Latih Kuasa Minda Untuk Berjaya

Latih Kuasa Minda Untuk Berjaya…Mrhanafi akui kuasa minda adalah elemen utama untuk berjaya.Sebelum ini mrhanafi pernah menulis satu entri berkaitan yang bertajuk Fokus Boleh Dilatih Untuk Berjaya.Boleh dibaca semula untuk mengetahui bagaimana hebatnya kuasa minda dalam mencapai apa jua kejayaan yang kita mahukan.

fokus untuk berjaya

Dalam Cabaran Segmen Sukses 21 Hari (Fasa 3) pada kali ini mrhanafi nak fokus untuk membaca buku.Tidak dinafikan membaca buku sudah menjadi tabiat yang kurang digemari.Kita semua cenderung untuk membaca status di Wall media sosial seperti Facebook,Whatsapp,WeChat,Instagram,Tweeter dan Telegram.Kita berinteraksi secara langsung dalam dunia maya sehingga melupus nikmat membaca buku.

Perubahan zaman amat pantas.Teknologi interaktif sangat pesat.Sebelum ini media massa menjadi saingan kepada tabiat membaca seseorang.Siaran TV hiburan menjadi gangguan utama,akhbar tabloid yang  sensasi memancing minat pembaca dari berkepit dengan buku.Itu dulu.Sekarang gangguan lagi dahsyat dengan kehadiran Youtube,Smule dan apa sahaja yang mengabungkan visual,audiotori dan emosi.

Penjelasan ini memberi gambaran awal bahawa cabaran yang mrhanafi cukup gentir.Orang lain memegang set telefon dan mrhanafi pula berkepit dengan buku.Oh.Nampak macam ketinggalan zaman pulak dah.Mrhanafi akan sahut cabaran ini dengan memberi fokus untuk membaca buku dalam memantapkan lagi kuasa minda.

{sekilas pandang}

In shaa Allah dalam blog Hero Borneo akan mrhanafi kongsikan perkembangan semasa cabaran yang biasa kita hadapi.

Mrhanafi mahu aktifkan kuasa minda untuk  belajar Formula Income Seumur Hidup.Sudah diakui bahawa formula tersebut boleh menjana pendapatan pasif iaitu kerja sekali tetapi hasilnya berkali-kali.

Maklumat tersebut boleh kita kaji bersama-sama dalam link INI

Terima kasih kerana sudi membaca.

(Visited 221 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Latih Kuasa Minda Untuk Berjaya

Leave a Comment

CommentLuv badge