Memahami dunia quantum yang luar biasa [kemas kini 2022]

Topik dunia quantum agak jarang kedengaran. Bukan sahaja kurang popular malah kurang didedahkan secara umum. Mungkin orang umum kurang menyedari kepentingan tersebut.

Tetapi tidak kepada golongan yang meminati bidang spiritual, ilmu kebatinan dan teknologi telepati minda.

Dalam kesempatan kali ini, saya cuba berkongsi sekali lagi konsep dasar Magnet Rezeki yang dipelopori oleh Ustaz Nasrulah atau Pak Nasrulah berkaitan dunia quantum.

Dunia quantum

Apa yang dimakudkan dengan quantum ?

Istilah quantum digunakan dalam bidang fizik dan saya menemui takrifannya dalam Wikipedia sebagaimana berikut:

Dalam fizik, kuantum ialah jumlah minimum bagi sebarang entiti fizik yang melibatkan sesuatu saling tindak. Tanggapan asas bahawa ciri fizikal yang mungkin “dikuantumkan” dirujuk sebagai “hipotesis pengkuantuman”.[2] Ini bermaksud bahawa magnitud ciri fizikal hanya boleh mengambil nilai-nilai diskret, yang terdiri daripada gandaan interger bagi satu kuantum.

Agak berbelit juga minda kita untuk memahaminya.

WAJIB BACA :   Kata Kata Minta Maaf Menyentuh Hati

Orang biasa macam saya pun sukar  untuk istilah quantum

Menurut Mykamus.com pula quantum ialah peningkatan secara tiba-tiba atau kemajuan besar. Secara ringkas boleh kita fahami bahawa dunia quantum adalah keajaiban dalam Magnet  Rezeki.

Ada beberapa artikel Magnet Rezeki telah saya tulis sebelum ini. Boleh rujuk semula jika belum membacanya atau masih belum faham sepenuhnya.

Dunia quantum bertentangan dengan dunia realiti. Ada beza yang sangat jelas. Dunia quantum atau quantum energi menolak segala fakta berkaitan logik akal dan perkiraan matematik. Ia penuh dengan keajaiban dan perkara yang tidak disangka-sangka.

WAJIB BACA :   Demi cari rezeki, pilihan terletak di tangan sendiri

Manfaatnya amat luar biasa dan ini semua adalah bukti jelas kekuasaan Allah SWT, pemilik Alam Semesta. DIA Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Menurut Pak Nasrullah, kita semua adalah sama dalam dunia quantum. Satu, sama dan terhubung. Hebatnya ilmu ini hanya dapat dirasai oleh mereka yang yakin dan tahu rahsia tersebut.

Namun dalam dunia realiti kita semua terpisah jauh oleh jarak dan waktu. Eh macam lagu Sule dan Baby Shima pulak dah.

Dunia realiti berpaksi kepada hukum sebab dan akibat. Perlu masa dan tempoh sesuai dengan tuntutan keadaan. Sekali lagi berlaku juga atas izin Allah SWT.

Inilah gambaran kasar kepada perbezaan dunia realiti dengan dunia quantum. Sayang sungguh jika kita tidak mengaplikasi dalam tujuan mengapai impian dan cita-cita.

WAJIB BACA :   Kelebihan Guna Dua Kad Sim

Tanpa berlengah masa ayuh sama-sama kita lanjutkan perkongsian ilmu quantum energi atau dunia quantum dalam video Pak Nasrullah seperti berikut :

  • kemas kini 19/8/22

Comments 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge