Memaafkan Diri Sendiri Tindakan Wajar

Memaafkan diri sendiri sebenarnya bukanlah sesuatu yang sukar. Saya akui, kita semua mudah melakukan kesilapan. Namun, apabila kesilapan itu diulang berkali-kali tanpa mengambil iktibar, ia boleh menjadi satu kebiasaan yang merugikan.

Lebih teruk lagi, jika kita tidak berusaha mencari jalan untuk mengelakkan kesilapan tersebut.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang lebih baik—belajar memaafkan diri sendiri.

Hakikatnya, memberi maaf kepada diri sendiri tidak memerlukan pengakuan sesiapa. Tiada siapa yang tahu sama ada kita benar-benar memaafkan diri atau tidak.

Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati

Namun, mereka yang gagal melakukannya sering dibelenggu rasa sesal, kecewa, dan tidak puas hati sepanjang hidup mereka.

WAJIB BACA :   7 Hari Sebelum Tibanya Tarikh Kes Perceraian

Namun, bagaimana kita mahu berubah jika kesilapan yang sama terus berulang setiap hari?

Sebab itu, kita perlu muhasabah diri, mengakui kesilapan, dan akhirnya, memberi kemaafan kepada diri sendiri.

Pada pagi yang mulia ini, saya mengambil keputusan untuk memaafkan diri sendiri.

Sebagai langkah seterusnya, saya akan beristighfar sepanjang hari agar segala kesilapan yang pernah dilakukan mendapat keampunan Allah. In shaa Allah.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan segan untuk kembali ke blog ini.

  • Kemas kini 19/3/25

Diri Sendiri

12 thoughts on “Memaafkan Diri Sendiri Tindakan Wajar”

Leave a comment

CommentLuv badge