Hari ini bersamaan 16 Mei yakni Hari Guru buat para pendidik di Malaysia. Alhamdulillah sewaktu pulang dari menunaikan solat Jumaat, saya direzekikan bertemu dengan seorang pesara guru.
Macam biasa.
Saya peramah dan bertemu pula dengan insan peramah maka bersembanglah jawapnya.
Pesara ini sudah tujuh tahun meninggalkan kerjaya pendidik. Namun gelaran cikgu itu masih kekal dan melekat dengannya.
Kami bersembang lama juga. Dari hal yang ringan sehingga kepada perkara yang serius.
Memandangkan hari ini, Hari Guru lantas saya zahirkan ucapan yang penuh berharga dan bermakna buat beliau.
Apa lagi, bertambah rancak dan lancar sembang kami berdua. Menurut beliau, ada rasa kepuasan apabila berjumpa anak murid yang sudah berjaya.
Namun dalam masa yang sama terpalit juga rasa bersalah jika mengetahui anak muridnya terlibat dengan kes jenayah, ragut dan dadah.
Ada satu kisah mengejutkan turut diceritakan cikgu pesara ini. Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri beliau yang juga kini menjadi pesara guru.
Berlaku kes disiplin yang berat terhadap salah seorang pelajar. Beliau terbabit kes rogol dengan seorang perempuan.
Bagaimanapun pelajar tadi sanggup mengahwini mangsa rogolnya. Mungkin atas dasar cinta atau suka sama suka.
Pelajar tersebut dipenjara dan dihukum, alhamdulillah sudah bertaubat dan kembali ke masyarakat. Setelah itu menjalani kehidupan seperti biasa.
Bagaimanapun anak murid isteri pesara guru tadi memiliki seorang anak yang nakal dan bermasalah disiplin.
Lebih menarik, kes anak tersebut turut ditangani oleh isteri pesara guru itu—seolah-olah sejarah berulang kembali.
Menurut pesara guru berkenaan, masalah disiplin dalam kalangan pelajar kini semakin meruncing. Salah satu punca utama ialah apabila anak-anak ini dijaga oleh datuk atau nenek mereka.
Katanya, ada segelintir datuk dan nenek yang terlalu ‘membela’ cucu mereka hingga sanggup membelakangi guru.
Akibatnya, pelajar menjadi kurang ajar, naik kepala dan langsung tidak menghormati pihak sekolah.
Luahan pesara guru itu benar-benar menyentuh hati saya. Beliau menegaskan bahawa murid yang bermasalah tidak seharusnya dibiarkan.
Sebaliknya, mereka perlu dibimbing dan dididik dengan penuh kesabaran. Jika mereka akhirnya berjaya menjadi insan berguna, maka itulah kejayaan sebenar seorang guru.
Selamat Hari Guru
Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada dua sahabat blogger yang juga merupakan pendidik—Abam Kie dan Cikgu Madi.
Tak lupa juga kepada bekas guru-guru saya baik yang mengajar ilmu dunia mahupun akhirat, jasamu akan daku kenang hingga akhir hayat.
Teruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Semoga terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Itu saja dan Keep in touch!
Cabaran terbesar adalah disiplin pelajar ye, zaman sekarang ni. Belum masuk lagi anak-anak yang sudah tiada minat untuk belajar. Harus kerjasama juga, antara ibubapa dan guru.
sesiapa yang jadi cikgu tu fahamlah situasi demikian
memang sangat mencabar usah dikata lagi
Mulianya gelaran guru dibawa hingga ke akhir hayat.
betul..
sangat mulia kerana menyampaikan ilmu kepada orang lain.
Terima kasih atas ucapan Hari Guru tuan, sampai cikgu-cikgu dalam hati pun senyum lebar baca! 😄 Kisah pesara guru tu betul-betul deep dan sering berlaku, saya masih ingat lagi mula2 posting di sebuah sekolah penjara di Kota Kinabalu, banyak kes seperti itu berlaku terhadap anak bangsa. Hal telah terjadi dan bagusnya negara kita, walaupun mereka tersilap langkah, peluang kedua tetap diberikan oleh KPM untuk mereka tetap bersekolah seperti biasa walaupun sekolah itu berada di balik tirai Besi. Selamat Hari Guru juga untuk tuan, walau bukan cikgu sekolah, tapi tetap mendidik dengan keyboard dan blog sebagai wadahnya ✍️
sama-sama Cikgu Madi
sekolah bukan tempat untuk belajar saja sebenarnya
sekolah adalah tempat pembentukan diri dan memanusiakan manusia..
terima kasih atas pujian tersebut walaupun tak lah bagus mana didikan mengguna keyboad nie
Apabila jadi guru pastinya terkilan jika anak muridnya tidak berjaya apatah lagi jika terlibat dalam jenayah.
betul tuan..
walaupun bukan kesilapan guru semata-mata antara itu adalah pilihan pelajar itu sendiri
ms zaman kita bersekolah, kita tak faham betapa berat tanggungjawab seorang guru. yg kita tahu guru ni nak kita jadi pandai…
bila semakin dewasa kita dah faham… kalau ibu bapa sendiri pun struggle nak mendisiplinkan anak-anak, apatah lagi guru2 di sekolah yg tugasnya bukan sahaja beri ilmu tp juga mendisiplinkan anak orang…
itulah pengorbanan dan amanah yang mereka pikul.
sebab itu jadi guru bukan perkara mudah sekarang ini
terkadang banyak kakek dan nenek yang memang terlalu memanjakan cucu mereka. apalagi yang hari2 tinggal bersama kakek neneknya ,sementara orangtua mereka bekerja. kasian memang.
saya sering terbaca banyak guru yg dituntut hanya Krn bertindak keras kepada anak didik. padahal zaman kita dulu, di pukul pakai penggaris pun mana ada yg protes. nak mengadu ke orangtua?? beuugh tambah dilibas pakai ikat pinggang 🤣🤣.
kalo di Jawa barat skr ini, gubernurnya bagus👍👍👍. semua anak sekolah bermasalah, yg suka narkoba, tawuran (berkelahi) , suka gaming tak ingat waktu, melawan orangtua, dibawa ke barak militer utk bbrp bulan, untuk dididik oleh tentara. dan itu persetujuan orangtua mereka.
hasilnya baguuus👍👍👍. banyak anak yg akhirnya sadar kesalahannya. pas balik ke orangtua, menangis minta maaf. semoga gubernur jakarta berani macam itu
Latihan ketenteraaan sangat bagus untuk disiplin anak-anak yang bermasalah
latihan memang fokus disiplin dan bina hati serta fizikal yang kuat
bagus juga cara di Jawa Barat…boleh dicuba ditempat lain juga