2 kunci buka pintu keajaiban

Rezeki yang melimpah-ruah adalah keajaiban dan impian semua orang. Percayalah alam keajaiban rezeki boleh dimasuki yang saya analogi sebagai pintu.

Ada pintu yang sudah terbuka dan ada juga pintu yang masih tertutup. Pintu yang tertutup ini perlu dibuka untuk mendapat keajaiban yang kita inginkan. Sudah pasti untuk membuka pintu keajaiban ini mesti ada kunci.

Saya cuba memudahkan pemahaman kita semua. Kunci tersebut ada dua. Cari dan dapatkan kunci tersebut.

Kuncinya ialah memulia dan membahagiakan orang lain. Ia tidak boleh dipisahkan. Bergerak selari dan berganding sama.

Buka kunci tersebut tanpa menunggu bila masa paling sesuai. Jika ditanya pada saya maka akan saya jawap sekarang.

1.Memuliakan orang lain

Orang lain yang dimaksudkan di sini ialah ibu bapa, pasangan, anak-anak, keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sesiapa sahaja tanpa mengira siapa mereka.

Muliakan mereka. Rezeki kita akan masuk melimpah ruah. Keajaiban boleh berlaku dan terus berlaku.

Kalau pembaca masih ada emak dan ayah, bagi keutamaan untuk dimuliakan.

Saya setiap hari menelefon emak di kampung.Saya sudah letakkan bajet masa untuk telefon emak walaupun sesibuk manapun urusan. In shaa Allah.

Kalau pembaca sudah ada pasangan hidup, muliakan suami jika anda seorang isteri. Begitulah sebaliknya.

Kalau ada anak, luangkan masa untuk bermesra dengan mereka. Dengar luahan hati mereka dan letakkan diri kita sentiasa ada untuk mereka.

WAJIB BACA :   Bagaimana Urus Duit RM50 Untuk Makan Di Luar Selama Seminggu

Saya sentiasa memastikan hubungan dengan anak tetap ada. Saya menelefon dan Whatsapp mereka setiap hari. In shaa Allah saya berusaha sedaya upaya untuk muliakan mereka dengan kudrat yang ada.

Dalam kehidupan komuniti luar, kita memuliakan semua orang.

Saya bertegur sapa dengan mereka. Saya senyum dengan mereka. Saya cuba dengar apa yang mereka sampaikan. Saya hadirkan diri dan peruntukkan masa untuk memahami denyutan nadi orang lain. Tak perlu saya menjadi YB dalam menyantuni mereka.

Jika bertemu orang susah, jahil atau mencuaikan ajaran agama, jangan hakimi mereka dengan andaian negatif dan kurang baik. Sebaik-baiknya doa yang baik untuk mereka. Beginilah cara kita memuliakan orang lain.

Apalah darjat kita untuk memandang rendah orang lain. Mereka manusia sama macam kita. Yang berbeza kerana terselit perasaan kita sendiri yang menggangap kita lebih baik dari orang lain.

Perasaan begini bahaya dan boleh menutup rapat pintu keajaiban.

2.Membahagiakan orang lain

Ramai orang yang sudah berjaya mengakui perkara ini. Lagi ramai bahagia hasil asbab usaha kita maka lagi lebat rezeki yang masuk.

Keajaiban demi keajaiban akan menerjah masuk tanpa diduga. Usaha minimum namun hasilnya luar biasa.

Lihat contoh terdekat. Betapa ramai orang suka dengan Facebook, Youtube, Google dan sebagainya. Lihat sekali lagi bagaimana rezeki pengasasnya.

WAJIB BACA :   Cabaran pelik dikuarantin bersama wanita cantik

Sudah tentu mereka kaya raya dan mewah tidak terkira.

Membahagiakan orang tersayang dan orang sekeliling mudah untuk dilakukan.

Pertama sekali bahagiakan diri sendiri. Secara tidak langsung mempengaruhi orang lain untuk turut sama merasa bahagia.

Saya selalu dengar pesan orang yang sudah berjaya.

“Kita tidak boleh mengubah orang lain tetapi kita boleh mengubah diri sendiri.”

Berubah itu adalah pilihan sendiri. Berubah untuk menjadi semakin baik dan hebat setiap hari. Perubahan yang bagus ialah keupayaan untuk rasa gembira dan rasa bahagia. Usahakan untuk mendapatkan fikiran yang lebih lapang dan tenang.

Inilah yang saya maksudkan dengan membahagiakan diri sendiri. Selain itu kita boleh shopping sebagai mana artikel saya sebelum ini dan sedekah gila gila. Kesannya akan membahagiakan orang lain.

Lihat sekali lagi. Lihat dengan mata hati la ye!  Kita bahagiakan diri sendiri dengan mengubah diri menjadi lebih pemaaf, lebih tulus dan lebih ikhlas. Kita memancar getaran positif yang akan mempengaruhi rasa bahagia dan rasa bahagia kepada orang lain.

Misalnya ada yang  membaca artikel ini rasa getaran positif maka saya berjaya menyampaikan kebahagiaan kepada orang lain. Jika belum, bermaknanya saya salah dan saya belum berjaya. Saya perlu perbaiki diri untuk menulis lebih baik lagi dalam artikel yang akan datang.

Baru-baru ini saya menonton Live Facebook bersama Tuan Ustaz Hakim Mohd Nor dan Tuan Abdul Basit. Mesej yang mereka ingin sampaikan kepada kita mudah.

WAJIB BACA :   Nasi Lemak Bajet Terbaik Sehingga Menjilat Sudu

“Niatkan dalam hati untuk kayakan orang lain maka urusan kekayaan yang kita usahakan lebih mudah dan kekal sehingga ke akhirat.”

Allah pandang usaha kita. Allah uji kesungguhan kita. Tugas kita bertawakal kepada-Nya dengan prasangka yang baik-baik.

Bahasa mudahnya, kejar akhirat dan usaha dunia. Semudah itu sahaja.

Nak tahu rahsia dapat income RM10K sebulan : KLIK SINI

Kesimpulan

Pintu keajaiban secara dasarnya sudah terlalu dekat dengan kita. Pintunya cuma perlu dibuka dengan memulia dan membahagiakan orang lain sehingga kita bisa melupakan kepentingan diri sendiri.

Tiada alasan lain kerana sebaik-baiknya manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Dalam ertikata yang lebih luas jadilah manusia yang mengutamakan orang lain dan memberi nilai kehidupan yang lebih baik.

Soal rezeki biar Allah yang bagi kerana Dia sahaja yang tahu keperluan dan bila masa yang sesuai untuk dianugerahkan kepada hambaNya.

Jom berkongsi artikel ini kepada orang lain pula sebagai bukti anda juga boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Saya sarankan kepada pembaca untuk terus menerokai dunia keajaiban dengan membaca artikel di bawah:

*kemaskini -27/10/2020

*kemaskini – 23/10/2021

Comments 18

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge