Menanti Bulan Ramadhan Penuh Debaran

Tak lama lagi bulan Ramadhan.Satu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan berbanding bulan-bulan yang lain.In shaa Allah pada tahun ini, mrhanafi telah merancang beberapa segmen hebat.Intipati segmen ini akan lebih baik jika dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

ramadhan

Pada asasnya sebagai blogger,kemungkinan besar kadar kekerapan kemaskini blog dalam bulan ramadhan agak perlahan.Sebab yang pasti untuk memberi ruang dan peluang masa yang lebih untuk mrhanafi menambah ilmu dan amal.

Seandainya plan berubah maka menjadi sebaliknya.Namun dua-duanya boleh memberi manfaat.Baik untuk mrhanafi maupun untuk pembaca.Kita dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Mrhanafi seorang pekerja makan gaji.Boleh dikatakan sibuk dengan rutin harian serta penumpuan masa bersama keluarga.Lagipun kerjaya blogger  seperti bisnes sendiri.Kitalah tauke dan kitalah kuli.Ada masa yang santai dan idea yang bernas serta mood menulis maka semuanya berjalan dengan lancar.

WAJIB BACA :   Pelajari Ilmu Cepat Dapat Duit

Satu kelebihan menulis blog dalam bulan Ramadhan ialah mendapat ketenangan fikiran.Ketika berpuasa minda akan berasa  lebih tenang dan kadang-kadang lebih aktif.Tulah yang bagusnya.Jika tak percaya boleh cuba.

{sekilas pandang}

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia.Sesungguhnya dalam bulan ini kita semua dituntut memperbanyakkan amal ibadat yang khusus dan umum.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments 24

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge