7 Ciri Laptop Terbaik 2020 Yang Wajib Tahu Sebelum Beli [kemas kini]

Laptop terbaik 2020 memang menjadi idaman para pembeli.Atas alasan yang sama saya juga mencari ciri-ciri laptop terbaik yang patut saya jadikan garis panduan.

Pada tahun 2015 saya pernah berimpian untuk membeli laptop baharu dan kini sudah tahun 20202 juga masih mengekalkan impian tersebut.Mudah-mudahan tahun ini bisa menjadi kenyataan.

Doakan.Aamiin. In shaa Allah.

Sebelum membuat keputusan membeli laptop, wajar untuk dapatkan info sebanyak mungkin.Jadilah celik laptop walaupun bukan menjadi pakar.

Tidaklah kita menjadi ‘pak turut’ atau ‘tukang angguk’ sahaja apabila mendengar penjelasan si penjual.Risau juga jika si penjual laptop itu wanita cantik dan kita membeli kerana pengaruh emosi.hehehe

Ok.Cukup.

Ada berapa informasi yang menarik telah saya temui dan saya kongsikan semula dengan pembaca blog ini.

Berikut adalah ciri-ciri yang menjadikan laptop terbaik bagi saya dan mungkin juga pembaca sekalian.

Laptop terbaik 2020

1.Harga

Harga terjangkau.Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.

Pembelian laptop rasanya rugi apabila beli mahal tetapi tidak berbaloi dengan prestasi.

Adalah lebih baik membeli dengan harga berpatutan tetapi puas hati.

Saya cadangkan bajet dalam RM2 ribu sehingga RM3 ribu untuk dapatkan pilihan terbaik.

WAJIB BACA :   Jangan rasa takut untuk bernikah

Itupun bergantung kepada keperluan dan cuba elakkan kehendak.

Contohnya seorang Internet Savvy tidak perlulah mengguna laptop yang berprestasi gamers.

Tidak juga salah tetapi buat apa membeli spefikasi terlalu tinggi dengan harga juga tinggi sedangkan keperluan biasa-biasa sahaja.Duit yang lebih mungkin lebih elok sedekahkan sahaja ke dalam tabung  masjid.

2. Processor

Processor adalah komponen utama dalam laptop.Fungsi sama seperti otak kepada manusia.

Terdapat dua jenama processor, Intel dan AMD.Keduanya bagus dan pembezanya cuma prestasi dan harga.

Intel mengutamakan prestasi tinggi dengan bantuan kad grafik VGA.Processor Intel bermula dengan Core i3, Core i5, Core i7 dan Core i9.

AMD pula mementing kepantasan dalam kerja-kerja grafik tanpa bantuan kad grafik.Produk terbaru AMD ialah AMD Ryzen 3, AMD Ryzen 5, AMD Ryzen 7, AMD Ryzen Threadripper.

Contoh tersebut mungkin beubah mengikut perkembangan semasa.

Pilihlah prosesor mengikut keperluan laptop yang kita untuk gunakan.

Kerja-kerja biasa sudah mencukupi untuk guna Processor Intel.

AMD bagi mereka dalam bidang grafik dan gamers.

Pilihan pada hati sendiri la ye.

3.RAM

Tentu ramai juga yang berpendapat RAM yang tinggi maka laptop juga menjadi pantas.Ada kebenaran walaupun bukan tepat dalam semua keadaan,Banyak spefikasi lain yang menjadi penentu.

WAJIB BACA :   Memahami dunia quantum yang luar biasa [kemas kini 2022]

Komponen RAM dengan minimum 4GB sudah memadai.Apatah lagi terdapat slot upgrade untuk RAM yang lebih tinggi.

Sekali lagi lihat kepada keperluan.Cukuplah RAM 4GB jika sekadar kegunaan pejabat atau melayari internet.

Jika mahu prestasi lebih dapat RAM 8 sudah dikira terbaik.

4.Storan

Ada dua 3 jenis storan yang ada dipasaran sekarang ini.

Hard Drive Disk ( HDD) = kapasiti besar sehingga cecah sekitar 1TB

Solid State Drive ( SSD ) = kapasiti masih rendah sekitar 256 GB

Hibrid Drive = Gabungan antara HDD dengan SSD

Pilihan saya ialah SSD kerana faktor laju,senyap dan ia merupakan sistem storan yang terkini.

Jangan marah ye kalau laptop yang guna HDD itu sudah ketinggalan perahu.

5.Bateri

Antara sebab orang membeli laptop kerana mobiliti.Boleh bergerak ke mana-mana sahaja yang kita suka berbanding destop.

Tak dapat saya bayangkan bagaimana lelaki hensem seperti saya angkut destop ke kedai kopi.Belum masuk kedai sudah kena sound, “no entry’ hahaha

Saya pernah kena sound dan kena caj lebih gara-gara cas laptop dekat kedai kopi.Taubat saya tak singgah kedai itu lagi.

Sebab itu sangat wajar memilih laptop yang tahan lama penggunaan bateri .Mengikut perkiraan biasa dalam 9 jam sehingga 12 jam.

WAJIB BACA :   Cabaran Terhebat Seorang Penulis Blog

Lagi lama sehimgga 24 jam pun ada.

6.Ringan

Laptop yang ringan sekitar 1.5kg sudah terbaik.

Malah ada yang lebih ringan iaitu sekira 990 gram sahaja,

Kelebihan laptop yang ringan ialah memudahkan pergerakan pengguna yang suka bekerja di luar.

7.Skrin

Saya pernah menggunakan notebook yang skrin saiz 11 inci sahaja.Tidak puas dan kurang seronok.

Malah skrin laptop 15 inci juga pernah saya guna.Berat dan kurang praktikal.Besar gedabak bila letak atas meja restoran.

Kini saya menggunakan laptop yang ada skrin 14 inci.Saya akui inilah skrin yang sangat sesuai untuk menjalankan tugasan harian.Baik secara rasmi atau peribadi.

Kesimpulan

Tepuk ada dan tanya bajet sendiri.Ciri-ciri yang saya nyatakan ini cumalah panduan asas sahaja.

Lain orang maka lain keperluan.Yang penting membeli dengan bijak tanpa terpesona spefikasi berlebihan yang bukan keperluan.

Pastikan wang yang kita labur untuk mendapatkan laptop terbaik berbaloi dan puas hati.

Jenama itu terpulang dan saya tidak syorkan apa-apa jenama kerana perkara tersebut bersifat subjektif sahaja.

Andainya bermanfaat silakan share untuk mereka yang memerlukan dan jangan malu-malu untuk follow blog ini melalui pelbagai channel di bawah atau langgani emel secara percuma.

Terima kasih dan teruskan bacaan dalam artikel yang disyorkan ini  >> Tidur siang satu kenikmatan sementara

 

*kemaskini 28/4/2020

Comments 15

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge