Mengapa setiap masalah adalah rezeki?

Ketika di gim, seorang kenalan fitness bercerita. Dulu berat badannya naik mendadak. Berat mencecah 90kg dan lebih. Katanya berjalan sahaja ke satu tempat sudah terasa lelah.

Saya bertanya, kenapa jadi begitu?

Katanya dia ikut sahaja apa yang dipelajari di Youtube. Ambil protein, makan enam kali sehari dan makan nasi dua pinggan sekali.

Apa yang terjadi, badannya terus naik dan berkembang. Senaman workout tetap diteruskan namun tidak mampu mengimbangi kepesatan dan pertumbuhan badan.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan.

Kini badannya tidak begitu berisi namun ototnya belum kelihatan kerana diselaputi lemak yang masih tebal.

WAJIB BACA :   7 Kebaikan Kahwin Muda Yang Ramai Teruja Nak Tahu [ edisi kemas kini ]

Dalam dunia fitness ini, info yang salah akan memberi kesan yang buruk. Makanan yang tidak mencukupi tidak memberi tambahan kekuatan pada tubuh badan dalam latihan seharian.

Latihan yang kurang betul akan melambatkan kesan kesadoan. Begitu juga kalau rehat tidak mencukupi akan merencat pertumbuhan dan progress otot badan.

Dalam mengkaji masalah beliau, saya boleh buat kesimpulan bahawa kejayaan atau kegagalan untuk membentuk badan dipengaruhi banyak faktor. Tidak boleh sekadar ikutan atau mencuba-cuba tanpa asas pengetahuan yang tepat.

Dalam kes saya sendiri agak berbeza. Kadar pengambilan kalori dan protein saya jaga dengan cermat. Saya buat data base sendiri setiap hari. Ia tugas yang leceh namun berbaloi kerana melihat kepada progress badan yang saya perolehi.

WAJIB BACA :   Pengalaman sendiri seolah-olah jadi insan gelandangan

Bukan itu sahaja, jadual latihan saya rekod dengan teliti. Setiap data saya masukkan dalam data base untuk dianalisis selepas 10 hari.

Maksudnya saya boleh setkan bila masa nak naikkan atau nak turunkan berat badan. Cuma masalah yang dihadapi tuntutan masa itu sendiri.

Berbalik kepada isu utama, setiap masalah adalah rezeki. Tanpa masalah manusia tidak berfikir. Tanpa masalah manusia tidak menggunakan akal fikiran yang telah Allah kurniakan ini.

Berita baiknya, orang yang berjaya menyelesaikan masalah ramai orang akan mendapat habuan besar. Misalnya masalah rambut gatal maka ada syampu untuk merawatnya.

Masalah Covid-19 maka ada vaksin sebagai penawar. Setakat ini belum lagi terbukti vaksin mampu mengatasi masalah penyebaran Covid-19 yang kian meresah dunia.

WAJIB BACA :   Khaby Lame jadi raja Tiktok dunia 2022

Dunia akan dipakejkan dengan masalah selagi ada kewujudan manusia itu sendiri. Bagaimana untuk mendapat cara pemikiran yang boleh menyelesaikan masalah?

Persoalan ini akan saya bongkarkan nanti setelah pembacaan buku “ Kuasa Berfikir Kreatif” selesai. Sekarang belum lagi. Baru sahaja untuk bermula.

Untuk itu saya tamatkan perkongsian di sini. Saya nak bagi laluan pula untuk membaca buku tersebut.

Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua dan jangan lupa untuk lihat rezeki di bawah ini:

Comments 2

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge