Kisah ini baru sahaja berlaku.Kisah benar.Memang benar berlaku kepada diri saya sendiri.
Cuma kebenaran dalam mimpi.Bukan dalam alam realiti.Kalau realiti saya pun tak tahu pula nak cakap apa.
Pada malam tersebut, mata saya terlalu mengantuk.Tahap mengantuk tidak boleh bawa bincang.
Entah macam mana, ketika lena dinihari, saya bermimpi dengan seseorang.Saya bersama dia menemui bapanya di rumah yang serba indah dan serba mewah.
Bilik cukup cantik.Luas dan banyak corner dalam rumah tersebut.
Saya masuk dalam sebuah bilik.Rasanya bukan ruang tamu tetapi bilik peribadi bapa kawan saya ini.
Saya dipersilakan duduk atas sofa yang berwarna cokelat muda untuk menunggu seketika.
Tiba-tiba datang seorang lelaki.Siap dengan songkok hitam.Wajahnya bulat dan manis.Masih muda dan rasanya seperti sebaya.
Dia duduk atas lantai mengadap saya duduk atas sofa.
Pelik tapi benar.
Kami bersembang.Saya duduk kaku dan menjawab apa yang ditanya sahaja.
Kemampuan untuk saya berbicara hilang.Fokus hanya pada perbualan lelaki bersongkok tadi.
Tidak banyak yang mampu saya ingat butir perbualan kami.Apa yang saya ingat, dia kagum dengan satu mesej yang saya hantar kepada anaknya, yakni kawan saya.
Beliau kata mesej yang saya tulis menarik dan mengetarkan jiwa sesiapa yang membacanya.
Saya hanya mengangguk dan malu tersipu-sipu.Mulut saya terkunci untuk membalas pujian lelaki tersebut.
Lelaki tadi meminta nombor telefon saya dan saya menulis besar-besar atas sekeping kertas.
Saya hanya sempat menulis enam angka dari nombor telefon saya, kerana saya terjaga oleh deringan alarm.
Jam sudah menunjukkan 4.30 pagi dan akhirnya saya bangun untuk beristighfar beberapa kali.Lagipun waktu Subuh kian mendekat.
Saya akui mengalami mimpi bertemu ‘wali’ kepada kawan saya ini dua kali.
Apa-apapun saya tetap beranggap mimpi adalah mainan tidur yang begitu enak sekali untuk dikenang ketika sudah terjaga.
Semoga terhibur dengan kisah mimpi ini.
p/s: Hasil dari copy & paste FB Mamat hensem ini
wah menarik
terima kasih..
moga ada mannfaatnya.
Mengikut kata org tua2, selain mainan tidur, ada juga mimpi2 yg memberi mesej atau petanda yg baik terutama klu bertemu Rasulullah, termasuk juga org2 beriman, wali dsb.. wallahualam.
Semoga mimpi tersebut ada kebaikan yg dtg bersamanya nnti.. aamiin.
saya cuma bersangka baik dan anggap sahaja mimpi adalah mainan tidur
boleh nampak dengan jelas mukanya?
anies recently posted…Chào mừng bạn đến Đà Lạt và Nha Trang
tak..
mimpi bukan realiti..
anggap yang baik sahaja
hehehe.. menarik juga mimpi gini.
Geng Borak recently posted…Biadap keyboard warrior di media sosial, isu yang semakin kritikal dan tenat
ya boleh tahan..
itu semua mainan tidur
mungkin petunjuk dari Allah…wallahua’lam…tunggu sampai 7 kali lah! haha
sunah sakura recently posted…Sweet & Sour Cheesy Bites Pizza Hut Malaysia
kalau mimpi saya memang anggap mainan tidur semata-mata