Nak menjemput atau mencari rezeki

Yang mana satu lebih baik, menjemput atau mencari.

Modus operandi ini diguna pakai dalam soal rezeki termasuk jodoh.

Saya bagi dua contoh situasi.

Kita nak buat kenduri kesyukuran.Tumbangkan seekor kambing sebagai menu kambing golek.

Kitapun jemput keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.

Semasa menjemput mereka, adakah susah atau mudah.

Jawapan saya mudah.

Kita boleh guna saluran media sosial, telefon atau datang secara bersemuka kepada mereka.

Terpulanglah sama ada mereka nak datang atau tidak.Itu hak masing-masing.

Sekarang saya bagi contoh kedua untuk konsep mencari pula.

Kita ada duit RM100.Entah tiba-tiba kita tidak tahu di mana letaknya.Tercicir entah di mana.

WAJIB BACA :   Februari 2022 datang untuk diharungi penuh harapan

Kita pun mencari dan mencari.Tak jumpa-jumpa.

Segenap pelusuk rumah kita selongkar.Luar dan dalam kita geledah tanpa putus asa.

Kita jadi gelabah.Berfikir bukan-bukan.Entah-entah isteri yang sorok dan buat prank kepada suami tercinta.

Kemungkinan duit RM100 tadi boleh dijumpai balik atau menjadi arwah buat selamanya.

Cukup.

Dua contoh situasi ini jelas menggambarkan bahawa modus operandi mencari lebih sukar daripada menjemput.

Usaha menjemput ada syaratnya.

Usaha mencari ada pengerasnya.

Hanya diri sendiri sahaja yang boleh pilih modus operandi untuk menjemput atau mencari.

Comments 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge