Nak Cerita Sikit Apa Itu Takaful

Saya tak nak cakap banyak.Sebab saya tahu takaful kurang popular.Saya faham ramai yang belum arif ilmu takaful.Saya akui saya pun masih belajar. Kita sama-sama belajar.

Maksud takaful

Takaful berasal dari perkataan Arab iaitu “kafala” yang bermaksud saling menjamin. Jadi secara mudahnya join takaful dah saling membantu sesama ahli.

Ahli yang terkena musibah akan dibantu oleh ahli yang lain melalui sumbangan dinamakan Tabbaru’.

Tabbaru’ = Derma

Setakat ini fahamkan. Mudah dan tak perlu runsingkan fikiran.

apa itu takaful

Jenis-jenis takaful

Ada dua jenis.

1.Takaful keluarga

2.Takaful Am

Kalau ada masa.Tak janji.

Saya akan kongsi cerita jenis jenis takaful dengan lebih lengkap.

Cuma dalam artikel ini saya nak sentuh sedikit berkaitan takaful keluarga.

WAJIB BACA :   Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya

Apa yang bermain dalam fikiran pembaca sekarang jika saya kata keluarga?

Ya, sudah tentu wajah orang tersayang dalam keluarga.

Mereka mungkin isteri atau suami.

Anak-anak atau cucu cicit.

[Awek atau skandal tak masuk list lagi tau !]

Mereka ini amat kita sayang. Kita tak nak mereka hidup susah sekiranya berlaku musibah terhadap kita.

Paling penting kita TIDAK mahu membebankan mereka. Masa hidup beri beban.

Masa tiada lagi-lagilah membebankan.

Oh..TIDAK MAHU BEGITU.

Bagaimana nak buktikan kasih sayang kita kepada mereka?

Tak lain dan tak bukan.

Kita mencarum dalam takaful dan itulah dimaksudkan takaful untuk keluarga.

Termasuk :

1.Hayat

2.Pendidikan

3.Pelaburan

4.Kesihatan

5.Simpanan.

WAJIB BACA :   Siapa Julia Perez Yang Sebenarnya

Ada kurang jelas tak?

Nanti kita clarify satu persatu.

Kita tinggalkan dulu.

Ada satu fakta yang mengejutkan.

Jeng..jeng..jeng.

Kurang dari 15% daripada 30.1 juta orang Malaysia yang mencarum dalam takaful keluarga.[sumber :LIAM 2015]

Mesej yang saya cuba sampaikan ialah kesedaran takaful di negara ini rendah.

Puncanya mungkin:

1.Kurang pendedahan

2.Pendapatan kurang stabil

3.Fikir tentang jangka pendek

4.Belum ada ilmu power untuk jimat duit

Kesimpulannnya.

Takaful adalah satu instrument kewangan yang sangat bagus.

Konsep asas untuk membantu masyarakat dalam urusan kewangan peribadi dan keluarga.

Dalam takaful ingat perkara ini.

Tiada konsep paksaan atau memperdayakan.Nanti rezeki tak berkat.

Elakkan misleading.

Salah faham sahaja boleh goncang dunia.

WAJIB BACA :   Kata motivasi untuk diri sendiri

Jika tidak diperbetulkan sampai  bila-bila akan keliru.

Saya bagi contoh diri sendiri.

Habis la kalau join takaful duit hangus jika tiada musibah.

Namun saya tidak sedar bahawa takaful ada dana istimewa.

Takaful ada DANA tau!

Mula-mula saya tidak tahu pun takaful ada dua dana.

1.Dana Risiko [PRF]

2.Dana Pelaburan[PIF]

Bagaimana kedua-dua dana ini berfungsi akan saya kongsikan pada penulisan masa yang datang.

Kalau saya rajin.Tak janji tau.

Untuk memastikan tidak ketinggalan saya syor pembaca silakan untuk follow:

1.Fanpage Facebook 

2.Group Whatsapp 

Itu sahaja.

Nanti kita sembang lagi.

Kalau rasa nak share saya ucapkan berbilion terima kasih.

Didoakan mereka share itu kaya raya dan sihat walfiat.

 

Comments 17

Leave a Reply to Pinjaman perniagaan melalui bank dengan ssm dan akaun semasa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge