Nostalgia hobi mengamit memori

Hampir semua orang ada hobi. Ada hobi yang bagus dan ada juga yang kurang bagus. Jadi dalam artikel ini saya bercerita tentang hobi. Tak sangka telah mengamit memori saya kepada hobi puluhan tahun dahulu dan hobi masa kini.

Waktu balik dari gym, saya melimpasi kedai memancing udang kolam. Meriah juga. Ramai pemancing tengah mencuba nasib.

Kalau di kampung orang memancing di sungai. Di kawasan bandar mereka memancing udang dalam kolam di kedai sahaja.

Itu perbezaannya. Persamaan mereka ialah hobi memancing.

Ketika saya berada lebih dekat, kelihatan dua orang duduk di luar kedai memancing udang.

Mereka tidak memancing. Mereka ada hobi lain.

Mak cik seorang hobinya mengait dan buat sulaman manik. Mungkin sambil menunggu suaminya memancing kot. Isteri yang mithali boleh dibawa suami ke mana sahaja pergi.

Seorang lagi budak remaja. Dia duduk santai tanpa berbuat apa-apa. Tak main telefon.

Alangkah elok kalau baca buku. Kalau tidak pun boleh membaca akhbar Suara Sarawak. Bahan dalam akhbar ini terbaik dari sudut berita, rencana dan komentar isu semasa.

Tak pelah. Saya cuba sarankan sahaja.

Iklan kejap

Aplikasi e-paper Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune secara percuma dilanjut sehingga tarikh ditentukan.
.
Jangan ketinggalan untuk muat turun di telefon anda sekarang.
.
1.Pengguna Android:
SS >> https://rb.gy/w8ws11
ST >> https://rb.gy/otxkns
.
2.Pengguna IOS boleh rujuk dalam ios
>> SS – https://rb.gy/vxxryc
>> ST –https://rb.gy/pcwfmm

Budak remaja ini hobinya mengelamun kot. Mungkin tengah menunggu ayahnya yang sedang memancing udang.

Saya bertanya kepada diri sendiri. Adakah pergi gym satu hobi buat saya ?

Ya, satu hobi. Gym merupakan tempat orang berminat dengan kecergasan dan kesihatan. Rata-rata orang pergi gym ada hobi untuk membina badan supaya sado, sixpack dan berotot sana- sini.

Saya pun terfikir balik, adakah saya nanti akan jadi sado seperti mereka.

Jawapannya mudah-mudahan. Saya bersyukur jika perut jadi sixpack dan tubuh berotot seperti seorang model seluar dalam lelaki. Buat show depan isteri ( bakal) pun jadilah.

Lawak la pulak. hahaha ( gelak besar )

Saya teringat zaman kanak-kanak. Hobi saya suka tengok TV. Saya tengok tv bukan di rumah sendiri. Saya tengok tv di rumah jiran. Setiap hari saya berada di rumah orang lain untuk menonton tv.

Iklan sekejap…

Buat pengetahuan semua, Sarawak ada melancarkan stesen tv yang terbaharu di dunia. Dikenali sebagai tvs. Penonton boleh temui siaran tvs di saluran Astro dan Njoi di 122 atau di website tvsty.my

Pada masa itu saya tidak terfikir langsung adakah mereka suka menerima saya tetamu tanpa diundang.

Bapa saya mampu beli tv, tetapi dia tidak pentingkan hiburan. Hobi dia beli tanah dan usahakan kebun. Emak saya pula hobinya kumpul barang kemas.

Zaman kanak-kanak saya selalu berada di kebun bersama ayah walaupun saya sekadar menemani dia sahaja.

Mendiang sudah pergi selamanya. Namun rindu anak kepada bapa masih berbekas sehingga ke hari ini.

Tak pelah. Benda yang sudah pun berlaku. Semua kita akan ke sana juga nanti.

Penutup

Nampaknya saya kini sudah ada hobi baru. Hobi angkat besi. Nikmatnya hanya orang gym sahaja tahu.

Jangan lupa, apabila sihat ia juga rezeki yang amat besar. Sebut tentang rezeki jangan malu-malu untuk melayari info di >>>55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti.

Ok lah. Cukup setakat ini cerita saya tentang cerita hobi. Rasa nak baca lagi tak. Kalau nak sila lanjutkan ke artikel berikutnya :

Cinta Lahir Untuk Balas Budi

Artikel berkaitan

26 thoughts on “Nostalgia hobi mengamit memori

  1. susah nak explain secara terperinci apa ada pada sebuah hobi. ada yg ckp ia melekakan. ada yg kata, ia memenuhi masa lapang sekaligus mengasah kretiviti. tak kurang jg, ada menyalahgunakan ‘hobi’ utk perkara membahayakan… tp selagi besi tu mampu diangkat, maka teruskanlah hobi tersebut ya hahahahahah #gurau
    anies recently posted…Home Expo @ Bukit JalilMy Profile

    1. hobi yang baik..

      bila skill menulis sudah bagus…berjinaklah buat copywriting

      jual barang atau perkhidmatan di blog itu sendiri

    1. tulah trend yang semakin baik.

      kepada kaum suami lagi bagus kerana boleh tingkat prestasi bersama isteri

      itupun syarat jangan sebelah pihak sahaja..

      suami isteri wajar jaga kesihatan diri

    1. nak kata sado lambat sikit kot..

      sebab faktor usia dan keperluan bukan ke situ.

      yang utama sihat dan pembesaran perut dapat diperlahankan hahaha

  2. Teman pun agak lama juga tak mengangkat besi nie… Sejak MCO, sampai la nie tak pegi gym lagi… dulu six pax… now one pax jer… mmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge