Magic Sim Terpantas Habiskan Data…Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.Baru-baru ini mrhanafi mencuba perkara baru.Percubaan berani.Bukan berani mati tau!Mrhanafi membeli kad magic yang heboh diperkatakan sejak promosi beberapa bulan yang lepas.
Dengan bermodalkan RM15.60 akhirnya Magic Sim jatuh ke tangan mrhanafi.Harga kad sim cuma RM5 dan jumlah reload RM10.Sila abaikan 60 sen kerana ia untuk GST.
Apa yang mrhanafi dapat.Sudah tentulah jumlah kredit RM13 ternasuk kadsim,bonus data 300MB,panggilan dan sms bernilai 30 min dan tempoh sah selama 10 hari.
Tanpa banyak soal mrhanafi pun masukkan magic sim ke dalam modem broadband.Sebelum ini saya dah unlocked modem tersebut supaya menjadi universal.Cara nak unlocked modem dah saya kongsikan dalam blog Hero Borneo.
Maka bermula aktiviti online saya sebagai blogger.Jawap segala komen yang ada dalam blog.Selepas itu buat aktiviti blogwalking atau melawat blog ke blog.Rasanya tak banyak.Sekitar 10 buah blog.Tengok masa dah lepas 1jam.
Berehat sebentar untuk solat dan makan makan.Sambung semula selama 1 jam berikutnya untuk aktiviti yang sama.
Seperti yang dijangka data dah tinggal separuh.Tak pe.Barang percuma katakan.
Mrhanafi pun membuat pengiraan ringkas.Dalam 30 minit mrhanafi boleh habiskan data sebanyak 33MB.Jika online selama 120 minit maka data yang diperlukan ialah 132MB.Itupun jika isyarat 3G.
Keesokkan harinya mrhanafu online macam biasa.Sasaran untuk menghabiskan baki data.Kebetulan pula isyarat pada waktu kemuncak menjadi 4G Lite.Apa lagi berdesup data mrhanafi habis.Tak sampai 10 minit.Sangat pantas habiskan data.Kagum kerana laju dan terkilan kerana usaha nak berjimat tak kesampaian.
Dengan niat nak mencuba mrhanafi terus melanggan data internet bernilai RM10 untuk 500MB dengan tempoh sah 7 hari.Rupa-rupanya kelajuan internet diluar dugaan.Data internet mrhanafi pulak habis dalam masa satu hari.
Sehingga hari ini mrhanafi sedar bahawa semakin laju internet bermaksud semakin cepat data lesap.Maknanya semakin nipis poket saya gara-gara permainan penyedia perkhidmatan internet.
Adalah tidak adil juga mrhanafi asyik ceritakan keburukan magic sim.Sungguhpun begitu magic ada baiknya.
Misalnya percuma internet asas yang berkelajuan perlahan.Ada juga percuma internet berkelajuan tinggi sebanyak 300MB.Panggilan dan SMS juga percuma dengan syarat dan termanya.Ternyata mrhanafi dah cuba.Iannya betul tanpa perlu diragui.
{sekilas padang}
Mrhanafi tidak membuat bisnes telco lagi.Sebaliknya sekarang sibuk mempromosi sistem android telefon yang boleh menjana duit segera.
Siapa yang nak rasa kuasa promosi cuma dengan telefon pintar amat digalakkan muat turun >> APLIKASI ANDROID
Hello. And Bye.
hai….thanks you
habis tu kan, celcom ni apa yang bagus prepaid dia ek? lama dah tak guna celcom, terasa nak pakai balik. hehehe
healthy lifestyle recently posted…NAK KURUS TANPA LEMAK MENGGELEBER? CUBALAH CINCH SHAKE
tengok keperluan…
kalau saja-saja bagus guna prepaid sahaja
Itulah kelebih magic ni…kejap jer bulih ilang….
tahu tak pe bro..
salam..
pasal link di bwh…dah try… alhamdulillah…betui r..terima kasih tau..
saya tulis dalam artikel ini..http://www.heroborneo.com/2015/05/cara-unlocked-modem-broadband-internet.html
wsalam..sama-sama kita ucapkan
salam,
baru jer try guna magic sim ni, magic tu betui r dia kata laju wei, tapi magicnya data lesap sekejap jer..berbaloi ker..?
bagi akak kalau sekadar nak cari ilmu ,baca paper,-email, fb ok..berbaloi…tapi kalu tengok ytube atau gambar2 yang besor2.. tu yang buat data lesap cepat..ada gak cuba data saver yang google chrome bagi percuma tu..tu kira penyelamat dari data x habis cepat sangat…alhamdulillah..tapi camner pun mesti ada teknik kan nak laju dan jimat data…cuma kita tak tau teknik tu..biasa ler mana2 syarikat telco suma nak untung…
ada tak sesiapa yang pernah pakai broadband modem yang boleh pakai untuk semua sim kad tu..? setakat ni pakai yang dolu2…stick..tapi just untuk celcom jer…mahal ler portable untuk semua sim kad tu ek..dekat $400..
saya pernah pakai broadband Maxis dan unlocked supaya boleh masuk mana-mana kadsim ..panduan nak unlokecd broadband modem ada saya tulis dalam artikel ini..http://www.heroborneo.com/2015/05/cara-unlocked-modem-broadband-internet.html
Magic sim sa pakai skarang..sejak ia dperkenalkan..awl2 lagi sa tukar plan simkad sa ke magic sim..ok ja pun..
Plan internet yg biasa sa langgan yg rm38 punya.. skrng da rm40 ..Yang bestnya ada internet free..(INTERNET BURUNG HANTU) jam1pgi hingga jam7pgi…dpt la tngok you tube puas2..dnlod video dri you tube dgn resolusi Hd,full Hd, 4k pun tiada hal…keburukan yang sa dpt dgn magic sim ialah,khas tuk internet free la…kdg2 X sedar pndai angguk2 kepala, berdoa tanpa sengaja dalam keja hahaha
tulah keburukan jadi Burung Hantu..waktu siang sahaja terlalu mengantuk.
mrhanafi : kene try.. Xpax baru tuh yang RM 38 boley dapat 4GB sebulan, tapi dia pecahan la 2GB+2GB wekend internet.. best nya free unlimited yonder music.. yang tuh kire pakage bulanan yang paling low harga, yang lain ade weekly dengan daily ..
saya ada tru yang biasa sahaja..yonder music tak pernah cuba lagi
pak besar, asal dengan magic sim tuh?7GB data dapat 68? ade dengar yang magic sim dah takde burung hantu.. tapi tatahu ape kelebihan yang dia tuka..
sekarang magic burung hantu..ada limited internet
Koming, pakai celcom okay jugak, takde masalah.. try lah Magix Sim yang baru tuh, bnyak jugak banefit ade..
betul tu..
Mrhanafi, jiran ade pakai Plan U tapi masalahnya line kurang memberangsangkan pulak, tuh pikir balik klau nk pakai Plan UMob ^_^.. entahlah, ehhehee
susah-sudah pakai sahaja Wafymobile
kan magic sim ade panggilan percuma klau langgan yang RM68 ringgit uh.. dapat 7GB data lagi , tak try ke? hehehee
saya belum try lagi yang berharga RM68..saya langgan data yang berharga RM30 dan dapat 1.5GB
tak perlu lah pakai xpax dah, bnyak lagi telko lain yang okay kan 😛 hehehehee, focus pada telko yang lebih jimat la, mcm digi..
saya guna Wafymobile..sangat menjimatkan sebab reload RM50 dapat cashback bernilai RM20
banyak jugak infor menarik, humm.. mcm nk pkai mcm taknak pakai, ahahaahaha.. mane satu ni, sbb ade dengar coverage okay, hurmm
bagus bro guna Wafymobile sahaja..coverage guna umobile dan laju boleh tahan.
Bro Hanafi kna pkai wifi nie. Haha.. klu data memang cpat abiz kuota. Uuu
ExpanDroiders recently posted…Kenali Tajuk Lagu Menggunakan Smartphone
pakai wifi..bayaran agak tinggi juga tu..in shaa Allah bila ada side income yang konsisten memang mahu pasang juga lah nanti
salam.. nak tanya..sya baru beli magic sim nie bulan 1 tahun nie..pastu sya topup lam RM 40 n langgan montly packages… pastu bla dh expired tempoh dya..sya x topup dah tpi packages tu still berjalan cam biasa n saya dpat guna internet free ja… magic sim ni prepaid kan…takut 6ti kena bayar apa2 plak….
jangan risau ..selagi ia prepaid ia tak akan kenakan apa-apa cas…
ada kemumgkinan sistem tidak update dan free internet selagi ia masih ada tempoh sah 90 hari.
awww awesome
thanks…
bukan takat magic menghabiskan data dalam masa singkat je. kredit masa call pun sama.
konon nya 24sen/min.
penah try skali nak tgk betul ke idak kann 24sen/min dia tuhh.
topup la RM5. So balance tinggal dalam tu RM5.14. Then call g telco yg sama gak, pun sama magicsim celcom. tempoh panggilan 16m 0s. dah abis kredit.
kalau betul la 24s/min..
16m x 0.24s = RM3.84
kos panggilan utk 16m baru RM3.84.
initial kredit dalam tu RM5.14.
final kredit tinggal lepas 16 min call RM0.14
Mana lagi pergi lebih RM1.16 tu?
itulah taktikal syarikat untuk dapat duit..
namun saya bersangka baik mungkin disebabkan kesilapan teknikal
terpenting masih dapat berinternet ria 🙂 salam kenal Bang…
ya..salam kenal kembali
Wah, memang betul2 magic la sim kad ni ya, kalau MV memang tak beli dah la sebab laju sungguh dia sedut data
Noriza Rahman recently posted…1001 Khasiat Sebiji Lemon , Penyembuh Semulajadi
tapi ada trick dia..
guna pada tengah malam iaitu pukul 1 pagi hingga 7 pagi..FOC tu
bang sy nk tanya nih…
kenapa internet burung hantu sy sekarang x bisa…
?
semak pada bahagian setting..kalau tak beli magic sim pack yang baru
di indonesia bisa tidak pagi sim card ini?
lain negara memang lain caranya …
Lucu pula kan, internet laju maksudnya data cepat habis haha
logik tu bro..apa-apa yang laju memang cepat habis
dah bertahun tahun pakai celcom, dari prepaid sampai postpaid. tak pernah dapat apa apa reward sebagai pelanggan setia.
bertukarlah kepada penyedia telefon yang boleh jana pendapatan seperti Tune Excel atau Onexox bro
yela mmg laju kuota habis. sakit hati pulak lggan 3GB pun kejap jeee. pdhal layan fb, ig, twitter,blog gitu je. tp ok lah sebab still boleh guna internet biarpun slow macam siput bila kuota dh habis tu wahahaha. tp best gak sebab ada burung hantu tu. lewat la pukul 1am baru start. patut kul 12am dah start yg burung hantu hahaha.
saya bangun 1/3 malam untuk nikmati pelan internet burung hantu..tulah yang paling jimat sekarang ini..data percuma gitu
Adakah syaratnya harus langgan mingguan dan bulanan ataupun bulanan sahaja sekarang?
tak langgan pun tak pe…kalau langgan dapat manfaat internet burung hantu
Selalu guna MagicSIM di HP saja. Tapi kalau jam 1 pagi sampai jam 7 pagi saya guna di laptop layan Burung Hantu Magic SIM kerana data tak kurang hihi..
bro pun macam burung hantu dah..tak tidur malam..he..he..
ads beli satu untuk test, tapi sekarang dah convert kepada onexox dan jual.
onexox juga popular sekarang nie..
Tak pernah lagi guna magic sim. Masih setia dengan line broadband yang dimasukkan ke dalam telefon untuk akses internet dan aplikasi sosial lain.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Bila Lembu Ketakutan Hingga Pengsan Sebelum Dikorbankan ~
setia ke hujung nyawa ke..he..he..
dari dulu Celcom mencekik darah dan hati pengguna setia. mentang-mentanglah benda free, pastu ada terms & conditions.
dah kecewa dengan celcom & bestmobile, yeop ajak bro masuk onexox. modal RM10 saja, topap ada RM5. GST tak dikenakan, pulang balik kepada kita.
kalau nak detail, whatsapp yeop atau add yeop di facebook.com/kucingmanja88
Yeop Maz recently posted…Boleh Tak Kita Buang Kawan?
dah lama saya fikirkan perkara ini..tapi saya nak tunggu kenyataan dari Bestmobile bahawa mereka ini dah berkubur atau masih hidup..
Saya pun dah beli tapi tak pernah guna utk internet, sekadar beli ssja. Nak tahu spa yg saya ada dalam stok, Tone Talk, best mobile, Digi, magic sim dan maxis. ho…ho…
sensasi2020 recently posted…Pencarian Penaja Contest Vemma Di sensasi2020.com
buat koleksi la bro..
jom pakai onexox abe. internet laju, kouta tak tarik banyak, GST pun tak kena.
nak, whatsapp yeop je.
Yeop Maz recently posted…Boleh Tak Kita Buang Kawan?
Onexox merupakan penyedia telco yang mempunyai reputasi yang bagus juga tu..
Saya pun baru je guna Magic Sim ni, boleh tahan juga prestasinya , kena rajin top up dan kekal aktif .
Wan Zawawi recently posted…Komisyen Kedua Dari MobiCow
rajin top up perlukan duit bro..
cepat habis kan. pokai la macam ni ... apa kata subscribe pelan yang bayar bulanan tapi takde had limit. ke dah mahal sekarang? 🙂
satu cadangan yang bagus nie..
Best Mobile ni besar kemungkinan perlu reset segalanya dan mula semula awal tahun depan 😀
Mungkin sahajalah.
jika ada baguslah walaupun dah reset balik..
cuma sayanng saya dah guna no..tu secara meluas.
Tak apa kalau KO. Masih banyak bisnes lain yang boleh di usahakan. Dont give up . Kita tak boleh terlalu sayang bisnes kita kalau ia tak berapa beri keuntungan. Cari yang betul-betul boleh bagi profit yang selesa.
yalahkan..jangan berputus asa.
huhu.. magic tu.
tapi saya kalau nak blogwalking ke apa memang pakai internet rumah. hahahah
tapi hp pakai maxis. basic internet.. sebb banyak duduk rumah jadi connect pakai wifi je lah
magic x? sebb kuota basic internet pun x dan nak pakai sampai habis. hahaha
serius bukan promote maxis. !
saya belum langgan wifi..tempat kerja adalah.
Sy pon masih menanti2 perkembangan bestmobile..agak sunyi dah sepi gayanya..
kalau dah berkubur kita lupakan je bro..tapi kalau masih hidup saya tetap menunggu sekadar sayang dengan nombor yang telah digunakan..
info yang bagus, kipidap
Raihanah Ahmad recently posted…Kepentingan Protein Untuk Kehidupan
terima kasih..#terbaik
Tak pernah lagi try magis sim.
Tapi kalau guna untuk bukak whatsapp atau fb
di hp mungkin sesuai kot?
Eh, nak tanya jap.
Kalau nak beli magic sim ni
melalui online kat mana ya?
beli online ..saya tak tahu lah pulak..kalau nak beli kat kedai..melambak tu bro
makin laju, makin cepat habis bro ek… lojik tuh.
yalahkan..memang logik tu..
Melayari internet guna sim kad memang laju je dia sedut.huhu
tulah yang bikin pusing tu..