Kuatnya Getaran Positif

Hari Jumaat admin seperti  biasa.Kunjungan ke masjid yang berdekatan dengan berjalan kaki.Dalam perjalanan sudah terasa kuatnya getaran positif untuk solat Jumaat.Biarpun cuaca agak mendung namun perasaan tetap riang dan gembira.

Riang kerana akan menunaikan solat fardu Jumaat.

Gembira kerana  pekerjaan yang admin lakukan ini memang memudahkan untuk beribadat.

Syukurnya.

Alhamdulillah.

Dulu semasa kerja restoran betapa susahnya nak dapat peluang solat Jumaat.

Kalau kena syif pagi perlu jumpa Manager dulu untuk minta kebenaran keluar solat.

Bukan itu sahaja.

Satu jam masa keluar akan dibayar balik dengan ‘stay back’ satu jam juga.

Selama 4 tahun keadaan begitu sehinggakan admin senantiasa berfikir untuk berhenti kerja.

WAJIB BACA :   5 amalan sebelum tidur untuk cipta kejayaan luar biasa 2020

Setiap hari admin mengalami getaran positif untuk berhenti kerja.

Alhamdulilah pada Mac 2017 admin secara rasminya berjaya meletak jawatan.

Dapat merasai dua kegembiraan.

Dapat kerja gembira.

Berhenti kerja gembira.

Tapi..

Kegembiraan itu tidak kekal lama.

Kuatnya getaran positif tewas juga setelah berbulan-bulan tiada pendapatan yang mencukupi.

Admin pasrah dan redha.

Comments 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge