Pengalaman pertama guna khidmat Maxim Malaysia

Pengalaman pertama guna khidmat Maxim Malaysia

Maxim merupakan perkhidmatam e-hailing yang berasal dari Rusia dan kini sudah bertapak di 16 buah negara termasuk Malaysia.Nampaknya Maxim Malaysia ini seperti pesaing kepada Grab dan Mycar.

Alhamdulillah saya baru-baru ini ada kesempatan untuk mencuba perkhidmatan terbaharu ini.Dalam masa sehari  saya naik Maxim tiga kali untuk pergi ke tiga distinasi yang berbeza.

Sebelum ini saya memang ada menulis tentang Grab dan MyCar.Saya berusaha menzahirkan pandangan peribadi untuk perkhidmatan Maxim ini.

Bagaimanapun saya perlu berhati-hati kerana saya tidak mahu menyatakan perkara negatif hanya bersandar kan pengalaman kali pertama.

Untuk makluman saya merupakan pengguna tegar e-hailing sejak zaman kewujudan Uber lagi.Hanya Uber yang menjadi perintis e-hailing ketika itu

Seperti kebanyakan e-hailing yang lain, aplikasi Maxim perlu dimuat turun terlebih dahulu.Daftar seperti biasa sebagaimana aplikasi yang lainnya.

Inilah pandangan saya buat pertama kali guna Maxim.Saya membuat penilaian kepada lima aspek berikut:

Apps Maxim

Apps Maxim sangat friendly user kerana features sangat ringkas.Mereka yang pertama kali guna akan cepat faham segala fungsinya.

Bagaimanapun terdapat ruang penambahbaikan kepada sistem apps Maxim.Agak berkecelaru ketika akses kepada pemandu.

Sistem boleh detect pemandu yang pertama dan tiba-tiba detect pula pemandu Maxim yang kedua.Masa menunggu akan berganda.

Misalnya baru-baru ini saya menempah perkhidmatan Maxim.Ada detect Maxim yang pertama dan masa menunggu dipaparkan 8 minit.Tidak lama kemudian detect lagi Maxim yang kedua sehingga masa menunggu berubah menjadi 10 minit.

Nasib baik saya bukan dalam keadaan urgent.Kalau tidak boleh juga naik angin kus-kus hehehehe.

Kecepatan akses

Saya dapati masa meunggu 10 minit seperti lama.Mungkin jumlah pemandu Maxim ketika itu masih belum ramai.Saya faham situasi tersebut.Tak pelah

Dalam sistem app Maxim kita diberi pilihan untuk ad on.Jika mahu lebih cepat tambah caj.Lagi tinggi caj tambahan lagi pantas mereka respon untuk mengambil kita di point tertentu.

Bagus juga untuk menambah pendapatan pemandu terutama kepada penumpang yang berpendapatan tinggi.Mereka tidak kisah kerana wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya untuk kepantasan kepada mereka.

Doakan saya termasuk dalam kategori berpendapatan tinggi.

Keadaan kenderaan

Kereta pertama saya naiki pada untuk perkhidmatan Maxim pada hari itu betul-betul baru.Kerusi dibahagian belakang masih berbungkus plastik.

Bagaimana pun untuk kereta trip kedua agak baru dan kereta trip yang ketiga saya naiki agak lama.Kereta tersebut masih selesa walaupun Axia dan Viva.

Difahamkan Maxim belum mengenakan syarat yang ketat lagi sebagaimana Grab.

Sejujurnya sebagai penumpang memang saya suka kereta yang baru, bersih dan selamat.Inilah nilai duit yang saya laburkan untuk perkhidmatan mereka.

Harga tambang

Sangat murah berbanding perkhidmatan ehailing yang lain.Saya sempat membuat perbandingan dengan membuka tiga app sekali gus untuk memantau harga.

Dalam bab ini Maxim menang dengan penawaran harga murah.Saya percaya jika mereka kekalkan harga murah begini, permintaan untuk khidmat Maxim boleh berganda dalam masa yang singkat.

Biasanya rata-rata pengguna ehailing belum mampu beli kereta dan ini menunjukkan mereka bukan golongan yang berduit.Tidak dinafikan pengguna sebenar e-hailing adalah pelawat dalam negeri atau pelancong luar negara.

Jadi harga murah adalah pilihan utama untuk penjimatan kos pengangkutan.Harga mahal untuk perkidmatan berkualiti dan keselamatan terjamin.Walaupun bab keselamatan bukan perkara yang boleh dibuat kompromi.

Personaliti pemandu

Perkara ini terlalu subjektif.Saya selalu terjumpa pemandu yang mempunyai kemahiran memandu kompeten.Tidak mahir jalanraya dan kurang berdisiplin semasa memandu.

Contohnya sibuk berwasap dan sibuk berwechat.Sebagai pemandu saya faham itu adalah tabiat yang sukar untuk dielakkan kerana berada dalam kereta tidak sebahagia dalam kamar tidur.

Tentulah tidak adil untuk saya melabelkan pemandu yang mana satu berbuat demikian.Mereka mungkin berpindah dari Uber ke Grab atau dari MyCar ke Maxim.Mungkin berpindah dari semua e-hailing tersebut.Siapa yang tahu dan mereka membawa tabiat yang sama.

Penutup

Begitulah pengalaman saya menggunakan khidmat e-hailing Maxim Malaysia.

Rasa excited bukan lagi persoalan kerana saya sudah biasa menggunakan e-hailing ini.

Lainlah kalau kahwin baharu hehehehe.

Jumpa lagi dan jangan lupa follow blog ini serapat yang boleh.Terima sudi baca dan sudi follow.

22 thoughts on “Pengalaman pertama guna khidmat Maxim Malaysia”

  1. Saya pun baru nak guna Maxim ni. Biasa guna Grab saja. Tambang Maxim jauh lebih murah berbanding tambang Grab, namum dari segi ketepatan data peta, Grab jauh lebih bagus.

    • ya..Maxim adalah ehailing yang keempat

      mungkin disebabkan saya kurang gemar drive menjadi ehailing pilihan utama.

      drive kereta hanya kerana perlu dan tiada pilihan sahaja

  2. kamek baru pertama kali dengar pasal maxim tok dari fesko utm..sidak nyebut guna la maxim untuk ke fesko, dapat diskaun kelak, lalu heran kamek…apa maxim tok koh? rupanya kedak mycar, grab etc…bagus juak mun lebih murah dari e-hailing yang lain
    sunah sakura recently posted…No, I’m Not OkayMy Profile

  3. Dekat Tawau dah ada Maxim ni tapi kt LD belum ada, so belum pernah naik lagi. Adik kata lebih murah berbanding Grab. dah banyak pilihan skrg ni selain taxi, grab, maxim, mycar pun ada. tinggal pilih:)

Leave a Reply to jalan dan makan Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: