Didatangi lelaki tua yang misteri

Kisah ini betul-betul terjadi kepada saya.Pada masa tersebut saya didatangi oleh seorang lelaki tua.Namun tak sopan juga kalau dikatakan lelaki tua misteri.Baik saya tukar menjadi gelaran pakcik.

Begini kisahnya.

Saya santai di sebuah restoren.Sedang saya menikmati roti canai telur bersama kopi o kosong, saya kaget.

Kelihatan dari jauh pakcik tua yang begitu susah payah berjalan.Lama betul dia melangkah sehingga roti canai telur yang saya tengah makan sudah habis dijamah tanpa sedar.

Kebetulan pula saya duduk sorang diri di meja dekat restoran tersebut.Dalam hati sudah terdetik jangan-jangan pakcik tersebut akan duduk di meja saya.

Gambar hiasan sahaja

Ya memang betul.

Tekaan saya jarang silap.Pakcik tadi duduk di meja saya.Ketika dia memperbetulkan kerusi depan saya, ternyata cukup payah dan mencabar.Saya cuba membantu apa yang perlu.

Saya pelawa dia makan namun dia hanya mahu minum air.Dua kali saya pelawa supaya dia ambil makanan.

WAJIB BACA :   5 cara buat bisnes online yang simple lagi best

Namun dia enggan berbuat demikian.Kami bersembang sekejap.Ada beberapa soalan yang saya terjah tanya.Biasalah kalau nak bersembang mestilah dimulai dengan bertanya.

Pakcik tua ini sakit.Bawa tongkat sebagai peneman diri.Sayangnya saya tidak bertanya mana keluarga dia.

Gambar hiasan

Dalam fikiran saya, mengapa mereka sanggup membiarkan dia berjalan berseorangan tanpa teman.

Bayangkan kalau terjadi apa-apa, siapakah yang susah.Semua ini telahan fikiran saya.

Pakcik ini berkali-kali kata,

“Hanya Tuhan sahaja dalam hati saya”

Saya mengangguk dan tersenyum.

Sekadar hiasan

Saya masih tidak faham dan pelik kenapa lelaki ini sebut Tuhan dan bukannya Allah.Walaupun realitinya sama maksud dan sebutan sahaja berbeza.

Dia terus bernyanyi-nyanyi lagu lama.Memang sedap suara dia.Kalau buat busker atau Youtube boleh duit tu.

Dia kata, sangat minat muzik.Pandai main gitar dan sambil-sambil tu dia menyanyi untuk menyampaikan ceritanya.

WAJIB BACA :   Apa itu Awal Muharram ?

Umurnya dalam 70 tahun.Tangan sebelah kanan seperti tidak berfungsi lagi.Mungkin kerana penyakit strok atau gout ataupun kencing manis.Entah saya pun tidak pasti.

Memandangkan saya sudah lama duduk di kedai tersebut, saya mohon diri untuk beredar.Saya katakan kepadanya air telah saya bayar.

Semasa saya pergi pakcik ini minta duit seringgit.Tanpa berfikir panjang saya hulurkan apa yang ada dalam tangan saya.Malu juga rasanya melihat pelanggan lain seperti menoleh aksi drama kami.

Peristiwa begini bukan baru untuk saya sebenarnya.Ada berkali-kali dan ada kalanya saya tidak sanggup menceritakan kembali kerana selalu sedih, sayu dan menyayat hati.

Saya terdengar suara pakcik ini sangat gembira selepas saya memasukkan sejumlah duit dalam saku bajunya.

Saya juga gembira namun diselit rasa bersalah kerana menghulurkan sesuatu yang belum terbaik.Saya hulurkan semampu sahaja.

WAJIB BACA :   Mencari Pasangan Hidup

Saya terus melangkah pergi tanpa menoleh pakcik ini kerana emosi sedih saya mulai terasa.Saya faham bagaimana usia sebegitu diuji tidak ada duit, sakit dan berseorangan tanpa orang tersayang.

Cerita ini hanyalah cebisan kecil apa yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.

Andainya hidup kita bernasib baik kerana dianugerahkan banyak kelebihan, jangan sesekali lupa kepada orang yang banyak kekurangan.

Mungkin ibubapa kita yang telah tua dan kita abaikan mereka.

Mungkin bapa saudara yang tiada isteri dan anak-anak tetapi kita lupa nasib mereka.

Mungkin jiran kita sama ada di kampung atau desa, tetapi kini hidup susah tanpa bantuan dan pertolongan.

Segalanya mungkin dan mana mungkin kita boleh sukses dan bahagia jika nasib orang kurang baik belum kita bela sepenuhnya.

Catatan ini cumalah peringatan untuk diri sendiri secara peribadi.

Janganlah rasa sentap pulak.

Comments 12

  • saya pula setiap pagi akan melihat seorang pakcik juga yang berpakaian compang camping lusuh berjalan sambil menggeletar.

    saya membayangkan Pakcik ini dulu pasti hebat orangnya. atas sebab tertentu hidupnya berakhir begini. sayu juga tapi tak pasti bagaimana kita nak bantu.

  • punya rasa simpati dan empati terhadap sesama pertanda anda adalah orang baik. Jangan biarkan hal itu hilang dari dalam hati…

  • penah jg alami hal2 mcm ni dulu (selalu kena dlm bas / tren / bus stop). bezanya bkn lelaki tp ada bdk2, ada mak cik, ada nenek… diorg mcm nk ajak sy bersembang. tp pd ms sama sy nk rushing. ada jg yg minta duit. sy bagi je laa… mls nak panjangkan cerita… hehehe
    anies recently posted…Help me, please…My Profile

  • kasihan tengok mereka yg usia lanjut & sakit terpaksa sendirian mengurus diri sendiri..bagaimanakah kita tua nanti..

  • terima kasih atas perkongsian ni tuan…kadang2 dengan satu perbuatan yang kecil pun sudah boleh menggembirakan hati yang sedang berduka…

    kita ni susah, susah juga…ada saat dan masanya kita buntu tak jumpa jalan keluar dari masalah kita…tapi bersyukurlah, kita masih ada ramai kawan2 dan keluarga yang mengambil berat…di luar sana, mungkin ada yang tak punya sesiapa pun untuk diminta bantuan…

    • jarang ada komen yang panjang begini..

      wah..komen penuh penghayatan..

      memang benar..wajib sungguh kita rasa bersyukur dan tidak berkira untuk memberi walaupun sedikit

  • Kepada orang tua s dah selayaknya selalu menghormati..karena kelak kita juga akan merasakan jadi orang tua

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge