Operasi Jejak Kasih Rakan Sekelas

Operasi Jejak Kasih Rakan Sekelas…Sebelum saya menulis entri ini saya terpaksa merenung balik gambar-gambar ketika zaman sekolah dulu.Ambil feel dan mengaktifkan enjin carian memori.Biasalah lama tak jumpa maka gambaran dan memori tu semakin pudar ditelan zaman.

Saya ada siarkan satu artikel khas untuk menceritakan rakan sekelas dalam blog ini.Kisah kami diketemukan dalam group Whatsapp.Alhamdulillah saya mendapat maklum balas yang baik sekali.

Sungguhpun begitu saya masih mencari beberapa rakan kelas yang masih hilang jejak.Tempoh 20 tahun bukannya pendek.Banyak perubahan yang berlaku sana dan sini.

Fizikal kami juga jauh berubah.Ada yang terus menerus hensem.Tak kurang juga ada yang bertukar dari kurang menarik dan kini semakin menarik.Biasalah perubahan alam.

Yang pasti kami semua masih diulit memori semalam.Namun tidak bermakna terus leka kerana soal realiti itu adalah pasti.Saya masih mencari mereka kerana impian berjumpa mereka adalah kenangan terindah dalam hidup ini.

rakan jejak kasih

Wahai rakan sekelas maupun rakan sama sekolah saya yang terbaca artikel ini jomlah hubungi saya melalui Whatsapp (+6011-38-228-381)Facebook atau blog ini.Sejujurnya saya amat merindui anda semua sebagai rakan sekelas yang pernah berjuang memburu kejayaan hidup.Kita masih mengorak langkah kejayaan walaupun sudah 20 tahun.

{sekilas pandang}

Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk berjumpa dengan mereka dalam masa yang terdekat ini.

Sungguh pun begitu saya masih memasang impian dan cita-cita agar kami (bagi yang sudi) untuk berjumpa semula walau berapa lama sekalipun masa yang diperlukan.

Kesempatan untuk berjumpa di alam realiti adalah peluang terhad.Selepas ini kita semua termasuk anda akan mengucapkan selamat tinggal kerana kita akan meninggal dunia. Teringat saya dengan bait pantun ini.

’Harimau mati meninggal belang…..manusia mati meninggal dunia’’.

Sebelum itu saya nak mengimbau kembali perawakan saya sewaktu sekolah dulu.Manalah tahu ia adalah clue untuk mengingatkan mereka kepada saya.

Jika dilihat dari potensi zaman sekolah, saya mungkin dianggap antara insan yang hebat.Boleh mencipta kejayaan yang harum semerbak.Nama yang gah untuk dijadikan sumber inspirasi.Maaf itu adalah fatamorgana dalam minda saya.In shaa Allah akan dijelmakan menjadi realiti sedikit masa lagi.Jomlah doakan untuk saya.aamiin.

Ada rakan-rakan sekelas yang mendakwa saya jenis yang mudah tersenyum,berwatak ceria dan ada sense of humor.Ciri-ciri ini memang menjadi idaman wanita masa kini.Oh perasan sungguh saya nie.

Selain itu ada yang masih teringatkan saya dengan gaya perbualan yang tersendiri.Terserlah aura kejayaan dan kemantapan emosi dalaman.Maaf selebihnya saya tokok tambahlah ye.

Dah.Cukuplah setakat itu.Cakap lebih-lebih pun macam tipu pun ada.Sedangkan hakikat diri saya adalah insan yang suka merendah diri namun memandang tinggi kejayaan orang lain.

Suka saya ingatkan untuk berjaya mesti penuhi minda dengan ilmu pengetahuan.Tak perlu cari jauh-jauh.Sekadar mengeledah blog Buku Online sudah membuktikan anda pencinta ilmu dan kejayaan hidup bakal milik anda.Tahniah.

(Visited 8 times, 1 visits today)

6 thoughts on “Operasi Jejak Kasih Rakan Sekelas

Leave a Comment

CommentLuv badge