Latih Tabiat Optimis Dalam kehidupan

Latih Tabiat Optimis Dalam kehidupan…Optimis merujuk pada sikap yang positif.Satu sikap yang amat dituntut untuk berjaya.Malah dalam Hukum Tarikan konsep tersebut menjadi teras dan nadi utama.Nak berjaya seseorang itu wajar berfikiran,berperasaan dan bertindak sebagai seorang optimis.

optimis

Hari ini mrhanafi bekerja macam biasa.Tiada apa yang pelik dan luarbiasa berlaku.Apa yang menarik mrhanafi lalui masa bekerja dengan tenang dan gembira.Ditambah pula mrhanafi menerapkan konsep bersangka baik dan bersyukur selalu.Adapun segala tindakan dan kata-kata rakan sekerja yang kurang berkenan maka mrhanafi dah bagi kemaafan sahaja.Tak perlu nak ‘emo’ sangatkan,

Bagaikan satu kebetulan pula mrhanafi diuji dengan sesuatu hal.Mrhanafi ambil keputusan untuk bersikap optimis.Rasanya agak peribadi untuk mrhanafi ceritakan dengan lebih lanjut.Lebih baik mrhanafi katakan ia sekadar rahsia buat seketika.Kalau diceritakan juga boleh mendatangkan mudharat.Jadi diam itu lebih baik.

WAJIB BACA :   Menegak garis kebenaran diri sendiri [edisi kemas kini]

Kita imbas kembali.Kita imbas kisah 3 hari yang lepas.Sejujurnya mrhanafi belum mencapai penuh pelaksanaannya,Namun pada hari tersebut belum ada perkara yang boleh dijadikan kayu pengukur.Tak apa.Segmen sukses ini berlangsung selama 21 hari  dan ada 21 konsep  mesti dipelajari untuk dibentuk menjadi tabiat.In shaa Allah.

Melatih tabiat untuk menjadi optimis bukan perkara mudah.Ada tempoh tertentu yang diperlukan.Sebab itu mrhanafi telah melatih diri selama 21 hari agar ia menjadi amalan istiqamah.Mudah-mudahan bisa menjadi.istiqamah sebagai seorang optimis.

Sebelum tu mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya apa faedahnya menjadi optimis?

Ya.Memang banyak sebenarnya terutama nak mengimplimentasikan Hukum Tarikan dalam hidup ini.Dengan tabiat optimis kita boleh menjadi seorang yang bahagia dan berjaya.Tidak keterlaluan juga bisa menjadi kaya kerana optimis menarik rezeki yang baik baik.

WAJIB BACA :   Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai

Misalnya pada hari ini,mrhanafi optimis untuk mengamalkan satu ilmu yang sangat hebat dalam menarik rezeki,kekayaan dan kebahagiaan dunia serta akhirat.Ikutkan hati nak kongsikan sekarang.Namun mrhanafi simpan dahulu supaya mrhanafi lihat keberkesanan sebelum diwar-warkan.In shaa Allah mrhanafi akan kongsikan juga setelah diri sendiri menjadi testimoni terlebih dahulu.

{sekilas pandang}

Cabaran Segmen Sukses ketiga ini semakin panas.Pelbagai konsep dan elemen penting Hukum Tarikan sudah terokainya,Paling menariknya bukan sekadar untuk diterokai malah diusahakan sedaya mungkin untuk diamalkan sebagai tabiat hidup,

Malah mrhanafi optimis peluang untuk menjana pendapatan pasif ada dalam pautan >>>>>[ INI ]

Sekian sahaja,Terima kasih kerana sudi membaca

.

Comments 4

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge