Nak lelaki hensem atau lelaki kurang Hensem

Siapa tu ? Sayalah orangnya, lelaki kurang hensem dan kadang

Tiada rupa,gaya,pesona dan aura.

Saya tidak malu untuk mengakui sebagai lelaki kurang hensem.

Ini tidak ada kaitan dengan tagline yang menjadi trending sekarang ini.

“malu apa bossku”

Rupa yang hensem adalah bonus untuk lelaki.Mereka lebih yakin untuk berdepan dengan sesiapa sahaja.Nak ngorat awek pun mudah.

Bagaimana dengan mereka yang kurang hensem ?

Biarlah saya menjawab bagi pihak lelaki kurang hensem. Seperti saya ini kurang hensem.hahaha

Cabaran utama tidak yakin..

Tambahan pula jika berdepan dengan awek-awek cun.

‘Ketidakhenseman’ membenamkan keyakinan.Lama kelamaan akan timbul perasaan rendah diri.Tidak semua tetapi rata-rata akan berperasaan demikian.

WAJIB BACA :   3 rahsia untuk pikat wanita tanpa berbicara

Saya juga berharap sebagaimana harapan orang kurang hensem diluar sana untuk diberi peluang yang adil .Memang betul rupa kami buruk  dan jelek.

Percayalah…

Lelaki kurang hensem ada harga diri.Kami juga manusia.Dalam hati kami ada keikhlasan dan kejujuran.Tolonglah alihkan tagline glamer kami jauh-jauh.

“Muka pecah rumah atau muka baldi”

Kami tidak minta dilahirkan begini tetapi kami bersyukur kerana diberi peluang untuk bernafas sebagaimana lelaki  hensem yang lain.

Ini ujian buat kami.

Ada sejuta hikmah yang belum tersingkap dari hijab.Jika tidak di dunia nyata mungkin ada di akhirat nanti.

Wallahualam.

Comments 22

Leave a Reply to Ciktie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge