Salam dan selamat sejahtera pembaca.Panduan Pilih Kedai Gunting Rambut.Saya baru sahaja gunting rambut.Sebab gunting rambut adalah rutin bulanan.Tak gunting selama dua bulan maka rambut saya akan nampak berserabai.Sungguh tak elok jejaka macam saya berambut panjang,Dahlah tak kemas.Sudah tentu macam tak terurus.
Memandangkan saya jenis cerewet tentang potongan rambut maka soal siapa si pengunting dan tempat bergunting memang diambil serius.Berikut panduan yang boleh anda ikuti secara rela diri.
1.Jantina si pengunting rambut
Saya lebih suka si pengunting itu seorang lelaki.Mereka lebih tahu dan faham fesyen yang kita nak.Dulu-dulu saya suka kalau ada si pengunting itu wanita.Sekarang tak lagi.Rasa berdosa tau kalau mereka bersentuhan dengan kita waima tiada niat lain selain untuk bergunting rambut.
2.Lokasi kedai yang terbuka
Sungguh menyeramkan saya kalau gunting rambut tempat yang tersorok.Tambahan pula ramai si pengunting itu wanita.Orang lain akan buat tanggapan negatif.Jadi untuk menjaga maruah diri dan nama baik lebih sesuai cari kedai gunting seperti kedai apek atau kedai tambi ataupun kedai sesama orang Islam.
3.Tahap kebersihan kedai
Kekadang macam tak logik pulak.Bukan kedai makan pun.Namun alangkah elok kalau kita bergunting rambut di kedai yang bersih.Hati senang dan sedap mata memandang.Lagipun tujuan kita gunting rambut supaya penampilan kemas dan bersih.Tak akan bergunting rambut pada tempat yang kotor dan menjijikan.
4.Harga perkhidmatan yang ditawarkan
Memang tidak patut perkhidmatan gunting rambut terlalu mahal.Jika cas RM10 untuk satu kepala masih boleh diterima,Itu harga purata gunting rambut di tempat saya.Ada yang lebih rendah dan ada yang lebih tinggi.Sekiranya pembaca nak pilih kedai gunting rambut maka cari kedai yang menawarkan harga patut.
5.Kemahiran pengunting rambut
Tujuan kita gunting rambut adalah untuk cantik dan bergaya,Jadi kemahiran si penggunting rambut perlu diambil kira.Kalau hasil kerja kurang memuaskan cari kedai lain.Tak guna setia pada satu kedai sedangkan hasil guntingan rambut tidak sebaik yang kita ingini.
{sekilas pandang}
Secara umumnya panduan pilih kedai gunting rambut ini untuk orang lelaki.Jika orang perempuan lain pula caranya.Jadi panduan ini hanya sah dan diguna pakai oleh insan yang bergelar lelaki.
Dalam banyak perkara di atas,saya memilih perkara nombor 5.Sebab gunting rambut si empunya diri yang akan merasakannya.Lebih tinggi kemahiran si penggunting maka lebih kacak rupa kita hasil kerja mereka.
Tidak timbul soal terlalu berkira pasal duit walaupun pembaca sekalian sedang gigih mencapai matlamat bebas kewangan seperti mana yang dihebohkan dalam pautan KLIK SINI
gunting rambut saya ada langganan, orang terpercaya dan mampu memberikan layanan terbaiknya. Kalau nomor lima tanpa gunting yang tajam mana bisa, jadi intinya, saya pilih semua dari poin di atas. Sip!!
he..he..memang betul tu..
nice tips…suami saya jenis x suka bila rambutnya start panjang dan tebal..rimas katanya…lagi2 kalau cuaca panas..kadang2 dia suh saya botakkan je rambut dia..haha..jimat masa nak sikat rambut.
jida recently posted…Resepi Popia yang Senang dan Mudah
rambut botak jimat masa ketika lepas mandi..kepala cepat kering..ho..ho..
Saya jenis yang tak suka nak tukar-tukar tukang gunting rambut, dan selalunya saya akan gunting rambut ni kat orang yang sama je
cara begitu bagus bro..fesyen akan tetap kekal..orang yang sama
Ingat masa dekat ITM Shah Alam dulu-dulu mesti pergi kedai tukang gunting rambut yang tukang guntingnya lelaki memang pro habis. Nak style cam Sheila Majid… masa tu tengah famous ..memang sangat stylo cara dia gunting.Sekarang gunting RM 12 aje kat area rumah sebab malas nak menunggu kat kedai hi hi.
ada yang boleh mencecah sehingga RM20 untuk servis gunting perempuan..
sy lebih suka kepada tukang gunting yang tak byk bercerita.. kerja cekap
Mus recently posted…Pertandingan Memancing Udang Galah Anjuran JKKK Kg. Suasa Beaufort
saya lain bro..saya suka kalau dia pandai bercerita..seronok dengar
wow siap ada panduan gunting rambut tuh, xpa xpa, aku kalau pi gunting suka tmpt yang sama sebab aku boleh order dia buat benda yang sama, hehee
ho..ho..betul tu bro!
blog baru ka bro?
ya..blog baru ini bro.
Suami saya gunting rambut 2 minggu sekali. Kalau lebih 2 minggu rambut nya dah mula pjg dan kelihatan serabai. Walaupon rambutnya tidak la pjg mna. Boleh juga dikategorikan botak. Hehe
dua minggu sahaja..ini memang kes rambut lebat
mrhanafi recently posted…Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak
kalau saya memang setia je dgn 1 kedai amoi tu. husband saya tak sure la pulak
Raihanah Ahmad recently posted…Diet Rendah GI Untuk Penghidap Diabetes
setia pada kedai yang hasil kerja memuaskan..boleh la kan.
Harga areasini masih dibawah RM10..tips ni boleh dikongsi bersama suami juga…thanks MH
Noriza Rahman recently posted…Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?
wow masih murah juga tu..
Tetiba rasa nk gunting rambut gak..sekali skla buat spa rambut memang best
buat SPA memang bagus ..sekali sekala.
Mak, ayah pandai gunting rambut sebab dulu2 gi sekolah kemhiran gunting rambut.
Paling owsome…suami pun pandai gunting rabuat sy dan anak2. Amat puas hati…heheheh
Cuma rambut suami je x de tukang gunting kecuali kawab2 dia.
So dekat rumah, memang bersih dan x tersorok, lagikan halal bersentuh….heheheh
Wah bestnya kalau si suami pandai gunting rambut isteri..