3 perkara wajib untuk jadi orang kaya

Orang kaya dipandang mulia oleh kebanyakan manusia. Tidak hairan jadi orang kaya adalah impian sebahagian besar kita. Dengan kekayaan yang kita dimiliki tentu amat untuk mudah beramal, bersedekah dan berbakti kepada masyarakat.

Nikmatnya menjadi orang kaya hanya mereka sahaja yang tahu.

Admin cuba mengetengahkan beberapa perkara wajib  yang admin cuba ubah untuk menjadi orang kaya. Biarpun admin dalam proses menjadi kaya tentunya ilmu berharga ini tidak wajar diamalkan sorang-sorang. Lebih elok rasanya admin menjadi kaya bersama-sama dengan pembaca semua.

Lagi ramai orang  kaya lagi bagus. Kutipan zakat,sedekah dan wakaf akan memberi kemakmuran di muka bumi ini,

Bertambahnya orang yang berada, mewah dan hidup senang akan mengurangkan masalah sosial. Bertambah peluang pekerjaan,perniagaan dan pusat kebajikan adalah natijah dari peningkatan  jumlah orang kaya seperti admin dan pembaca semua

WAJIB BACA :   Nasi Lemak Bajet Terbaik Sehingga Menjilat Sudu

Aamiin.

Dengan nekad dan iltizam untk menjadi kaya marilah kita semua cuba ubah perkara wajib yang admin akan senarai ini.Semoga perkongsian ini ada manfaat kepada kita semua.

In shaa Allah.

Cara untuk jadi orang kaya

doa jadi kaya

1.Ubah pemikiran

Admin akan berfikir positif dan menikmati kehidupan positif setiap hari. Setiap masa admin  memikirkan kenikmatan yang admin perolehi dengan penuh kesyukuran.

Admin berfikir bagaimana untuk memberi manfaat kepada orang lain sama ada dengan bersedekah atau menderma. Biar orang lain bahagia sebagaimana admin bahagia.Kekayaan yang admin nikmati ini akan digunakan untuk membeli rumah banglo mampu milik.

2.Corak pemakanan

Admin sekarang ini tengah berusaha untuk makan makanan yang berkhasiat dan gizi sihat. Makanan ringan dan makanan segera admin akan elakkan sedaya upaya. Sebagai orang yang dalam proses hukum tarikan menjadi kaya,admin cuba mengelak untuk makan ditempat kurang bersih dan tidak menepati standard orang kaya.

WAJIB BACA :   7 Perkara Yang Majikan Mahu Dari Pekerja

Malah agama Islam sendiri mengajar penganutnya untuk selalu sentiasa bersih dalam semua perkara baik dalam solat mahupun luar solat.

3.Gaya pemakaian

Admin akan melabur sedikit duit untuk mengubah penampilan dari segi pakaian. Mana-mana pakaian yang sudah lusuh dan koyak rabak akan dikitar semula sebagai kain pengelap kekotoran.

Jika nak disedekahkanpun tidak sedap hati juga. Tak baik  bagi sedekah barang yang tidak begitu elok. Admin akan membeli pakaian baru yang berkualiti biarpun bukan berjenama. Perkara penting sekali ialah kualiti dan standard pakaian mengambarkan kejayaan.

4.Bonus

Ceburi perniagaan netcommerce adalah cara yang trebukti untuk menjadi orang kaya.

Kekayaan akan terlihat pada pendapatan, rumah dan kereta percuma. Boleh lihat dalam artikel —>Ejen berjaya dapat kereta percuma Volten International

WAJIB BACA :   Dua cerita biasa bawa mesej luar biasa

Penutup

Perubahan yang admin kongsikan ini mungkin sesuai juga dengan pembaca. Jika rasa kurang sesuai tidak mengapa kerana orang yang berubah dan menjadi orang kaya adalah admin sendiri.

Ingat perubahan tersebut cuma proses dalam menarik getaran kekayaan supaya betul-betul menjadi realiti suatu hari nanti.

Proses bermula dengan langkah pertama. Jika bukan sekarang bila lagi nak bermula.

Kekayaan adalah satu proses yang berterusan.

Mudah-mudahan dengan kekayaan nanti dapatlah admin bersedekah, infak, wakaf dan memberi manfaat kepada ramai lagi orang di dunia ini.

In shaa Allah dengan berkat doa pembaca semua, admin dan anda semua boleh ke syurga dengan aman dan sejahtera.

Aamiin.

  • kemas kini 13 Nov 2022

Comments 27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge