Panduan mudah atasi rasa sunyi dalam hati

Sejujurnya untuk menulis artikel ini saya perlu hidupkan rasa sunyi dalam hati.Saya bermain emosi.Saya menerjah hati sendiri.

Beberapa kali menangis.Betul-betul menangis agar pengalaman sunyi itu dapat dirasai sepenuh hati.

Semasa kecil saya seorang keras hati dan keras kepala.

Pada ketika ayah saya meninggal dunia setitis air mata pun tidak mengalir keluar.Dipaksa bagaimana sekalipun hati tetap rasa biasa-biasa.

Namun jauh dalam lubuk hati terdetik juga rasa sayu bagaikan ditusuk sembilu.

Setelah dewasa saya alami perubahan yang sangat ketara.Bayangkan hanya menonton drama atau filem sedih pun saya boleh menangis mengalahkan perempuan.

Banjir dengan juraian air mata yang tidak mampu diseka.

Hati sudah selembut sutera dan jiwa seempuk tilam orang kaya-kaya di Malaysia.

Oh ya saya teringin juga nak tidur atas tilam yang empuk-empuk.

Tolong doakan.

Pengakuan saya menangis pernah saya tulis seperti di bawah:

Rupanya sunyi itu suku sakat dengan air mata.

Benar sekali.Rasa sunyi bukan perkara yang boleh main-main.

Hidup bagaikan separuh nyawa sudah pergi.

Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan lelaki berusia 50 tahun.Saya menyapanya sebagai uncle walaupun usia kami tidak jauh berbeza.

WAJIB BACA :   5 Keajaiban Buat Duit Dari Rumah

Beliau pernah 14 tahun bekerja luar negara.Orang Sarawak tetapi dulu menyewa di Johor Bahru untuk memudahkannya transit ke luar negara melalui Singapura.

Pendapatan katanya sangat lumayan.Sejam diberi upah US400 dollar.Sehari cuma bekerja 4 jam sahaja.

Suasana bekerja pula amat mencabar.Pernah berada ditempat sejuk bawah negatif 6 darjah Celsius.

Kadangkala memakai baju 8 lapis pun rasa sejuk sehingga menyebabkan hidung berdarah.

Kami rancak bersembang.Akhirnya uncle mengaku dia belum berkahwin dan kini tidak mampu lagi bekerja keras seperti dulu.

Otaknya semacam blur.

Saya membuat andaian.Kesan dari bekerja terlalu keras sehingga terlalu sunyi.

Lama-kelamaan kesihatan terjejas kerana kesan kesunyian yang berpanjangan.

Siapa yang solo, single atau bujang faham la apa sunyi malam-malam.hehehe

Kisah uncle tersebut belum mampu saya selami bagaimana rasanya menjadi sunyi.

Kononnya la.

Jadi saya cipta rasa sunyi dengan cara tersendiri.

Demi memastikan rasa sunyi itu terus melayani jiwa, saya layan lagu Terpisah Jarak Dan Waktu oleh pasangan duet Baby Shima dan Sule.

Layan beb.

Saya pun tidak ingat beberapa kali saya ulang dengar lagu tersebut.

Berulang kali sehingga saya rasa betul-betul rasa sunyi.

WAJIB BACA :   Cara Menyelesaikan Hutang Keliling Pinggang

Serius.

Rasa sunyi yang amat dalam.Menjalari lubuk hati yang tidak berdasar dan tidak bertepi.

Kesudahannya, saya dapat juga legakan perasaan.

Rupanya rasa sunyi dapat diatasi dengan dua cara mudah berikut:

1.Layan sahaja

Tidak perlu dilawan.Sunyi cuma perasaan.Benda yang berada dalam hati dan emosi.

Layan seadanya sebagaimana perasan gembira dan seronok.

Lagi dilayan lagi sunyi dirasai.Betul-betul pada penghujung sunyi yakni pasrah.

Percayalah pada satu saat tertentu rasa sunyi itu akan hilang sendirinya.

Rasa sunyi hilang diganti rasa tenang dan damai.

Mungkin rasa sunyi menjadi tepu.Mungkin emosi sudah lali.

Saya tidak pasti kerana hati kita milik Allah.

Hanya Dia sahaja boleh membolak-balikkan hati makhlukNya.

Sandarkan sahaja rasa sunyi pada Allah.Lama-kelamaan keinsafan akan bertandang juga.

Insaf dan sedar bahawa sunyi cuma mainan perasaan seketika.

Letih bermain dan dilayan, maka perasaan tersebut akan kembali pulih sedia kala.

2.Menangis semahunya

Menangis melembutkan hati.Bercucuran air mata bukan tanda lemah dan tidak bermaya.

Sebaiknya menangis sambil merasai betapa lemah dan kerdilnya kita ketika mengingati kekuasaan Allah.

Menangislah sepuas rasa.
Merataplah sepenuh jiwa.
Merayulah dalam hati.

Tapi dengan syarat sambil berdoa kepada Allah.

WAJIB BACA :   Persoalan Metafizik Dalam Islam Sudah Terjawap Dengan Pasti

Memohon ampun dan mengakui betapa banyaknya dosa-dosa kita yang lalu.

Tanpa sedar perbuatan menangis begini menghilang rasa sunyi perlahan-lahan.

Menangis secara bijak dan pandai.

Akhirnya akan wujud satu perasaan.

Ya perasaan hanya kita dengan Allah sahaja.Allah sangat dekat dan sangat sayang hambaNya.

Perasaan ini hanya dirasai jika bisa menangis ketika perasaan sunyi datang bertandang.

Penutup

Rasa sunyi boleh menyerang sesiapa sahaja.Mungkin kepada mereka yang belum berkahwin.Bahkan kepada mereka yang sudah berkahwin pun tidak terkecuali mengalami rasa sunyi.

Istilah sunyi boleh ditukar kepada damai, tenang dan tenteram.

Misalnya pada malam hari biasa disebut sunyi dan sepi.

Kini tukar kepada damai dan tenteram.Semudah itu untuk mendatangkan kesan positif pada minda.

Tukar istilah kepada maksud positif akan mengubah persepsi minda menjadi lebih baik dan terbaik sepanjang masa.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita terus mendakap erat perasaan yang luka dan duka.

Lepaskan dan hadapi hidup ini dengan rasa tenang dan ceria sentiasa.

Bersangka baik selalu dan berkata yang baik-baik sahaja untuk diri sendiri dan juga orang lain.

In shaa Allah.

Semoga bermanfaat.

Salam 27 Ramadan 1441H

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge