Obses Media Sosial Dalam Kehidupan

Obses Media Sosial Dalam Kehidupan…Mrhanafi semakin perasan trend yang menjadi fenomena ketika ini.Tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada media sosial.Pengaruh media sosial amat besar.Kita tak  mungkin boleh salahkan media sosial 100 peratus.Sebab tanpa media sosial kehidupan tidak berkembang mengikut peredaran masa.

obses

Media sosial cepat diakses melalui gajet mudah alih.Semuanya berada dihujung jari.Sampaikan ada jari jemari kita begitu lembut untuk menaipkan papan kekunci telefon pintar atau tablet.Sebaliknya nak buat kerja-kerja rumah semakin sukar dan mencabar.

Sekarang obses media sosial sukar dibendung.Trend anak-anak muda,bapak dan emak budak serta sesiapa sahaja pasti terlibat dengan media sosial tak kira Facebook,Whatsapp,WeChat dan banyak lagi yang sewaktu dengannya.

Dari pagi sehingga malam banyak masa diperuntukkan untuk melihat status di wall Facebook,kemaskini dan berkongsikan apa sahaja yang dikatakan menarik.Mrhanafi pun tak terkecuali namun ada pelaturan yang wajib diikuti iaitu tidak mahu perkara yang bersifat negatif.

Sambil makan layan media sosial.Tengah sembang dengan kawan-kawan pun layan media sosial.Ada pula yang tengah solat terawih pun sempat layan media.Dah nampak sangat kita obses dengan media sosial.Walaupun tak semua tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita.Setuju tak?

Mrhanafi terfikir juga berapa banyak wang yang kita gunakan untuk aktiviti media sosial.Yang pasti ada yang minimum RM30 untuk beli top up telefon supaya boleh langgan data.

Sehinggakan mrhanafi terfikir alangkah eloknya kalau kita obses mencari duit.Lama-lama boleh jadi kaya.Boleh sedekah banyak-banyak.Yang afdal lebih memakmurkan dunia ini dengan kuasa sedekah pada tangan orang yang beriman.

Secara positif ada bagus juga obses dengan media sosial.Sebab media sosial adalah medium popular untuk mempromosi apa juga barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh kita.

Sebagai blogger memang tak dapat lari dari media sosial.Kelebihannya sebagai daya usaha untuk membina jenama.Lagi kerap dipublisiti maka lagi kukuh jenama blog kita dalam minda para pengguna media sosial.

{sekilas pandang}

Tiada cara yang lebih afdal untuk mengawal obses terhadap media sosial selain disiplin terhadap dirj sendiri.Jika tahu banyak membuang masa maka kurangkan penggunaannya.

Sekiranya media sosial seolah-olah tidak dapat dipisahkan apa kata gunakan untuk mempromosi bisnes online,dropship,affiliate atau blog sebagaimana mrhanafi buat ketika ini.

Itu sahaja kali ini.Terima kasih kerana sudi membaca

(Visited 172 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Obses Media Sosial Dalam Kehidupan

Leave a Comment

CommentLuv badge