Mesin Pengering Pakaian Yang Perlu Anda Tahu

Mesin pengering pakaian amat diperlukan ketika musim hujan.Tidak hairan pencucian pakaian di dobi menjadi pilihan.Kalau nak guna jemuran matahari sudah tentu tidak kering dengan sempurna akibat cuaca yang lembap.

Berikut adalah info berkaitan dryer atau mesin pengering pakaian yang wajib anda tahu.Jom kita baca dan jika sudi boleh kongsikan untuk kawan-kawan anda.

Bil eletrik tak mahal ke

Akan ada perbezaan pada angka bil elektrik. Tapi banyak jimat masa & tenaga kita.

Selain dryer eletrik, ada pilihan dryer gas (Guna gas dapur)

Fabrik tak kecut ke

Dryer eletrik. Ya, ada risiko kecut. Tengok pada jenis fabrik/material.

Di mana pernah terjadi masuk toto size queen, bila keluar wahh magic❗Jadi size single 

Pilihan selamat, dryer gas. Cuma dryer gas ni harganya berganda dari eletrik.

Jenama apa yang bagus

Yang senang dapat spare part  Pernah kene tunggu sampai 3 bulan sebab barang ganti kene import dari luar. Jadi, cek dulu & tengok warranty.

Tak kedut ke

Ini paling menarik perbezaan antara dryer letrik & gas.
Dryer letrik. Ya, biasanya kedut.

Dryer gas. Tidak kedut. Sebab, gas ni guna api yang menyala dalam mesin tu. Bila keluar dr mesin mcm kene gosok dah. Kain pun jadi lembut je.

Cuma seperti yang diberitahu tadi, harga dryer eletrik & gas agak jauh berbeza.

Tak terbakar ke guna api

Tidak. Kain dalam drum. Api di luar drum (bukan luar mesin). Terasing. Kain kering sebab haba panas, bukan sebab kain tu dibakar dengan api.

Tak overheat ke

Dryer boleh pilih suhu. Ada low, medium, high.
Ada sesetengah dryer, bila overheat akan stop sendiri.

Senang jaga tak atau mudah rosak

Senang sangat. Pastikan kerap buang habuk yang terkumpul dalam bekas habuk yang disediakan.

Kalau guna dryer gas, bukan setakat baju mcm digosok & lembut.. Tapi habuk2 yang melekat pun kurang KECUALI jika anda tak buang habuk yang terkumpul. Ia akan berterbangan semula…

Dryer eletrik atau gas yg bagus

Kalau yang pernah pakai gas, memang akan pilih gas. Tapi ramai je yang pakai letrik kata ok. Ikut kita nak mana + ikut kemampuan poket
Amik masa survey dulu & buat kira-kira.

TIPS tambahan yang PENTING 

‘Air hose’@saluran angin tidak panjang & tidak tinggi. Paling bagus letakkan mesin dryer tu terus kat pintu belakang atau lubang yang ditebuk, jadi ‘air hose’ yg digunakan pendek. Ini membantu kain

lebih cepat kering, kurang guna eletrik/gas  🏼

Pernah terjadi di mana kain tidak kering. Disangkakan mesin rosak rupanya sebab ‘air hose’ yg panjang/tinggi.

.
.
Ini tips basic sahaja tapi berguna 

Untuk harga pula (ini anggaran shj), dryer letrik antara RM500-2000.

Dryer gas RM3500 hingga 5angka pun ada. Tengok pada size, jenama & fungsi.

Semoga perkongsian ini membantu.

Tak beli lagi pun takpe, yang penting kita ada info dulu.

p/s : Artikel ini disumbangkan oleh DELOURVA

Website : http://www.delourva.com/

Facebook https://www.facebook.com/sabunbasuh.bajusekolah

Telefon :018 989 8686 

16 thoughts on “Mesin Pengering Pakaian Yang Perlu Anda Tahu

  1. Saya selalu hantar baju ke dobi saja. Baju 2 minggu atau lebih, sekali cuci. Sedikit mahal berbanding cuci sendiri, tetapi jimat masa.

    Sebab nak confirm kering, selalu saya bagi dryer yang paling panas. Nasib baik tak pernah kecut macam toto bro. hihi
    Naziman Azlye recently posted…Panduan Kerja di SingapuraMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge