebaik mungkin untuk mencari sumber-sumber pendapatan yang baharu.

Saya mengambil contoh kepada diri saya sendiri. Saya beranikan diri dan berusaha untuk menambah pendapatan dengan menceburi dalam industri netcommerce.

Hanya dengan modal permulaan sekitar RM500, saya sudah memiliki perniagaan sendiri yang sah dan sangat praktikal untuk dilakukan dalam pandemik Covid-19 ini.

WAJIB BACA :   Lelaki dan wanita saling memerlukan

Buat cara online tanpa perlu ke mana-mana dan semuanya berada di hujung jari. Inilah bisnes masa kini dan masa hadapan.

Kesimpulannya, suka atau tidak, bersedia atau tidak, kita sudah tiada pilihan untuk melakukan dua perkara yang sudah saya sebutkan di atas.

Tingkatkan amal untuk menambah iman dan tingkatkan pendapatan untuk keselamatan dari kemelaratan hidup.

Krisis kesihatan, politik dan ekonomi berada luar kawalan diri.

Apa yang berada dalam kawalan kita ialah sentiasa perbaiki diri dan rebut peluang dalam industri netcommerce.

Team Siber Sukses sebagai pengerak aktif dalam netcommerce amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk bersama kami.

https://mrhanafi.com/team-siber-sukses/

Sebelum berakhir, hadami kata-kata hikmah Bung Sukaerno.

WAJIB BACA :   Amalan pengurusan pendapatan yang inklusif

“Jangan salahkan kegelapan tetapi terangi kegelapan dengan menyalakan lilin.”

Semoga ada manfaatnya dan jangan segan silu untuk kongsikan kepada seramai mungkin insan yang anda sayangi luar sana.

Comments 6

  • Usaha apa sahaja asal tidak menyalahi agama atau undang-undang.

  • cpt psl politik malaysia ni entah laa… sy jadi tawar hati nk ambil tahu apa yg terjd. seolah2 kedudukan dan kepentingan jawatan tu lbh penting drpd rakyat yg bertungkus lumus meneruskan hidup. baru2 ni terbaca luahan hati peniaga. suka atau tidak mereka terpaksa tutup kedai yg sekian lama menjadi nadi ekonomi keluarga disebabkan ketidakmampuan utk survive di musim pandemik ini

    • Jangankan awak…saya juga pening kepala untuk mengetahui siapa yang betul dan siapa yang salah dalam bab politik.

      ada juga yang berpendapat kenapa mereka tidak duduk diam dan bersatu hati untuk selesaikan masalah tersebut demi kepentingan rakyat

  • struggle kita semua sekarang ni kan. semoga allah lindungi kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge