Blog mrhanafi.com sudah berusia 10 tahun atau sedekad pada tahun 2025. Penubuhan bermula pada tahun 2015 dengan gaya hidup dan itulah salah satu objektifnya ketika itu.
Artikel pertama berkaitan pendahuluan blog iaitu Ada apa dengan blog mrhanafi.com
Ketika itu blog dan blogger menikmati zaman kegemilangan. Sana dan sini orang bercerita tentang hal tersebut.
Selepas beberapa tahun kemudian blog semakin suram kerana ramai blogger terkenal berhenti menulis.
Mereka beralih ke media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook dan Youtube serta TikTok.
Timbul pula istilah baharu iaitu influencer kepada mereka yang sudah ramai follower di media sosial tersebut.
Tidak lama selepas itu, content creator mula menguasai media sosial dan menenggelamkan populariti blogger sedikit demi sedikit.
Content creator terus ligat mewarnai platform TikTok kerana lebih interaktif dan menarik.
Namun begitu masih ada blogger terus bertahan dan konsisten menulis walaupun tidak popular dan segah influencer dan content creator.
Penulis di blog masih ada tetapi tidak bertambah dan bercambah. Yang ada golongan lama dan kemungkinan tiada generasi baharu.
Senang cerita, bloggger itu sendiri tidak begitu menyerlah dalam menjana pendapatan.
Blogger terus bergerak perlahan-lahan namun menyumbang banyak fakta dan data dalam dunia online.
Kini platform dan aplikasi AI semakin meriah menyaingi enjin pencarian sama ada Google, Bing dan sebagainya.
Aduh…panjang pulak mukadimah.
Atas sebab untuk terus bertahan, saya sebagai blogger terus berusaha menulis dan menambahbaik blog.
Alhamdulillah saya berjaya mencipta logo dan tagline yang baharu agar terus relevan melawan perubahan demi perubahan.
Logo boleh dijana menggunakan AI juga seperti Looka.
Logo dan tagline

Pilihan Kedua
Pilihan Ketiga
Kesimpulan:
Rakan-rakan blogger boleh cadang yang mana satu lebih menarik dan sesuai dengan konsep blog saya.
Terima kasih kerana membantu.



Saya doakan dengan logo baru ni tuan semakin semangat membuat posting yang menarik dan mantap. Saya pun terinspirasi dengan posting tuan sehingga buat sedikit perubahan pada logo blog hari ni.
Insya Allah, saya juga telah merangka plot-outline untuk sebuah cerita/cerpen untuk projek seterusnya dan sedikit tips untuk blogger. Moga-moga sinar blogging terbit semula.
Alhamdulillah, dah aktif semula Adsense tu 😊
AhmadiKatu recently posted…Blogger Malas Tapi Bijak: Prinsip 80/20 untuk Hasil Maksimum
terima kasih tuan
sama-sama kita mempertahankan budaya blogger agar terus relevan dan ampuh mendepani 101 cabaran yang mendatang.
Terima kasih kembali, tuan! Ya betul tuan, selagi ada jiwa menulis, selagi tu budaya blogger takkan mati dalam diri setiap blogger.
Kita bukan malas, kita cuma bijak guna tenaga. Hehe 😄
Bercakap pasal tu, saya baru tulis satu entri: ‘Blogger Malas Tapi Bijak: Prinsip 80/20 untuk Hasil Maksimum’.
Jemput baca, mana tahu boleh bagi suntikan semangat baru untuk kita berdua dan rakan blogger lain terus bertahan dalam dunia blogging yang makin mencabar ni! 💪📚
AhmadiKatu recently posted…Blogger Malas Tapi Bijak: Prinsip 80/20 untuk Hasil Maksimum
ya…nanti saya baca blog tuan.
topik macam menarik dan penuh dengan input terbaik
Tahniah dah sedekad bertapak dalam dunia blog! Tak ramai yang masih istiqamah. saya sendiri pun lama tak menaip. ni baru nak buat comeback
Sedih juga lihat blogger yang pernah famous dulu dah berhenti menaip. lagi sedih apabila dah tak jumpa dah blog diorang. mungkin sengaja dipadam.
terima kasih dan marilah menulis lagi.
ada sebab mereka padam blog atau blog yang ada domain yang berbayar memang akan hilang jika tak bayar domain
kepada mereka yang masih stay berblogging…keep it up
blogger2 famous dulu dah glemer di platform sosial media yg lain. rezeki diorg cepat dapat followers pun asbab dengan adanya blog. zaman dulu meriah era blogger ni, sekarang orang lebih suka tengok video content berbanding membaca
saya personally suka logo nombor 3 kot. sebab tagline keep in touch tu macam kena dengan logo bentuk jari tu
tidak dinafikan ramai yang suka menonton video berbanding membaca dan keranalah itu trend blogging semakin menurun.
terima kasih kerana membuat pilihan kepada cadangan logo blog ini.
Uncle suka pilihan pertama tu….
terima kasih uncle kerana sudi pilihan
selamat ulang tahun 😀
terima kasih
tahniah sudah mencapai sedekad..
linda suka yang pilihan ketiga, nampak lebih personal dan dekat di hati…hihihi..
kalau yang pilihan 1 dan 2, macam company2 punya logo pula…
terima kasih kerana sudi buat pilihan tersebut
Tahniah, Encik Hanafi, sudah bertahan 10 tahun dalam dunia blog. Saya suka design logo yang ketiga.
terima kasih Puan Nur…
tempoh 10 tahun rasa macam sekejap saja
tahniah tahniah!
semoga terus bersemangat untuk menulis 10 tahun lagi 😉
terima kasih…ye
Tahniah Cik, semoga terus konsisten memberi literasi bagi masyarakat
terima kasih atas sokongan dan dorongan
saya suka nomor 2 bang. terlihat lebih tegas, dan tulisan juga jelas terbaca. simple tapi langsung eye catching juga.
congrats dah 1 dekade. walaupun banyak orang tak ingin lagi menulis blog, tp tetaplah menulis bang. Krn dengan tulisan kita bisa diingat orang.
saya tak terpikir untuk stop menjadi blogger. makanya di kalangan blogger Indonesia, saya membuat grup di mana teman2 diajak semangat utk rajin update, dan saling BW. ada hadiahnya, itu supaya teman2 bloggers semangat. Alhamdulillah selalu ramai tiap jadwal untuk update . itu satu cara saya utk menjaga semangat menulis teman2 blogger Indonesia
fanny_dcatqueen recently posted…KULINER JAKARTA: KETEMU TEMAN BLOGGER DI REMBOELAN GRAND INDONESIA
terima kasih fanny kerana bagi komen tentang logo blog ini
alhamdulillah dan tak sangka juga sudah cecah 10 tahun saya berada dalam dunia blog wordpress.
nampaknya Fanny ada circle yang positif dan menarik dengan geng bloggger
teruskan ..