Masakan Tanpa Minyak Guna Volten Air Fryer Memang Best Giler Tau !

Masakan tanpa minyak merupakan kaedah memasak paling bagus.Selain menjimatkan minyak masak sudah pasti hasil masakan lebih sihat dan berkhasiat.

Admin nak ajak pembaca mengimbas semula kisah lelaki yang ingin mengempiskan perut yang buncit.

Selain senaman,pola pemakanan dan amalan minum teh hijau ada lagi tip yang sangat bagus untuk lelaki tersebut. Admin mencadangkan lelaki tersebut untuk memiliki alat memasak tanpa minyak.

Alat yang admin maksudkan ialah Volten Air Fryer ( VAF).

Masakan Tanpa Minyak

Masakan Tanpa Minyak

Secara peribadi admin kagum dengan fungsi VAF.Ia merupakan peralatan dapur yang pelbagai guna untuk memasak, mengoreng,merebus dan membakar dengan cukup sempurna.

Admin sempat berbisik ke telinga lelaki tersebut,

“Memasak menggunakan VAF memberi pengalaman yang terindah bagaikan pengantin muda menikmati malam pertama”

Lelaki tersebut tersengih sambil mengangguk kepalanya perlahan. Kelihatan rambutnya kian menipis petanda usia menghampiri senja.

Admin faham apa yang dicuba sampai oleh bahasa badan lelaki tersebut.Tanpa membuang masa admin membuka rahsia kehebatan VAF kepada beliau.

WAJIB BACA :   Membuat Keputusan Yang Sukar

Berikut adalah 11 alasan mengapa lelaki tersebut wajar memiliki VAF dalam usahanya untuk menjaga kesihatan dan penampilan.

1.Kualiti masakan

Memasak dengan kaedah yang betul memberi kepuasan dan nikmat sebenar menikmati makanan.

Hasil masakan menggunakan VAF memang sedap malah lebih sedap daripada masakan cara biasa.

Jika VAF digunakan untuk  membakar pasti memberi pengalaman mengasyikan. Ia masak sempurna sampai ke dalam.Bahkan hasil masakan menggunakan VAF memang berkualiti.Ini disebabkan penggunaan teknologi “Rapid Air” dan “3D”.

Masakan Tanpa Minyak

Teknologi ini memastikan makanan masak sekata dan sempurna melalui udara panas beredar secara berterusan.Yang pasti tiada lagi isu masak diluar tetapi mentah di dalam.

2.Produk yang tahan lasak

VAF  memang tahan lasak. Dikatakan tiada masalah langsung walaupun digunakan tanpa henti dan tempoh yang panjang.

Tentu bertetapan sekali dengan bidalan alah membeli menang memakai.Guna berkali-kali tetap steadi.

3.Muatan sesuai untuk seisi keluarga

Masakan Tanpa Minyak

VAF ini memang cukup muatan untuk menyediakan masakan seisi keluarga ataupun untuk rombongan tetamu yang datang.Jika ada rombongan yang datang merisik jangan khuatiri.VAF sedia berkhidmat dengan cemerlang untuk tuannya.

Boleh dikatakan seekor ayam boleh muat dalam bakul VAF

WAJIB BACA :   Pengalaman Pertama Mencuba Whey Protein Jenama Vital Whey

4.Senang untuk digunakan

VAF ini senang untuk diguna. Dalam istilah lain mesra pengguna.

“Tekan je apa menu kita nak dan biarkan je. Tak perlu nak pulas-pulas tombol ke apa. Tekan je terus jadi”

Suhu boleh diselaras mengguna button.

Masakan Tanpa Minyak

Untuk makanan frozen pula, tak perlu nak defrost. Masukkan terus ke dalam VAF dan boleh dimasak seperti biasa.

“Kalau nak pause bila-bila masa pun takpe, ia akan off sendiri. Lepas tu kita masukkan balik, ia akan sambung semula tanpa perlu kita tekan apa-apa”

Tidak keterlaluan, orang yang kurang rajin masak pun tidak akan merungut menggunakan VAF.

“Campak je dalam bekas tu, setkan suhu dan masa.. tadaaa..siap”

5. Rekabentuk VAF memang cantik

Masakan Tanpa Minyak

Jatuh cinta pandang pertama bukan pada gadis atau jejaka sahaja. Kemungkinan besar jatuh cinta padang pertama kepada rekabentuk VAF ini pun boleh berlaku.

Mana tidaknya VAF memang simple dan cantik.Letakkan di dapur memang menyerlah. Dapur nampak kemas dan menarik. Orang yang kurang bermotivasi memasak akan merasa gian pulak nak memasak lantaran penangan rupa bentuk nan menawan.

6. Mudah untuk dibasuh

VAF senang untuk dibasuh dan tak memeningkan kepala.Rendamkan menggunakan air panas.

Komponennya pula mudah ditanggalkan.Ini memudahkan kita membersihkan bahagian luar dan dalam tanpa ada rasa leceh tau!

WAJIB BACA :   Isteri diuji apabila suami tiada apa-apa

7.Boleh masak pelbagai menu

Alat memasak tanpa minyak aka VAF ini boleh masak macam-macam ada. Nak goreng boleh, nak bakar pun boleh, buat kek pun boleh dan masakan berkuah pun boleh serta macam-macam lagi.

Dikatakan ada lebih 100 resepi dari VAF.

8.Tiada asap,bising,mudah dibawa tiada BPA

Teknologi penapisan udara yang canggih menyebabkan tiada asap yang keluar. Masak dalam bilik hotel bukan satu masalah.Golongan bujang yang masih menyewa memang keperluan untuk mereka.

Mudah dibawa ke mana-mana. Beratnya tidak sampai 5 kg.

VAF amat senyap. Kita boleh masak dengan aman.

VAF adalah bebas BPA. Jadi ia sangat selamat. Ia juga mendapat pengiktiran SIRIM dan CB.

9.Ada jaminan 1 tahun

Tak perlu risau kalau apa-apa berlaku dalam tempoh jaminan. Syarikat akan gantikan yang baru jika ada kerosakan seperti yang termaktub dalam terma-terma waranti.

10.Servis selepas jualan terbaik

Team Volten ni senang untuk dihubungi. Kalau ada apa-apa masalah cuma buat panggilan dan mereka boleh datang untuk mengatasi masalah tersebut.

11.Harga berpatutan mampu milik

Memasak tanpa minyak bukan lagi teknik eksklusif.Sesiapapun boleh  dengan melakukannya dengan adanya VAF yang berharga RM900 seunit.

Memang benar ada alat memasak tanpa minyak yang lebih murah.Namun perlu ingat kualiti dan jaminan selepas jualan perlu diambil kira.

Produk berkualiti memberi nilai yang berbaloi kepada duit kita.

Penutup

Tanpa disangka-sangka lelaki tersebut cukup berminat dan bertindak bijak untuk memilih alat memasak tanpa minyak.

*edisi kemas kini 10/4/2022

 

Comments 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge