Masalah cepat pancut: Punca dan solusi

Masalah cepat pancut sangat memalukan untuk dibincang secara terbuka. Perasaan taboo masih menebal dalam masyarakat kita. Jangan biarkan masalah cepat pancut ini menjadi misteri tidak terungkap.

Dalam artikel ini akan dikongsikan cara mengatasi masalah pancutan awal atau ringkasnya masalah cepat pancut. Semoga boleh membantu kepada mereka kecewa menghadapi warna suram di sebalik kamar tidur.

p/s : Jika pembaca ingin sentiasa mengikuti penulisan blog ini secara terkini, pantas dan ke depan jomlah bergabung di grup Whatsapp  — >> mrhanafi dot com

Apa itu masalah cepat pancut ?

Istilah itu sendiri mudah difahami sebenarnya. Lebih-lebih lagi kepada lelaki yang sudah berkeluarga. Cepat pancut bererti tewas terlalu awal dalam pertempuran bersama pasangan.

Cepat pancut dikira dalam tempoh masa penetrasi zakar ke dalam liang faraj kurang dari lima minit. Ada yang lebih kronik sekadar lima saat sahaja. Bahkan satu saat juga pernah berlaku kepada pengidapnya.

Masalah cepat pancut ini  jika tidak diatasi akan menyebabkan kesan negatif dalam hubungan suami-isteri.Kepuasan batin isteri tidak tercapai.Isteri yang tidak sabar boleh curang dan mencari alasan untuk berpisah.

WAJIB BACA :   Cerita Ketika Solat Tarawih Betul Betul Berlaku

Pihak suami pula akan rasa tidak berwibawa dan rendah diri. Dalam masa yang sama tidak menikmati kepuasan seks yang sebenar.

Punca masalah cepat pancut

Masalah cepat pancut

Sebelum itu saya kupas secara ringkas punca lelaki cepat tewas. Berdasarkan pembacaan sebelum ini didapati ada beberapa puncanya.

Jom bila kaji satu persatu.

1.Ketagihan melancap

Onani atau melancap perbuatan yang biasa orang lakukan. Naman ketagihan melancap  menyebabkan batang zakar terlalu sensitif. Zakar terbiasa dengan rangsangan daripada tangan. Ketika zakar berada dalam liang faraj, rasa sensitif tidak mampu dikawal lagi sehingga menjadi sebab pancut terlalu awal.

2.Rasa gugup

Rasa gugup dan cemas bila berdepan dengan isteri yang tiada berpakaian. Paling tidakpun semasa melihat isteri yang tengah seksi. Rasa gugup menyebabkan suami tidak mampu mengawal fikiran dan akhirnya akan tewas terlalu awal sebelum berjuang.

3.Terlampau ghairah

Suami yang sangat ghairah tidak sabar untuk mengauli isteri. Keghairahan terlampau dipengaruhi hormon yang tidak stabil sehingga cepat klimaks sebelum masanya. Biasa berlaku kepada pasangan yang baharu kahwin atau jarang-jarang melakukan aktiviti ranjang.

Penyelesaian masalah cepat pancut

Masalah cepat pancut

Setelah diketahui punca kita lihat pula cara merawat ejakulasi pramatang.Disenaraikan beberapa langkah berikut.

1.Penggunaan kondom yang tebal

Fungsi utama kondom untuk mencegah kehamilan atau perancang keluarga. Kondom boleh dijadikan kaedah dalam mengurangkan rasa sensitif zakar.Terdapat kondom yang dipanggil sebagai ‘climax control condom’. Kondom ini diletakkan ubat benzocaine yang berfungsi untuk mengebaskan kepala zakar.

WAJIB BACA :   Maal Hijrah Masa Untuk Berubah

Dapatlah masa pertarungan dipanjangkan.Ramai wanita mengakui masa klimaks mereka berada atas lapan minit. Gerakan keluar masuk zakar-faraj lebih lama dapat memberi kepuasan kedua pihak.

2.Terapi masturbasi mula-henti

Terapi ini digalakkan bersama isteri. Biar isteri yang melakukan untuk suami mereka.

Ketika mastubasi suami hendaklah melengahkan masa keluar air mani. Jika terasa untuk klimaks, proses masturbasi dihentikan segera.

Lakukan secara perlahan agar rasa sensasi dapat ditangguh ke masa yang lebih lama. Komunikasi suami isteri amat dituntut untuk memudahkan terapi ini.

Selain masturbasi, teknik mengasah kepala zakar dengan telapak kaki boleh dicuba. Teknik ini menjadikan kepala zakar kurang sensitif. Dalam masa yang sama boleh memberi kenikmatan kepada isteri setelah bersama nanti. Pada masa itu kepala zakar seakan-akan kesat dan kasar hasil asahan tersebut.

3.Penggunaan ubat yang disyor doktor

Memang ada ubat ejakulasi pramatang di farmasi. Sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubatan begini.

Ada farmasi online yang boleh dirujuk dalam kes begini.

Biasanya ubat yang disyorkan oleh mereka ialah ubat antidepresan, Dapoxetine, krim anestetik seperti lidocaine atau prilocaine, yang boleh meningkatkan jumlah masa sebelum ejakulasi. Ubat ini memberi rasa kebas pada bahagian yang sensitif.

Perlu diingatkan pengambilan ubat begini ada kesan sampingan.Tidak disyorkan untuk penggunaan jangka panjang.

4.Kawal minda untuk fokus

Keinginan untuk cepat pancut boleh dikawal dengan fokus fikiran. Ada latihan yang diperlukan.

WAJIB BACA :   Sepuluh Petua Pikat Hati Doktor Cinta

Fokus yang dimaksudkan di sini menunda pancut selama yang boleh. Hanya pancut setelah puas bertempur atau serentak dengan pasangan ketika klimaks.

Fokus suami untuk memastikan isteri klimaks terlebih dahulu walaupun tanpa penetrasi zakar-faraj. Setelah isteri dekat klimaks baharu langkah dayungan boleh dimulakan. Ini adalah cara mengatasi masalah suami cepat pancut.

Kepuasan ranjang dapat tercapai sekiranya daya tahan suami pada tahap optima.

5.Senaman meningkat stamina

Cara mengatasi masalah suami cepat pancut dengan meningkatkan stamina.Bina otot badan yang kekar dan sihat.

Stamina dari badan yang sihat akan terserlah ketika bersama isteri. Perlu ingat aktiviti ranjang sama seperti aktiviti olahraga. Kedua-duanya perlu stamina untuk tahan lama.

Cuma guna colgate untuk tahan lama macam susah nak percaya pula.Jika tidak yakin jangan pula cuba-cuba.Lain yang kita nak lain pula yang kita dapat.

Kesimpulan

Masalah cepat pancut boleh diatasi dengan petua tahan lama cara Islam.Tidak lain dan tidak bukan dengan berdoa kepada Allah.Mungkin masalah yang kita hadapi ini kesan dari dosa yang kita lakukan selama ini.

Minta ampun dan taubat nasuha.In shaa Allah bila diri sudah bersih masalah akan selesai juga dengan salah satu dari langkah yang telah dibincangkan itu.

Bagamana pandangan pembaca dengan solusi untuk masalah cepat pancut ini. Kalau sudi kongsikan bersama pembaca yang lain pula melalui ruangan komen di bawah.

Apa-apapun sila jumpa doktor atau pakar sakit tuan jika masalah sudah terlalu kronik.Jangan biarkan hidup kita dan pasangan terus menderita tanpa kesudahan. Percayalah setiap masalah tetap ada jalan penyelesaiannya.

Jom layan nasihat doktor dalam video yang berikutnya:

 

Comments 10

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge