Makanan kempiskan perut signifikan dengan harga yang mahal. Namun demikian ada yang murah dan senang didapati. Sedap itu pasti dan yang paling penting mesra poket.
Orang kata perut boroi lambang hidup sudah senang manakala perut yang kempis petanda orang yang aktif, sihat dan cergas.
Sejauh mana kebenaran sama-sama kita cari jawapannya. Boleh ?
Kita tinggalkan polemik tersebut kerana saya ingin berkongsi informasi makanan kempiskan perut.
Perut yang kempis itu memang menarik dan idaman kebanyakan lelaki mahupun wanita. Bergayalah dengan apa jua pakaian pasti ‘mengena’ dan padan.
Bukan itu sahaja, rasa keyakinan diri bertambah apabila berada di khalayak ramai. Selain dapat pujian, mungkin juga idaman sang jomblo yang ingin mencari pasangan. hehehehe
Jom kita semak satu-persatu informasi tersebut.
Makanan kempiskan perut
1.Sayuran hijau
Sayuran atau buah-buahan mempunyai serat, vitamin dan kalori yang rendah. Dalam masa yang sama boleh membantu proses penghadaman usus dengan lebih baik.
Unsur baik diserap dan unsur kurang baik dibuang.
2.Minuman kopi
Kopi sangat biasa dan dekat dengan masyarakat kita. Waima saya sendiri amat menyukai kopi sebagai pelengkap sajian ketika bersarapan.
Secawan kopi mengandungi kafein dan ia amat bagus untuk meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 11 peratus dan membantu membakar lemak sehingga 13 peratus.
Pengambilan kafein 300mg sehari akan membantu membakar 80 kalori tambahan sehari. Namun diingatkan tidak mengambil kopi atau kafein melebihi 400mg sehari.
Anggaran pengambilan kopi yang sesuai sekitar dua hingga empat cawan sahaja sehari.
3.Avocado
Buah avocado merupakan barangan import dan ini menyebabkan harga kayangan berbanding buahan tempatan.
Buah tempatan pun tidak terkalah juga harga kayangannya.
Bagaimanapun avocado bagus untuk kesihatan kerana kaya dengan lemak baik. Fungsi lemak baik ini untuk melawan lemak jahat yang berada dalam perut kita.
Selain itu avocado dapat menstabilkan hormon dalam badan terutama hormon kortisol. Pengeluaran hormon kortisol berlebihan akibat stress dan kurang tidur menyebabkan lemak di bahagian perut semakin bertimbun.
4.Ikan salmon
Ikan salmon memang mahal tetapi pilihan lain tetap ada iaitu ikan kembung, tenggiri atau keli.
Yang penting ikan tersebut ada sumber protein dan omega 3. Makanan yang tinggi protein menyebabkan kita akan rasa kenyang lebih lama.
Senang cerita, kurang makan maka kuranglah buncit perut.
Dalam masa yang sama protein itu adalah bahan asas untuk membina tisu dan otot terutama kepada pencinta fitness.
5.Whey protein
Whey protein merupakan makanan tambahan. Ia produk sampingan daripada pembuatan keju dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu Concentrate, Isolate dan Hydrolyzed.
Whey protein biasanya diambil untuk mencukupkan keperluan protein seseorang. Dulu pernah saya ambil whey protein dan ternyata boleh mengenyangkan.
Perkara baik mengenai whey protein ini ialah rendah kalori dan mudah disediakan.
6.Telur ayam
Telur menjadi pilihan ramai kerana harga yang terjangkau dan mudah untuk disediakan.
Sebiji telur rebus mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein.
Telur mempunyai segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.
Telur dapat menambah kadar tenaga kerana kandungan Vitamin B2 yang juga dikenali sebagai riboflavin. Ia amat penting kerana dapat membantu badan menukar makanan menjadi tenaga.
Sebiji telur mengandungi 15% daripada keperluan harian vitamin B2.
Ternyata telur bekal tenaga dan protein yang cukup baik untuk badan.
7.Oat
Oat adalah sumber karbohidrat yang baik kerana mengandungi serat yang tinggi.
Proses mengempis perut lebih cepat jika sanggup cut carb atau mengurangkan pengambilan karbohidrat putih seperti nasi putih, roti dan mi.
Pengambilan oat merupakan kaedah yang bagus untuk dicuba dalam proses kempiskan perut.
Rolled oat dan steel cut pilihan terbaik berbanding oat instant atau oat quick cook kerana nilai GI adalah sederhana, iaitu 58 setara kategori dengan brown rice.
Kesimpulan
Menjaga perut agar sentiasa kempis bukan semata-mata untuk kelihatan menarik tetapi untuk kekal sihat.
Perut buncit adalah sarang penyakit dan sesiapa yang mampu mengawal perut agar tidak buncit patut bersyukur kerana tidak ramai orang sedemikian.
Sumber rujukan : Coach Yana
sy x perlu mengempiskan perut sbb perut sudah rata spt zaman mula2 kahwin! See my level?
Abam Kie recently posted…Dunia pendidikan hari ini semakin mencabar
wah…terbaik la Abam Kie hehehe
moga kita semua sihat-sihat belaka
Kopi je yang uncle tiada halangan… heheheh
Ok juga macam tu…
at least ada sesuatu untuk bakar kalori
betul bang..tujuannya sih supaya lebih sehat aja, bisa langsing atau kempis itu bonus.
Sihat lebih utama
bahkan kalau kurang sihat besar juga belanja untuk atasinya
Terima kasih atas perkongsian. Part ikan salmon tu, pass dulu lah. Tak mampu. 😅
kan…ikan salmon boleh diganti dengan ikan keli
tu kopi kosong kan? x de gula n x campur susu kan?
Sebaiknya kopi kosong tetapi kalau campur sudah ada kalori terutama gula dan kreamer
bagaimanapun kopi memang ada kefien
bagus juga untuk dicoba nih.
boleh cuba dan usaha
kalau tidak cuba mana tahu hailnya
kopi dengan catatan tak boleh pakai gula dan creamer 😄.
makanan tinggi serat dan protein memang bagus utk bantu mengecilkan perut. Krn protein bisa buat kenyang lebih lama, sehingga kita tidak tertarik lagi untuk makan Snack yg tinggi gula biasanya
Betul Fanny…saya tidak letak catatan kopi kosong namun kopi yang dicampour atau tidak tetap ada kafien.
Rupanya telur ayampun boleh kempis perut.
sebab telur ada protien dan makan pun boleh kenyang..
kalori pula memang rendah
Kalau makan pedas pun senang ke tandas juga. Tapi tu la baru tahu yang telur ayam pun boleh kempiskan perut.
Ya betul sebab telur ayam rendah kalori dan banyak protien juga