Mencari Rezeki Halal Dengan Kerja Dari Rumah

Mencari Rezeki Halal Dengan Kerja Dari Rumah…Rakan-rakan blogger yang lain sudah  ramai  memasang iklan Google Adsense dalam blog sebagai cara untuk kerja dari rumah.Mrhanafi belum lagi.Dulu pernah memohon tetapi macam biasa.Pastinya kena tolak mentah-mentah apabila mengetahui blog berbahasa Melayu.Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2013.

Beberapa bulan selepas itu mrhanafi memohon lagi kerana ingin menjadikan blog sebagai cara dapat duit dan cara untuk kerja dari rumah.Rupa-rupanya ditolak lagi.Belum rezeki katakan.Mrhanafi perlu bersangka baik dan sentiasa redha dengan apa yang berlaku.Mrhanafi buat selawat pembuka rezeki.Orang kata kalau nak berjaya mesti melalui zaman yang sukar dan mencabar.Barulah hati menjadi kuat dan kejayaan tersebut manis rasanya.

Mrhanafi terus mencuba dan terus mencuba.Namun yang pasti kena tolak.Seolah-olah tolakan adalah permainan rutin mrhanafi dengan Google Adsense.Percubaan yang tidak kena sasaran.Sekurang-kurangnya mrhanafi sudah mencuba.Dah cuba baru tahu kesannya.

Akhirnya daripada terus berharap dengan Google Adsense, mrhanafi cuba mencari rezeki dengan meletakkan iklan Nuffnang.Pada masa tersebut Nuffang  terkenal sebagai platform cara blogger memperolehi pendapatan.

Kini Nuffnang masih ada.Cuma tidak macam dulu.Namun untuk dapat iklan Nuffnang tidak sesukar iklan Adsense.

Dengan Nuffnang mrhanafi dapat memperolehi sedikit rezeki.Jika tak silap ada dalam RM10.00.(saya dah pastikan titik memang pada tempatnya).Sampai sekarang belum ‘claim’.Agak-agaknya menjadi harta amanah raya.kot.Kalau takpun hangus begitu sahaja.Biar jelah.

Pada masa itu mrhanafi belum mahir lagi untuk mempromosi E-book 5 Amalan Menarik Rezeki.Blogger baru belajar katakan.Sekarang pun masih belajar dan terus belajar.Sifu mrhanafi adalah blogger Ishak Hasimi.Dia faham teori dan praktikal SEO dan dia sendiri mempunyai blohg yang ada page view ribu riban setiap hari.

Mrhanafi berdoa agar dapat mencari rezeki halal melalui Google Adsense.Orang kata pelbagaikan sumber rezeki supaya sentiasa luas,cukup dan lebih agar boleh memberi manfaat kepada masyrakat.Ya..baru-baru ini pun memohon sekali lagi.Tengah tunggu jawapan la nie.In shaa Allah kalau selalu baca pembuka pintu rezeki dapat la tu.

Sekarang kos hidup tinggi.Ramai orang yang diluar sana yang berhempas pulas mencari duit tambahan kerana kemampuan kewangan berada bawah paras sukar.Mereka ramai ada kerja sambilan dari rumah

Suka atau tidak mereka mesti berusaha untuk dapat lebih rezeki halal  berbentuk duit.Tidak boleh merungut.Apatah lagi terus berputus asa dalam menghadapi kehidupan ini.

Begitu juga mrhanafi mesti bekerja dan berusaha mencari rezeki banyak-banyak.Mana tahu dengan doa rakan-rakan dan pembaca yang berhati mulia,mrhanafi akan menjadi Orang Kaya Samarahan.

mencari rezeki

(Visited 104 times, 3 visits today)

8 thoughts on “Mencari Rezeki Halal Dengan Kerja Dari Rumah”

  1. sabar bro, saya pun melalui kesusahan yang sama menunggu Google approve akaun.. satu cara lain.. mungkin bro bleh buat satu blog english dummy.. tapi content make sure 100% unik lepas copyscape search.. selalunya english content cepat skit approvenya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge