Ada apa dengan whey protein ?

Mungkin ada yang bertanya maksud whey protein. Sebab bagi mereka yang bukan berada dalam dunia fitness akan merasakan whey protein perkara baharu buat mereka.

Sebelum ini ada Puan Zurainny Ismail, penulis blog Dulu Lain Sekarang Lain meminta saya menulis tentang manfaat Whey protein.

Itu pun setelah dia membaca artikel saya berkaitan Unboxing Vital whey protien perisa vanila.

Dalam perkongsian saya kali ini, saya cuba menjelaskan secara ringkas apa itu whey protein dan apa manfaatnya kepada pengguna.

Whey protein merupakan makanan tambahan. Ia produk sampingan daripada pembuatan keju.

Susu lembu mengandungi 20 peratus protein whey dan 80 peratus kasein manakala susu manusia 60
peratus protein whey dan 40 peratus kasein.

WAJIB BACA :   Rahsia 3S yang bikin rezeki melimpah-ruah

Whey protein ini terbahagi kepada tiga jenis. Antaranya Concentrate, Isolate dan Hydrolyzed

Antara ketiganya, protein isolate lebih saya sukai kerana rendah lemak dan tinggi protein.

Penjelasan lanjut tentang kategori whey ini pernah saya tulis sebelum ini dalam artikel berikut:

Sekarang kita lihat pula apa manfaatnya ambil whey protien.

Selepas angkat beban di gim, otot kita akan koyak. Jadi whey protein diambil untuk membaiki sel otot yang koyak tadi.

Selain itu whey protein akan menambah jisim otot supaya lebih pejal dan kekar.

Bukan itu sahaja, whey protein boleh membantu mengurangkan berat badan. Ia cukup sesuai bagi mereka kini dalam proses membentuk badan yang diingini.

WAJIB BACA :   5 minuman terbaik untuk diet

Sebagai atlet ia juga membantu meningkatkan kekuatan dan mempercepatkan masa pemulihan otot yang cedera.

Sungguhpun begitu whey protein cumalah makanan tanbahan. Ia tidak mampu menggantikan makanan sebenar dalam membekalkan sumber protein.

Whey protein menjadi sumber untuk menampung kekurangan sumber protein dari makanan sebenar seperti ayam, daging dan ikan.

Bak kata kawan saya sendiri, kalau ambil protein sahaja tanpa makan nasi tidak boleh jadi juga.

Sekian sahaja. Moga penerangan dan kupasan yang ringkas ini ada manfaatnya untuk kita semua.

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge