Mencari cinta pandang pertama

Sebetulnya bukan mudah.

Tengok dalam drama tv macam mudah.

Seorang lelaki dan seorang wanita bertentang mata.

Berbalas senyum.

Dalam hati berputik suka.

Dari suka menjadi sayang.

Dari sayang terbit cinta.

Bermulalah dari situ asyik terbayang-bayang.

Bukan salah seorang.

Tapi keduanya.

Saling suka, sayang dan cinta.

Maka inilah nama cinta pandang pertama.

Betul ke?

Saya pun tidak tahu.

Saya belum pernah melalui dan merasai pengalaman tersebut.

Yang saya selalu alami syok sendiri.

Contohnya begini..

Saya berkenan dengan seseorang tapi orang tu pulak belum berkenan dengan saya.

Saya kata,

β€˜β€™it okay, belum tiba masanya. Biar saya penuhi misi team Siber Sukses sampai jadi.”

WAJIB BACA :   Memulakan Semula Kehidupan Selepas Kejatuhan

Janganlah rasa hilang martabat diri walaupun syok sendiri.

Jiran saya kata syok sendiri atau bertepuk sebelah tangan bukan isu besar pun.

Sakit tu tetap juga terasa.

Tepuklah sekuat hati sekalipun ia tak akan berbunyi kecuali tepuk ke dahi sendiri dan rasakan kesakitan tersebut.

Berbalik semula ke cerita cinta pandang pertama.

Jadi apa perlu buat kalau terjumpa cinta pandang pertama ?

Sudah tentu jumpa keluarga.

Nyatakan hasrat dan hajat.

Beritahu jujur.

Akui tanpa ada rasa prasangka.

Mungkin itu jodoh buat anda.

Mungkin sahaja.

Usaha dulu.

Tawakal kemudian.

Setelah semuanya lancar dan Allah izinkan terjadi maka cinta pandang pertama wajar dipateri dengan aqad dan kabul yakni nikah.

WAJIB BACA :   4 punca keluarga tidak bahagia

Noktah sampai di sini.

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge