Pada mulanya saya berazam untuk pergi ke Program Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Darul Hana, Kuching.
Namun bukan rezeki kerana terlewat untuk bangun pagi.
Malamnya mata susah nak terlelap kerana bunyi dentuman mercun oleh mereka yang menyambut Tahun Baharu Cina.
Itu memang kelaziman setiap tahun dan bukan sesuatu yang baharu.
Akibatnya saya lambat terlelap dan kesannya saya lambat terbangun.
Sasaran bangkit jam 4 pagi tetapi terlajak jam 5.15 pagi pulak
Jarak Masjid Darul Hana dari rumah mengambil masa sekitar 40 minit.
Memandangkan kesuntukan masa untuk berbuat demikian, terpaksalah saya solat di masjid yang berdekatan.
Jauh dalam lubuk hati timbul rasa kesal dan menyesal kerana tidak berpeluang menikmati saat-saat tersebut.
Namun tetap ada hikmah juga kerana saya berpeluang untuk hadiri kuliah Subuh yang membincangkan topik sakaratulmaut di Masjid Darul Ulum, Desa Ilmu.
Kebetulan pula saya pada pagi tersebut ada urusan penting keluarga.
Saya perlu hantar anak kedua ke lapangan terbang pada pagi tersebut kerana dia berangkat ke UPM Bintulu.
Dua jam kemudian saya perlu menjemput anak sulung pula yang baharu pulang dari UTHM, Johor.
Masa sudah pack kata Mat Saleh.
Jadi untuk menjimatkan masa lebih molek solat di tempat yang dekat berbanding solat bersama program Geng Subuh Macam Jumaat.
Topik kuliah Subuh kali ini cukup menarik.
Saya cukup terkesan apabila disentuh bab kematian.
Kematian bila-bila masa tanpa mengira umur, keadaan kesihatan, status dan sebagainya.
Bersedia atau tidak dan apabila cukup tempoh maka berganjaklah kita dari alam dunia ke alam sana.
Menurut ustaz, sakitnya menghadapi sakaratulmaut umpama dicincang dengan pedang 300 kali.
Ketika itu hanya amalan orang beriman boleh membantu memudahkan urusan roh dicabut dari badan.
Mereka yang tidak beriman akan menghadapi siksaan yang maha dahsyat.
Antara perkara yang dikongsi ustaz ialah rasa haus yang teramat sangat ketika sakaratulmaut.
Malah minum air sebanyak tujuh lautan tidak akan menghalang rasa haus tersebut..
Selain itu ustaz ada berkongsi amalan yang membolehkan roh kita nanti berasa tenang dan aman dalam alam barzakh.
Amalan tersebut ialah solat, sedekah, al-Quran dan zikirullah.
Kerana itulah bagi mereka yang faham dan sedar, sudah tentu lebih banyak menangis berbanding ketawa.
Saat sakaratulamut dan kematian dirahsiakan agar kita lebih fokus menikmati hidup ini serta dalam masa yang sama kita diuji untuk beramal atau tidak dengan janji-janji Allah.
Wallahualam.
kalau membaca tentang dua hal ini,..merinding rasanya…semoga masih di beri kesempatan untuk bisa terus berbuat baik
Sebab itu ada ustaz kata…Taufik itu perkara palimg berharga turun dari langit dan ikhlas perkara paling mahalk naik ke langit
Suka dan terkesan sekali saya dgn ayat last tu.
Alhamdulillah…moga jadi panduan dan iktibar untuk kita semua
Sana pun perang mercun? Meriah lah!
betul uncle…memang meriah juga
bukan selalu pun
Takpelah asal solat berjemaah di masjid.
Sayapun selalu fikir tentang kematian, apa amal yang sudah dilakukan.
tulah yang sepatutnya…
tetap dapat berjemaah juga
tersentap ye. tapi betul tu. bak kata orang tua, after laughter comes tears. kita tak tahu bila masa kita nak hadap pencipta, better jangan seronok sangat dan feed jiwa kita dengan kebaikkan. terima kasih untuk peringatan ni, mr hanafi!
sama-sama…moga ia memberi manfat kepada kita semua
kematian sangat2 menakutkan.. semoga kita semua dimatikan dengan kematian yang sebaik baiknya.. ameennnn
Alhamdulillah, ade hikmahnya di sebaliknya.. kita merancang, Allah juga merancang, perancangan Allah adalah sebaik baik rancangan.
Yang penting selalu reda dan bersyukur selalu dengan ketentuannya
yg terpenting ttp sholat di mesjid berdekatan bang 👍
kalo bicara kematian, rasa mellow sangat. 😔 tak terbayang lah nanti seperti apa, memikirkan juga amalan yg masih sangat kurang 😭.
memang la..soal kematian sesuatu yang tidak enk untuk diceritakan…
trakut sebab belum bersedia dangat
Oleh itu kena banyak2kan beramal sebab kematian itu pasti.
ya..mudahn kita semua diberi taufik dan hidayah unutk berbuat demikian
tiada apa yang lebih menakutkan di dunia ini kecuali mati
tiada siapa yang hidup sukakan mati…
tapi dengan mengingati mati
kita tahu dan faham mengapa kta
dihantar ke bumi ini…
Bila sebut mati …sudah tentu ada yang tidak suka kerana macam berakhir sudah kehidupan ini..
sebenarnya tidak
dengan mengingati kematian secara tak langsung ia mendorong manusia utk tetapkan matlamat yang jelas dalam hidupnya sama ada di dunia atau di akhirat kelak….
ya..mudah-mudahan begitu hendaknya
kematiain itu pasti
dunia ini pinjam-pinjaman, akhirat jua kampung abadi….viral skrg ni ‘solat Subuh seperti solat Jumaat’…semoga benda baik mcm ni sentiasa berpanjangan..
yalah…moga istiqamah ..
jamgan satu pagi jer
semoga kita semua sempat memohon keampunan dan bertaubat sebelum tiba waktu kita dijemput, aamin YRA
Aamiin ..
Itulah doa buat kita semua
Meriahnya tahun baru cina sana. Saya ada juga terjaga tengah malam bila bunyi mercun, tapi boleh sambung tidur semula lepas tu.
Sebab itulah kita kena kumpul banyak-banyak amalan kan, sebab kita tak tahu bila kita akan pergi. Takut bila ingat mati.
ya….sungguh merih CNY tempat saya
tapi macam biasa…sehari dua jer
kalau hari Raya…sebulan beraya