Mengapa Nombor Dua Menjadi Pilihan

Mengapa Nombor Dua Menjadi Pilihan…Mrhanafi faham dan akur bahawa semua orang nak menjadi nombor satu.Namun terbalik pula dengan mrhanafi.Nombor dua pula jadi pilihan dan sasaran.Sebelum tu jangan membuat kesimpulan terlalu awal jika belum membaca sampai habis artikel ini.

Secara realiti mrhanafi bukan obses dengan nombor.Sebab nombor hanyalah mewakili angka,fakta dan yang senasib dengannya.Tiada langsung mudharat atau manfaat dari apa jua nombor sekalipun.Hakikat yang nyata ialah semua makhluk atau benda ataupun perkara tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kudrat dan iradat dari Yang Maha Esa,Allah SWT.

nombor 2

Nombor satu atau tunggal wajib dan layak milik Allah SWT.Ia mesti diyakini dan selayaknya ditanam dalam minda sekuat dan sedalam yang boleh.Kefahaman yang jelas dan keyakinan yang mantap akan menjamin keutuhan akidah tanpa bergerak seincipun dari pusaran iman.Ingat tu.

Mrhanafi suka nombor dua kerana sifat pasangannya.Nombor dua bagi mrhanafi mewakili hidup kita masih memerlukan seseorang untuk melengkapi satu sama lain.Macam orang yang sedang dilamun cinta la pulak.

Lihat pada diri sendiri.Otak ada dua bahagian.Otak hemisfera kiri dan otak hemisfera kanan.Minda pula terbahagi kepada minda sedar dan minda separa sedar.Tangan ada kiri dan kanan.Begitu dengan anggota tubuh yang lain seperti telinga,kaki,mata dan lubang hidung.Semuanya ada dua pasang yakni dua set.

Dalam kehidupan sebenar,mrhanafi ada banyak barang yang lebih  dari satu.Mrhanafi ada dua blog yang aktif ( kurang aktif lebih banyak).Kadsim ada dua walaupun telefon pintar cuma satu.Akaun Facebook ada dua manakala dua pasang baju kerja termasuk seluar kerja.Rata-ratanya memang dua pasang,dua helai dan dua jenis.

Mungkin ada yang berseloroh,mrhanafi nak kahwin lagi ke,asyik cerita dengan angka dua.Oh yang itu.Mrhanafi no komen.Isu panas dan boleh menimbulkan huru hara jika tidak diurus dengan bijak.Orang kata memang senang tetapi praktikalnya agak sukar walaupun bukan mustahil.Beristeri dua memang best dan alasannya dah dinamakan takdir serta jodoh.Siapa tahu dan kita tak nak panjangkan isu panas ini.

{sekilas pandang}

Nombor dua seperti belakang nombor satu.Dari segi jumlah nombor dua lebih baik dari nombor satu.Sebaliknya dari segi kedudukan nombor satu memang mendahului nombor dua.

Sebab itu tidak hairan ada yang suka memilih nombor satu berbanding nombor dua.

Apa pulak pandangan rakan-rakan pembaca.Jomlah kongsi bersama-sama.

(Visited 15 times, 1 visits today)

30 thoughts on “Mengapa Nombor Dua Menjadi Pilihan

Leave a Comment

CommentLuv badge