Media sosial menjadi tempat netizen lepak dan santai.Ada yang membawang.Ada yang berdakwah.Ada yang promote barang.Tidak terkecuali media sosial tempat untuk cari pasangan hidup.
Kini admin kurang bersosial di media sosial.
Admin menjadi pengguna media sosial sejak tahun 2009.
Dulu aktif.
Sekarang kurang aktif.
Admin hilang dari radar sosial sama ada Facebook,Instagram,Wechat dan Telegram.
Cuma Whatsapp Group dan Fanpage Facebook sahaja masih menjadi pengguna tegar.
Itupun atas urusan kerja rasmi.
Bukan untuk bersosial.
Kekadang sahaja melayan Group Whatsapp yang bersifat personal.
Pendek kata admin pergunakan masa untuk kerja cari makan dan kerja demi minat.
Alhamdulillah dengan tahap disiplin begini, masa admin lebih lama dan lebih panjang rasanya.
Admin tak boleh kutuk orang yang suka media sosial.
Hak masing-masing.
Sebab manusia adalah makhluk sosial.
Mana mungkin jadi kera sumbang.
Penutup
Admin kurang aktif media sosial sebab prinsip peribadi.
Prinsip yang kita sendiri pilih.
Terpulang kepada keperluan sendiri.
Bukan tunduk kepada kehendak.
Betul tak ?
Assalamualaikum. Selamat pagi. Happy blogging.
wsalam dan selamat berblogging juga tuan
setuju.
pandai-pandailah kita memilih hala tuju pilihan nak bersosial di mana pun kan.
betul
itulah yang sebaiknya
Pilih dan manfaatkan sehabis baik…socmed ni pun jadi saham juga…bijak untung .. terpedaya rugi…dunia akhirat.
alhamdulillah jika ada pemikiran sebegitu
semua benda ada baik dan buruk..akal lah yang akan decide mana yang elok hehe..
media sosial ni baca boleh nak percaya kaji dulu hehe
jangan lupa.. blog termasuk juga dalam keluarga media sosial
boleh percaya tak ?
betul tu
hehehe
masing-masing ada kehendak
apa2pun bila manfaatkan masa dengan betul
rasa sangat puas dan berbaloi
kalau nak rasa masa yang panjang..
bangun awal pagi dan tidur lewat malam..
hehehehe
mama update med soc bila ada mood hihi
tu pun ok..
sebab med soc cuma kehendak
ia bukan keperluan jika untuk sosial..
bisnes online lain cerita la
Ada juga aktif di sosmed nak bikin onar bang
orang begini wajar sama sekali untuk dihindari..
bahaya banget mas
Saya guna facebook untuk join contest (yang ni saya banyak menang, lebih 1k jugak kumpul hadiah), insta saya target nak buat platform iklan topik dalam blog saya. Cuma twitter saya taktau apa fungsi lagi..
rezeki.
tak sia-sia main media Sosial
blog, WA yg kira sy aktif… tu pn tgk keadaan…
hahahaha..
sampai ke hari ini awak tak bagi pun no Wa dgn saya..
takut ke ?