Nasi Lemak Seringgit Memang Sedap Giler, Sumpah Nak Lagi

Nasi lemak seringgit memang sedap.Sebetulnya saya lama dah nak cuba.Alhamdullillah saya diberi kesempatan untuk membeli dua bungkus dan merasai dengan lidah sendiri kesedapan nasi lemak yang berharga RM1 sebungkus.

Jarang jumpa nasi lemak yang semurah ini.

nasi lemak seringgit

Rasanya.Perghh..terbaik dan sedap gile.Kita tak akan menyesal membelinya kerana dua perkara.

Nak tahu baca jom baca lagi.

Harga.

Buat apa menyesal kalau harga murah.Memang kita akan tahu barang yang murah akan sama rasa dengan harganya.Tetapi nasi lemak RM1 menafikan teori ilusi minda.Harga murah tidak semestinya tidak sedap.

Rasa.

Nak cakap bodek minta maaf la ye.Saya tulis artikel ini tanpa bayaran  dan tanpa pengetahuan si pemilik bisnes nasi lemak tersebut.

WAJIB BACA :   Lampu Kereta Biru Kembali Bersinar

Rasa nasi dan rasa sambal yang digabung jalin menjadi satu bagaikan suami dan isteri yang berbulan madu.Tu gambaran rasa sedapnya.

nasi lemak seringgit

nasi lemak seringgit

Saya akui bukan mudah nak berniaga nasi lemak dengan kos bahan yang terlalu hampir dengan kos untung.Lagipun itu baru kos bahan dan belum termasuk kos upah dan kos lain-lain.

Oleh sebab harga nasi lemak ini cuma RM1 para pembeli tidak akan komplen walaupun sambal sangat sedikit dan tiada timun.Bahan-bahan penyedap rasa tidak disertakan.

Nasi lemak seringgit ini boleh didapati di Stesen minyak petronas Kota Samarahan.Ia dijual di meja dekat kaunter pembayaran.Saya tak sempat tanya siapa pemunya bisnes nasi lemak tersebut.Mungkin pekerja stesen tersebut atau orang lain yang dibenarkan membuat bisnes dekat situ.

WAJIB BACA :   Gempar Dua Blogger Borneo Berjumpa

Penutup

Pada hari tersebut saya bersarapan pagi dengan dua bungkus nasi lemak seringgit dan secawan kopi seringgit.Menang layan.Pekena dengan kopi putih memang betul-betul angkat rasanya.

nasi lemak seringgit

Kalau ada gadis manis atau wanita manja yang lalu ketika saya menikmati juadah sarapan pagi tu memang sah  tak akan tertoleh jawabnya.

Alasannnya kerana penangan nasi lemak seringgit yang sedap  sangat hingga tak ingat dunia.Cuma sekarang tidak terjual lagi.Mungkin ada terjual di tempat lain.Kalau ada jangan lupa mencuba dan saya tidak pasti sedap atau tidak.

Terima kasih kerana sudi membaca

[Edisi kemaskini 13/11/2019]

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge